Sambutan Maulidur Rasul 2011





Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam seluruh dunia. Tema sambutan perayaan di Malaysia adalah 1 Malaysia 1 Ummah.

Ini adalah ulusan dari blog Komunitikini.com yang ditulis oleh saudara Fazly Esa di blog tersebut.
Pautannya adalah disini: Klik di sini.


Majlis sambutan bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah` di peringkat kebangsaan itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Yang di pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan dijangka bermula seawal jam 7.30 pagi.

Ia kemudiannya diikuti dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi.

Peserta terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.


Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil semasa petugas Bulan Sabit Merah Malaysia yang bertugas semasa program tersebut berlangsung;



[Kontinjen Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan]

[Kontinjen Polis DiRaja Malaysia]

[Polis]

[Perarakan dengan memuji baginda Rasulullah]

[Di hadapan Kementerian Kewangan]

[Kontinjen Imegresen]

[Kontinjen Jabatan Pendaftaran Negara]

[Petunjuk ke tempat berakhir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin]

[Istana Kehakiman]

[Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin setentang dengan Istana Kehakiman]

[Petugas BSM]

[Salah satu petugas ditemuramah oleh salah satu stesen tv negara arab]

[Temuramah dan ucapan sempena sambutan Maulidur Rasul]

[Petugas dari Universiti Islam Antarabangsa, Gombak]

[Universiti Islam Antarabangsa, Gombak]

[Berhampiran kawasan masjid dan tempat berakhir]

[Sebilangan kecil petugas BSM]

[Rawatan untuk si kecil]


[bersama salah seorang petugas]

Sambutan Hari Maulidur Rasul adalah salah satu simbolik tanda kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. Perjuangan beliau untuk menegakkan syiar Islam dengan menghapuskan fahaman jahiliyah dan pagan yang selama ini membelenggu umat manusia.

Banyak contoh perbuatan jahiliyah yang telah berlaku pada zaman sebelum kenabian baginda yang boleh kita jauhi dan ambil iktibar darinya. Belajarlah sejarah. Belajarlah sejarah. Belajarlah sejarah. Semoga apa yang berlaku pada zaman dahulu tidak berlaku dan berleluasa kepada diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Kita masih bertuah berada di Malaysia dan sekiranya ada masalah, dapat diatasi dengan jalan perundingan, perbincangan dan muzakarah serta lain-lain lagi tanpa melibatkan pertumpahan darah. Fahaman yang tidak bersesuaian dengan norma fitrah manusia tidak seharusnya ada di dalam diri setiap orang dari kita. Wassalam.

p/s: Satu ummah yang bertamadun dan pemikiran perlu pintar dan cerdik, didokong oleh Sunnah dan Al-Quran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...