Antenna Mira Elpai ( Mira L5 )

     Lama tak menulis. Baru hari ini terasa nak kemaskini dan menulis apa yang terbaru. Begini la apabila terlalu asyik dengan laman sosial, blog-blog dah makin dilupakan.

     Hari ini 'survey' barang untuk kereta sebelum kereta dicat baru nanti. Beli antenna radio dari kereta Daihatsu Mira. Ambil model Mira L5. 

     Di bawah adalah gambar yang sempat diambil semasa proses menebuk bumbung kereta di bahagian hadapan, atas pada cermin, sama dengan lubang untuk cermin pandang belakang. 

     Jom layan gambar sikit:



Sebelum di tebuk bumbung. Kereta asal , Perodua Kancil antenna di sisi. 



Proses menebuk bumbung.


     Sebelum membeli antenna nie, dah 3 kedai halfcut yang jual barang Mira ditanya. Dua kata tiada stok manakala satu lagi tidak dapat dihubungi. Nasib baik teringat ada satu kedai yang jual halfcut tapi tak tahu nombor untuk dihubungi. Yang tak dapat dihubungi pulak yang ada jual.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...