Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat, Selangor

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Batu 14, Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011. Menerima satu maklumat berkenaan perkara ini kira-kira pukul 6 petang lebih dan cuba mendapatkan info yang berkaitan terutama untuk bertugas semasa kejadian tersebut sebagai seorang sukarelawan di bawah Bulan Sabit Merah Malaysia.

Bertolak dari rumah kira-kira pukul 9.30 malam untuk berjumpa dengan salah seorang informer yang juga sorang VAD (Voluntary Aid Detachment) atau juga dikenali dengan Pasukan Bantuan Sukarela (PBS). Kami berkumpul di Kelana Jaya sebelum bergerak secara konvoi dengan menaiki kereta. Kami bergerak dengan 3 buah kenderaan dan berhubung dengan Handy menerusi frekuensi tertentu yang telah ditetapkan. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 12.40 pagi, 22 Mei 2011.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil ketika bertugas di tempat kejadian;

[Unit Komunikasi CORE IPK BSMM di Jalan Ampang]


[Petugas menggali tanah untuk mencari mangsa=mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan]


[ATM]



[Bersama Helmi. Sama nama]






[Kawasan berhampiran jalan masuk ke rumah anak yatim yang mengalami kemalangan]



[Mangsa yang terkorban dibawa menuju ke Medical Base dengan ambulans]


[Lakaran tempat mangsa-mangsa ditemui dari Jabatan Bomba dan Penyelamat]


[Bilangan anggota Jabatan bOmba dan Penyelamat yang datang]


[Unit K9]



[Petugas turun ke bawah sejurus ditemui kesemua mangsa yang terperangkap]


[Mangsa terakhir ditemui dan dibawa menaiki ambulan kira-kira pukul 5.15 pagi, 22 Mei 2011]









[Makan nasi sejurus selesai bertugas]


[Berhampiran kawasan bencana, di bawah khemah canopy]


[Berhampiran Medical Base selepas selesai bertugas]


[Puvana]


[Signboard]



[Peralatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat]


[Stretcher dan cutter]



[Berjalan kaki menuju ke tempat kejadian sejauh beberapa ratus meter dari jalan utama]


[Keadaan becah dan berselut di kawasan operasi dan bencana]



[9M2LMF dan 9W2GDB di samping Jasmin di kanan]


[Masih ceria walaupun mengantuk]




[Bergambar sebelum balik]

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa di atas kehilangan ahli keluarga dan kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sepanjang operasi di tempat kejadian yang sanggup bersengkang mata di kala ramai orang lena dibuai mimpi di rumah.

p/s: Salam Sukarelawan untuk sukarelawan

Kelas Dewasa Era 70-an

[Surau Pulai Chondong]


[Menara Surau Pulai Chondong]


Suatu ketika era 1970-an di Pulai Chondong, Machang, Kelantan. Berkenaan Kelas Dewasa bagi rakyat dan penduduk di Malaysia.

1. Bagi membasmi buta huruf di kalangan rakyat, kerajaan pada ketika itu telah memperkenalkan Kelas Dewasa iaitu kelas yang dikhaskan kepada golongan dewasa untuk memberi pelajaran khususnya dalam membaca, menulis dan mengira.

‎2. Bagi golongan dewasa perempuan, tempatnya adalah di Madrasah (Balaisah) Kg. Cherang manakala lelaki pula di Surau Pulai Chondong. (Surau ini diasaskan oleh Tok Pulai Chondong dan menara surau berbentuk segi lapan masih ada sehingga ke hari ini).

3. Apabila keluarga mertua kakak sulung datang ke rumah nenek di Kg. Cherang, Pulai Chondong, dan bertanya samada (boleh ditulis juga dengan sama ada) nenek boleh membaca rumi, nenek menjawab boleh tetapi tidak berapa lancar kerana masalah rabun. Umur nenek ketika itu, dalam lingkungan pertengahan umur '70.

‎4. Jarang atau kadang-kadang sahaja kita dengar golongan berusia '70-an dapat membaca rumi kerana dahulu, tulisan Jawi sahaja yang diajar kepada mereka. Jika rumi, sudah biasa diajar kepada golongan lepas pada umur mereka.

‎5. Menurut kata nenek, salah seorang tenaga pengajar yang telah diamanahkan untuk mengajar di Kelas Dewasa adalah seorang bekas tentera ( Pulai Chondong berdekatan dengan Kem Desa Pahlawan, kem Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat). Kelas akan dijalankan selepas solat fardu Isyak.

‎6. Pada era berkenaan, terdapat tanggapan-tanggapan negatif berhubung kelas tersebut.

7. Terdapat kata-kata negatif yang nenek masih ingat sampai sekarang dari salah seorang jiran yang menyambut negatif akan penubuhan Kelas Dewasa iaitu, "Jong ngong" yang bermaksud 'Pak Turut'. ( Jiran yang telah menuturkan ayat tersebut sampai sekarang buta huruf.)

8. Pada masa berkenaan juga, nenek pergi ke kelas sambil membawa mak saudara yang berumur 2 tahun. Dia tidak menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkn berkaitan Kelas Dewasa. Apa yang dia telah ucapkan adalah seperti berikut, " Hok nok ngaji nyo aku, buke mung. Hok nati panda pun aku, buke orghe lain". ( Yang nak belajar adalah aku, bukan engkau. Yang nanti pandai pun aku, bukan orang lain. )

‎9. Tidak ketinggalan, datuk yang turut memandang dingin akan kelas ini. Dia malas untuk ke kelas berkenaan kerana jarak di antara rumah dan Surau Pulai Chondong bukan dekat dan terpaksa melalui jalan yang gelap gelita. Tidak seperti hari ini yang ada lampu jalan dan jalan sudah berturap dengan elok dengan tar. Pada zaman '70-an, kampung-kampung di Malaysia ditanam dengan getah. Ancaman binatang buas seperti babi hutan, ular dan lain-lain perlu diambil kira.

10. Apa yang ingin ditekankan di sini, sekiranya ada kesungguhan pasti akan berjaya. Usah biarkan kata-kata negatif menjadi batu penghalang untuk mencapai kejayaan. Sekiranya ianya adalah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat, eloklah diteruskan walaupun sukar.

11. Selamat Hari Guru kepada bekas-bekas guru yang telah mengajar dari zaman awal persekolahan sehingga ke hari ini. SRK Sultan Ismail 3, Kota Bharu, Kelantan ( 1992-1997 ), Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan (1998 - 2000), SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan ( 2001 - 2003 ), Maktab Sultan Ismail @ Sultan Ismail Collage, Kota Bharu, Kelantan ( 2004 -2005 ), UiTM Perlis, Kolej Universiti Teknologi & Pengurusan Malaysia (KUTPM) dan sekarang Management & Science University (MSU).

Hamfest 2011


Tentang Hamfest

Hamfest atau Ham Festival adalah acara yang dianjurkan oleh peminat radio amatur untuk berkumpul dan beramah mesra di antara satu sama lain sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui sesi kelas dan seminar yang dijalankan. Selain itu, pameran radio dan jualan flea market juga boleh didapati di Hamfest, Di Malaysia, Hamfest pertama kali diadakan pada 30 Julai 2010 di Menara Kuala Lumpur dimana acara itu telah menarik perhatian lebih 3,000 orang pengunjung.

Antara agensi-agensi kerajaan yang telah mengambil bahagian di dalam pameran Hamfest Malaysia 2010 adalah:

  • Polis Diraja Malaysia
  • Rakan COP
  • Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Angkatan Tentera Diraja Malaysia
  • Bulan Sabit Merah Malaysia
Senarai Peserta

Berikut merupakan senarai agensi yang akan menyertai pameran Hamfest Malaysia 2011

  1. Bulan Sabit Merah Malaysia
  2. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  3. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
  4. Polis Diraja Malaysia
  5. Rakan Cop
  6. SIRIM

Berikut merupakan senarai persatuan yang akan menyertai pameran Hamfest Malaysia 2011

  1. Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia (ASTRA)
  2. Persatuan Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA)
  3. Koperasi Radio Amatur Malaysia (KRAMAT)
  4. Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES)
  5. Malaysia Amateur Radio Transmitter Society (MARTS)
  6. Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu (PEMANCAR)

Jadual Acara

14 MAY 2011 (SABTU)

Lokasi A : Amphitheater, Menara Kuala Lumpur

10:00 am : Kata Aluan Pengerusi
10:30 am: Taklimat En. Azmi
11:00 am : Pembentangan oleh Pn. Hjh. Fauziah Fadzil, Head CMCS QAS SIRIM
12:00 pm : Taklimat oleh YBhg Dato' Bahari Taib, Presiden ASTRA
1.00 pm : Pembentangan Teknologi HF oleh En. Wan Zulkifli bin Wan Hassan, Pengarah Urusan, MediaCrypt Resources Sdn Bhd
3:00 pm : Taklimat Amateur Radio in School (ARiS) oleh En. Hussairy Sidek
4:00 pm : Kelas CW oleh Cikgu Rahman (9M2AR)
5:00 pm : Mega eyeball bersama veteran radio amatur dan tetamu dari ORARI
8:00 pm : Pengurusan Bencana Dan Sukarelawan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia
9:00 pm : Sharing Session with Amateur Radio

Lokasi B : Mini Theater, Menara Kuala Lumpur

9:00 am - 5 pm : RAE CLASS

Lokasi C : Megaview 2 (TH03), Menara Kuala Lumpur

Kaunter Pengendalian SIRIM: 10 pagi - 5 petang

QSO Room

10:00 am : Hamfest Net 40 meter - 7.043Mhz (9M2YRS)
2:00 pm : Hamfest Net 2 meter - 145.675Mhz / Astra Transnasional (9W2LST)
4:00 pm : Hamfest Net 10 meter - 28.490Mhz
8:00 pm : Hamfest Net 20 meter - 14.150Mhz

Lokasi D: Tapak Letak Kereta, Menara Kuala Lumpur

Pameran Taktikal dan Pendidikan Radio Amatur
Gerai jualan makanan dan minuman

10 pagi hingga 6 petang


15 MAY 2011 (AHAD)


Lokasi D : Tapak Letak Kereta, Menara Kuala Lumpur

Pameran Taktikal dan Pendidikan Radio Amatur
Gerai jualan makanan dan minuman

12:00 pm : Aktiviti Fox Hunting
2:00 pm : Aktiviti DXing


Aktiviti berterusan sepanjang dua hari festival:

    1. Pameran taktikal oleh Bulan Sabit Merah Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia
    2. Pameran pendidikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Rakan Cop
    3. Pameran Dan Jualan Peralatan Radio
    4. Pameran Aktiviti Persatuan Radio Amatur - ASTRA, JASRA, KRAMAT, MARES, MARTS dan PEMANCAR
    5. Flea-Market
    6. Gerai Jualan Makanan

      *Semua aktiviti tertakluk kepada perubahan saat akhir oleh pihak penganjur.


      Sumber: http://www.hamfest.my/


      Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa acara tersebut diadakan. Gambar adalah pada hari pertama iaitu 14 Mei 2011.





      [Banner dari MARES]


      [Walkie Talkie PDRM]


      [Jalopy 9W2JQQ]


      [Magnetic Loop Antenna]





      [Dari One Communication, Kenwood TS-480]




      [Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia]


      [Penerangan dari pegawai BTP]





      [Bulan Sabit Merah]


      [Yagi]


      [9M2YRS dan 9W2CEH]




      [9M2YRS]



      [9W2DJM dan dari ORARI]


      [Bersama delegasi dari ORARI]





      [9W2GDB]




      [Flea Market]



      [Peralatan dari ASTRA]


      [9W2DJM dari Kelantan]








      [9W2FYI]


      [9M2NP]


      [YB6VK - ORARI]

      ORARI merujuk kepada Organisasi Amatir Radio Republik Indonesia.


      [9W2VVH]

      Encik Mohd. Hussairi Bin Sidek (9W2VVH) merupakan seorang guru di SMK Sungai Besar dan memberi penerangan berkenaan ARIS iaitu singkatan Amateur Radio In School.


      [Mr. Hanz dari ITU, International Telecommunication Union, 9M2QQ]





      [YF5PLGI, Agus Salim dari Tg. Balai, Karimun, Republik Indonesia]




      Hamfest kali ini telah selamat diadakan dan ianya selain dapat menemukan para pemegang lesen radio amatur di Malaysia tetapi juga dari Republik Indonesia. Penyertaan dari SIRIM pada kali ini memberi peluang kepada orang perseorangan atau syarikat untuk menguji peralatan komunikasi yang mereka gunakan. Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sempena Hamfest, memberi pendedahan kepada pengunjung akan teknologi perhubungan yang telah diubahsuai dan telah digunakan sebagai salah satu cara pembelajaran terutama bagi sekolah-sekolah di luar bandar di Kelantan.

      Akrab di udara menerusi gelombang radio dan juga akrab di daratan sesuai digunakan bagi mengambarkan perhubungan di antara pengendali stesen radio amatur.

      p/s: Kita jumpa lagi pada tahun hadapan.

      73 de 9W2GDB

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...