Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara dan Subang. Sedikit sahaja gambar yang dapat dan sempat diambil kerana datang pada hari terakhir iaitu 24 April 2011. Program ini telah berlangsung di berhampiran padang letak kereta Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Berikut adalah gambar-gambar semasa hari bersejarah berkenaan;
[10 Briged Para]
Menurut sumber, terdapat 2 (dua) unit sahaja yang ada iaitu di Kem Sungai Besi dan Taiping. Yang ini didatangkan dari Sungai Besi. Para pengunjung boleh menikmati makanan pek tentera atau lebih dikenali juga dengan nama 'rangsum'. Rangsum ada banyak menu.
Menurut sumber, kenderaan kebanyakan adalah jenis transmisi automatik. Ianya menjadi pilihan kerana torgue yang terhasil ketika menaiki bukit atau curam dan cerun yang condong. Ianya lebih baik dari transmisi manual.
Trak 3 tan yang dilengkapi peralatan untum membaiki dan membaikpulih kenderaan dan jentera tentera terutama apabila berada di dalam medan.
2 comments:
gempak...:9m2kar
terima kasih.. de 9W2GDB
Post a Comment