Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang perkhemahan tersebut;
Fasilitator dan pegawai serta urusetia terpaksa datang awal ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan tapak dan membuat beberapa perkara termasuklah menyiapkan tag nama kepada peserta, guru pengiring, keselamatan, persegaran dan logistik. Wayar bekalan elektrik dipasang merentasi kawasan perkhemahan pada malam sehari sebelum hari perkhemahan. Kawasan tapak bagi subkem ditandakan semula pada pagi hari perkhemahan.
[Memasang api di dapur Clinton Cooker]
Mengikut aktiviti dan perancangan sepanjang perkhemahan, beberapa peserta diminta melaporkan diri mengikut PPD atau sekolah masing-masing di bahagian persegaran bagi membantu memasak untuk semua peserta yang hadir]
[Flying sheet untuk alas tempat solat]
Taklimat dan penerangan diberikan kepada Unit Keselamatan berhubung keselamatan sepanjang perkhemahan ini. Beberapa tindakan tegas terpaksa diambil seperti pemakaian tag kepada semua bagi membezakan peserta dan orang luar yng mungkin datang untuk menceroboh dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku.
Sepanjang perkhemahan, para petugas bahagian kecemasan turut ditempatkan bagi memberi rawatan kepada peserta dan petugas sekiranya terdapat kes-kes yang melibatkan kecemasan. Bahgian kecemasan datangnya dari Pusat Rawatan Komuniti yang juga Unit Pasukan Bantuan Sukarela di bawah BSMM Cawangan Kelantan iaitu Unit 8.
Beberapa taklimat disampaikan kepada para peserta berkenaan program sepanjang perkhemahan dan beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan oleh para peserta.
Unit Keselamatan kesemuanya adalah dari rakan Rado Amatur yang meluangkan masa mereka untuk melancarkan program perkhemahan ini. Kerjasama dari kelab Radio Amatur, Akrab iaitu salah satu kelab radio yang aktif di Bachok. Mereka membenarkan petugas Unit Keselamatan menggunakan talian di frekuensi mereka sekiranya terdapat sebarang kecemasan. Unit Keselamatan menggunakan komunikasi Radio Dua Hala iaitu Radio Amatur untuk saling berhubung. Bagi perhubungan di dalam kawasan perkhemahan, mereka menggunakan channel Simplex V18 iaitu di frekuensi 145.225 MHz.
Sebelum aktiviti Skill Station bermula pada 28 April, fasilitator mengulangkaji beberapa perkara yang perlu diajar kepada para peserta. Tugas dibuat pada malam itu, menyiapkan tag kepada peserta, urusetia dan guru pengiring yang tidak mencukupi.
Bahagian Persegaran sebelum ini telah membeli sebanyak 10 kampit beras yang setiap satu seberat 20 kg. Namun pada hari perkhemahan, ianya masih lagi tidak mencukupi untuk menampung semua peserta yang hadir diluar jangkaan.
Sepanjang perkhemahan ini, beberapa Skill Station perlu dihadiri oleh para peserta mengikut kumpulan iaitu Usungan, CPR, Balutan, Komunikasi Kecemasan, Tarian dan Kepimpinan. Setiap satu Skill Station berlangsung kira-kira satu jam dan bertukar apabila wisel dibunyikan.
[Di tepi pantai]
Perkhemahan Perdana Peringkat Negeri Kelantan 2011 ini telah dihadiri oleh seramai 2069 orang termasuk peserta, urusetia, pegawai, keselamatan dan lain-lain lagi. Perkhemahan ini menjadi titik sejarah kerana telah diadakan di tapak Kem Latihan BSMM yang pertama di Malaysia. Ianya juga akan menjadi tapak Perkhemahan Sukbel ( Sukarelawan dan Belia) yang akan diadakan pada 28 Mei sehingga 3 Jun 2011.
Perkhemahan ini selain memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali ahli-ahli dari daerah yang lain, ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama di dalam satu pasukan. Ilmu yang diperolehi oleh mereka diharapkan agar dapat dimanfaatkan sepanjang masa dan akan bersedia untuk memberi khidmat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, tempat, agama dan kepercayaan.
p/s: Diharapkan perkhemahan sebegini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta.
6 comments:
mcm seronok je.. xsbr nk pegi SUKBEL ujg bln 5 ni... :)
cam beshhhhhhhh~
Diya: Memang seronok. Nanti boleh jumpa peserta negeri lain dan luar negara tike camping Sukbel..pastikan bawa cenderamata untuk ditukar dengan mereka. mereka berminat untuk tukar barangan dengan kita..
Ash: Best sgt. Ramai peserta, 2000 lebih, 2069 org
prkhemahan taun nie mmg best sgt2 ase sdih je bile hari last kem
kem sendiri..masih perlu perbaiki lagi
salam tuan punya blog.. saya ada pertanyaan.
tapak perkhemahan BBSM boleh disewa atai tidak untuk pelajar sklh buat kem tamat latihan badan beruniform.. sila email saya di mcikguzaki@gmail.com
Post a Comment