Aktiviti-aktivit yang telah diadakan adalah seperti kelas persediaan dan peperiksaan untuk para peserta seperti Pertolongan Cemas Asas dan CPR, Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah/ Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, Pendidikan Kesihatan dan Bantuan Bencana Operasi Menyelamat (BOM).
Peserta-peserta kebanyakan adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak berkecuali ahli-ahli Pasukan Bantuan Sukarela dari unit-unit di Kelantan dan mereka adalah ahli-ahli Bulan Sabit Merah yang berdaftar. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa kelas dan aktiviti berkenaan.
[Penghadang angin]
Aktiviti yang telah diajar kepada peserta seperti Memasak Berkelompok iaitu cara memasak dengan menggunakan set kukusan yang dipanggil Clinton Cooker. Set kukusan ini dapat memasak untuk sekurang-kurangnya 500 orang pada satu masa dan selalu digunakan di tempat pemindahan banjir. Di dalam set kukusan ini terdapat 5 buah dulang dan setiap dulang dapat memsak untuk 100 orang.
Selain memasak, para peserta yang mengikuti kelas dan peperiksaan Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat diberi pendedahan berkenaan pengurusan di tempat bencana dan berkenaan agensi-agensi yang berkaitan dan kerjasama semasa berlakunya perkara yang tidak diingini berkenaan.
Bagi Pendidikan Kesihatan, peserta diberi pendedahan berkenaan jenis-jenis kecederaan yang biasa berlaku di dalam rumah dan persekitaran. Jenis-jenis makanan atau Piramid Makanan turut diajar kepada peserta. Pendidikan Kesihatan lebih menjurus kepada penjagaan kesihatan dan keselamatan kepada diri sendiri dan orang lain yang berada di sekitar.
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa atau Undang-undang Perang diajar kepada peserta berkenaan undang-undang yang telah digubal dan dipersetujui oleh semua pihak di peringkat antarabangsa. Konvensyen-konvensyen serta Protokol-protokol Tambahan dan apa tanggungjawab yang harus diambil dan apa yang perlu dihindari oleh angkatan tentera yang terlibat di dalam kancah peperangan atau semasa aman.
Subjek ini juga berkaitan apa peranan sebagai seorang ahli Bulan Sabit Merah, maksud lambang dan juga contoh-contoh penyelewengan lambang Bulan Sabit Merah atau Palang Merah yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kelas untuk Pertolongan Cemas Asas dan CPR diajar kepada peserta bagi memberi ilmu berkaitan pertolongan cemas dan cara memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa yang terbabit dengan kecederaan dan kemalangan.
Berikut adalah link-link yang telah ditulis yang ada kaitan dengan perkara-perkara di atas:
p/s: Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu-ilmu yang diperolehi semasa aktiviti, kelas dan peperiksaan ini dengan sebaik-baiknya bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain tidak kira di mana sahaja mereka berada.
No comments:
Post a Comment