Berdasarkan pengalaman sendiri, memakai rim sport yang saiznya besar sedikit dari saiz asal akan mendatangkan masalah terutama apabila melalui jalan raya yang tersangat baik keadaannya. Jalan raya berlubang. Bukan semua jalan raya seelok di Putrajaya atau highway bertol. Kalau yang tidak pernah keluar jauh dari bandar mungkin tiada masalah tetapi bagi yang kampung halaman jauh beratus-ratus kilometer, memang satu masalah.
Apabila tayar tersilap masuk atau terjun ke dalam lubang, sport rim akan mengalami kerosakan seperti bengkok dan pecah. Keadaan ini amat membimbangkan terutama kaum perempuan. Mati kutu la jawab nya.
Berikut adalah gambar-gambar sport rim yang mengalami kerosakan dan ini telah terjadi kepada aku sendiri ketika perjalanan pulang ke Kota Bharu, Kelantan dari Shah Alam, Selangor pada hari Rabu, 6 April 2011.
[Rim bengkok masih dengan tayar]
[Masih dengan tayar]
Apabila memakai rim yang saiznya besar dari saiz yang asal, banyak perkara yang perlu dilakukan seperti meninggikan sedikit atau melapik sedikit absorber dan mengetuk badan kereta di bahagian roda belakang. Ini adalah contoh dari kereta Kancil yang telah dibuat. Kereta model lain mungkin dibuat perkara yang sama bagi mengelakkan tayar dari haus di bahagian tepi apabila muatan lebih dan bergesel dengan badan kereta.
Satu lagi pengalaman, apabila memakai rim besar maka tayar semakin nipis. Apabila memakai tayar nipis, tayar tersebut tidak dapat menahan berat kenderaan termasuk dengan muatannya sekali. Pernah terjadi, kedua-dua tayar di sebelah kanan, depan dan belakang pecah serentak. Ini terjadi semasa konvoi dari Kelantan menuju ke Perak dan ketika pulang semula ke Kelantan, salah satu kenderaan telah pecah tayar. Kejadian ini berlaku pada malam, hari terakhir semasa pulang dari Cameron Highland.
p/s: Berhati-hati ketika berada di jalan raya. Kalau nampak lubang, elakkan dari terjun ke dalam lubang. Kalau tidak, tayar atau rim akan bengkok.
No comments:
Post a Comment