Pasaraya Jaya Seksyen 14, Petaling Jaya

Pada pukul 6.37 petang, 28hb Mei 2009, aku menerima sms dari penasihat VAD di tempat aku belajar mengatakan satu kejadian bangunan pasaraya di Petaling Jaya telah runtuh. Berikut adalah sms berkenaan:


“Maklumat terkini: supermarket jaya seksyen 14 pj runtuh! VAD Petaling is responding. All chapters please put ur vad members on standby”.


Kebetulan pada hari itu juga,aku hendak keluar makan dengan salah seorang kawan lama, Najwa atau Juju (aku panggil Jue) yang kenal ketika mula-mula datang ke Shah Alam dahulu. Sebelum keluar, sempat tengok Buletin Utama di TV3 yang menyiarkan tentang kejadian berkenaan.


Ketika menjamu selera, aku menghantar sms kepada penasihat VAD aku,mengatakan aku antara dua kerana ketika minggu depan,2hb aku ada peperiksaan akhir bagi semester ini. Jadual clash dan aku terpaksa dikuarantinkan.


Pada pukul 3.40 pagi, 29hb Mei 2009, aku menerima satu lagi sms yang memerlukan petugas dari 8pagi - 8malam dan 8malam – 8pagi. Keadaan mamai dan mengantuk masih terasa, sms tersebut aku balas dan mengatakan bahawa aku jadi untuk bertugas pada keesokan harinya tetapi pada pukul 8 malam – 8pagi keesokan harinya,30hb Mei 2009. Aku memilih untuk bertugas pada ketika itu kerana masa bertugas tidak begitu lama sangat dan masih sempat lagi sekiranya aku mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada 2hb nanti.


Pada ketika ini, hanya aku dan penasihat VAD aku sahaja yang mewakili tempat aku belajar. Yang lain tidak dapat ikut kerana mereka ada peperiksaan pada 30hb Mei. Kami bertolak dari Shah Alam selepas Solat Jumaat ke IPK di Kuala Lumpur kerana ada sedikit urusan di sana. Bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 6 petang dan solat Maghrib di Masjid Bulat ( Masjid Tun Abdul Aziz), kami masuk ke tempat bertugas dengan kereta yang dipandu oleh aku seberapa rapat yang boleh dengan tempat bertugas (tetapi bukan dalam kawasan zon kuning). Kawalan keselamatan oleh pasukan Polis di tempat kejadian agak baik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.


Antara agensi yang terlibat semasa kejadian:

  1. Polis DiRaja Malaysia
  2. Jabatan Bomba dan Penyelamat
  3. Jabatan Pertahanan Awam
  4. SMART
  5. Pusat Perubatan Universiti Malaya
  6. MARES
  7. Bulan Sabit Merah Malaysia
  8. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  9. RELA


Tidak lupa kepada agensi-agensi lain yang tidak dinyatakan di sini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa duty pada hari berkenaan:




[Barisan petugas Bulan Sabit Merah sesi malam]


[Aku dan Adi]


[Bersama VAD Kuis]


[Barangan bagi tujuan kecemasan]



[Barangan milik Unit Trauma & Kecemasan]


[Barangan milik PPUM]


[Scoop Stretcher]


[Sukarelawan yang bertugas]


[Penyelamat di tempat kejadian]


[Unit K9, Unit Anjing Pengesan]


[Penyelamat]


[Penyelamat]


[Operasi dihentikan pada 2200]


[TEmpat kejadian dari pandangan atas]


[Pandangan atas,dari hotel]

Walaupun tugas kami tidak seberat tugas penyelamat yang lain,kami tidak melepaskan peluang untuk belajar sesuatu dari Pegawai Perubatan yang bertugas ketika kejadian itu,
Dr. M. Rishya. Beliau meluangkan masa bersama kami dan bersedia untuk berkongsi apa yang berkaitan dengan bahagian kecemasan. Kelas kami bermula pada pukul 0100, 30hb Mei 2009.
Antara yang diajar adalah seperti kaedah CPR (biasa diajar dalam Bulan Sabit Merah) dan yang baru bagi kebanyakan kami iaitu betapa pentingnya alat yang dinamakan AED, (Automated External Defibrillator). Rasanya ramai yang tidak tahu tentang alat ini tetapi ianya dapat menyelamatkan nyawa.


[AED]


[Cara pemakaian AED]


[Scoop stretcher]


[Supper di kedai mamak berhampiran]


[Klinik Komuniti Bergerak yang disediakan oleh MBPJ]


[Ambulans dari PPUM]


[Khemah Paramedik]


[Bergambar pada siang hari]


[Pagi hari]


[Keadaan pada siang hari]


[Escavator terlekat pada tiang]



[Kawasan bencana tidak jauh dari kawasan perumahan]


[Kawasan bencana]


[Petugas dari KUIS]


[Bersama petugas dari Petaling]


[Bergambar sebelum bertukar shift]


[Petugas dari MARES yang menyediakan perkhidmatan radio dan telekomunikasi]

Runtuhan bangunan tersebut tidak jauh dari kawasan petempatan penduduk dan jarak berkenaan tidak sampai 5 meter. Cukup untuk memuatkan dua buah kenderaan. Ianya cukup berbahaya kepada mereka. Operasi ditamatkan lebih kurang pukul 5 petang pada 30hb Mei 2009. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga semasa kejadian bangunan runtuh ini.

p/s: Kepada sesiapa yang berminat dengan kerja menyelamat dan sukarelawan, anda boleh menyertai kami dan juga badan-badan kerajaan yang lain lagi.

2 comments:

eiraixora said...

Mu nih aktif jo..silat guano?
Aktif lagi?ore dop aktif doh duk sini..

airmien said...

silat kena kurang dah sikit..
tapi tadop la tinggal pom..
keno belajar jugok seni beladiri
nie..


[learn to fight not to fight]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...