Menjadi Pendengar Unggul



 

1. Jangan bercakap atau memulakan percakapan semasa mendengar.

 

2. Tumpukan perhatian; Dengar dengan hormat, tidak berbual atau membaca semasa orang sedang bercakap.

 

3. Elakkan gangguan; Elakkan dari mewujudkan gangguan seperti meramas kertas gula-gula atau menggendang jari ke meja.

 

4. Bersabar; Beri masa kepada orang yang bercakap menghabiskan percakapannya. Jangan mengganggu seseorang yang sedang bercakap.

 

5. Jangan cepat marah (berang); Orang yang marah-marah semasa mendengar akan memberi tafsiran yang berlainan pada apa yang didengarinya.

 

6. Tanya soalan-soalan dengan ikhlas. Soalan-soalan daripada orang yang mendengar menandakan dia mendengar apa yang diperkatakannya.

 

7. Bersederhana dengan hujah dan kritikan; Pendengar yang baik tidak keterlaluan dalam memberi kritikan dan hujah. Kalau keterlaluan, dikatakan beremosi dan kurang jujur. Ini akan menimbulkan kemarahan orang yang bercakap.

 

8. Galakan supaya berasa senang; Mendengar dengan tenang, senang dan gembira membantu orang-orang yang bercakap untuk selesa terus bercakap.

 

9. Memahami orang yang sedang bercakap; Cuba / cuma fahami apa yang dimaksudkan oleh orang yang bercakap. Pendengar yang baik tidak mentafsir maksud mengikut pemikiran dan pengertiaannya sahaja.

 

10. Berazam, melarang dan berjanji kepada diri tidak akan bercakap dari permulaan hingga ke akhir perbualan kecuali perlu.

p/s: Pendengar yang unggul selalu didambakan oleh setiap manusia. Maka, jadilah salah seorang pendengar yang terbaik yang pernah muncul di depan mereka.

Menghayati Keindahan Islam



Pengenalan Islam itu nama yang dikenal bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nama ini bukannya ijtihad daripada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ianya datang daripada Allah s.w.t. sendiri.

 

Dari segi bahasa Islam membawa maksud :

 

1. Terlepas dan bebas dai keburukan atau kekurangan

2. Aman dan damani

3. Taat dan patuh

 

Islam itu agama yang sempurna dan indah. Keindahan Islam hanya terzahir apabila Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Dalam satu hadith yang masyhur, Jibril menyamar dalam bentuk manusia bertanya kepada nabi mengenai tiga perkara iaitu Islam. Iman dan Ihsan. Nabi menerangkan perkara tersebut satu persatu.

 

* Islam ialah mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

* Iman ialah beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat dan Percaya kepada Qadha ' dan Qadar.

* Ihsan ialah engkau menyembah Allah seperti engkau melihatnya.

 

Hanya orang yang mengamalkan Islam secara menyeluruh dan serentak ketiga-tiga aspek ini akan dapat merasai keindahan Islam dan berjaya menonjolkan imej Islam yang indah itu.

 

Asas Islam.

 

1. Keadilan

2. Keutamaan

3. Maslahah ( kepentingan )

Kuat Maslahahnya - hukumnya wajib

Kurang Maslahahnya - hukumnya sunat

Lawan Maslahah ialah mudharat

Kuat Mudharatnya - hukumnya haram

Kurang mudharatnya - hukumnya makruh

 

Maslahah Dalam Islam

 

1. Memelihara jiwa

2. Memelihara agama

3. Memelihara keutamaan

4. Memelihara akal

5. Memelihara harta

 

Keindahan Islam

 

Islam Agama Keseimbangan

 

1. Seimbang rohani dan spiritual

2. Seimbang dunia dan akhirat

3. Seimbang akal dan perasan

4. Seimbang idea dan kenyataan

5. Seimbang kebebasan dan tanggungjawab

6. Seimbang individu dan masyarakat

 

Kerana itu Rasul s.a.w. menolak 3 orang sahabat yang bertanya tentang ibadah tentang ibadah baginda.

 

* Seorang berazam berpuasa tanpa berbuka

* Seorang berazam berjaga (beribadah) tanpa tidur

* Seorang berazam untuk tidak berkahwin

 

Apabila Rasul mengetahui akan perkara ini, baginda telah bersabda maksudnya:

 

"Adapun sayalah yang paling takut kepada Allah dan paling takwa, tetapi saya berpuasa dan berbuka, bersolat malam dan tidur dan berkahwin. Sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku".

 

Baginda menegur sifat melampau Abdullah b Al-Ash dalam berpuasa dan beribadah. Baginda telah bersabda maksudnya:

 

"Sesungguhnya keatasmu bagi badanmu ada hak, bagi matamu, keluargamu dan isterimu ada hak. Maka hendaklah tunaikan setiap yang berhak akan keluarganya".

 

Mudah tidak Menyusahkan

 

Rasul s.a.w. bersabda, maksudnya :

 

"Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan aku untuk memberat dan memayahkan tetapi aku diutus sebagai guru yang memudahkan".

 

Sabdanya lagi bermaksud :

 

"Permudahkanlah, jangan menyusahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan".

 

Rukhsah dan Dharurat

 

Firman Allah bermaksud :

 

"Sesiapa yang terpaksa tanpa menginginkan dan tanpa melampau maka tiada dosa ke atasnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pemurah".

 

Kaedah feqah bermaksud :

 

"Dharurat membolehkan perkara-perkara yang dilarang"

 

Pengertian Sedekah

 

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud:

 

"Senyummu kepda saudaramu adalah sedekah. Engkau menyuruh kepada makruf dan mencegah adalah sedekah. Engkau memimpin seseorang daripada sesat adalah sedekah. Engkau membuang penyakit, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah. Engkau memberikan giliranmu kepada giliran saudaramu adalah sedekah. Engkau menjauhkan orang-orang yang jahat juga adalah sedekah".

 

Ukhuwwah Islamiah

 

1. Islam memasukkkan individu ke dalam masyarakat dan masyarakat ke dalam individu.

2. Islam menganjurkan perdamaian.

3. Dasar tasamuh

4. Hormat menghormati.

 

Islam Menjamin Keselamatan

 

Firman Allah bermaksud :

 

"Masuklah ke dalam kesejahteraan seluruhnya ( iaitu Islam)".

 

Islam menegaskan bermaksud"

 

"Wahai orang-orang yang beriman, kami jadikan kamu daripada lelaki dan wanita, dan kami jadikan berbangsa-bangsa dan berkabilah-kabilah untuk kamu saling kenal mengenal".

 

Islam jadi tidak indah

Disebabkan oleh :

 

1.Umat Islam menganggap dunia sebagai kejahatan. Kisah 2 orang berperang bersama Rasul. Seorang syahid seorang lagi hidup setahun sesudahnya.

Rasulullah menegaskan yang hidup setahun sesudahnya lebih dahulu masuk syurga kerana lebih banyak berbuat amalan.

2. Umat Islam tidak membezakan antara orang yang menguasai dunia dengan yang cintakan dunia.

3. Bandingkan umat kita dengan yang lain. Umat Islam lemah dan umat lain adalah kuat.

4. Gagal menggarap ilmu.

5. Musuh telah bersedia tetapi umat Islam masih lagi leka.

6. Umat Islam tidak tahu meletakkan keutamaan ( Awlawiat).

 

* Mengutamakan yang lebih penting dari yang penting.

* Mengutamakan yang wajib dari yang sunat.

* Yang mesti didahulu didahulukan.

* Sesuatu yang kecil tidak perlu diperbesarkan.

* Setiap perkara letaklah ditempatnya.

 

7. Mengamalkan Islam secara tidak seimbang.

Contoh tidak seimbang

 

1. Menumpukan seni berbanding ilmu pendidikan

2. Haji setiap tahun tetapi keberatan membantu saudara-saudara kita di Afghanistan/ Pelestin

3. Meninggalkan kuliah kerana Tabligh.

4. Bertengkar dalam masalah juiyyah melalaikan perkara-perkara besar.

5. Tidak mengendahkan fardhu kifayah.

6. Mengabaikan fardhu.

7. Menumpukan sebahagian fardhu dan mengabaikan sebahagian yang lain contohnya melakukan solat tetapi tidak puasa atau berpuasa atau berpuasa tetapi tidak melakukan solat.

8. Menumpukan perkara sunat dan mengabaikan perkara fardhu. Misalnya berzikir dan bertasbih setiap hari tetapi tidak sedikitpun cuba untuk mencegah kemungkaran.

9. Sibuk memerangi perkara makruh dan disisihkan untuk memerangi perkara yang haram.

10. Mengutamakan amalan berbanding ilmu.

11. Menyibukkan diri di dalam perkara-perkara sunat dan meninggalkan perkara yang fardhu. Misalnya melakukan qiamullail tetapi tidur ditempat kerja .

 

Umat Islam hendaklah berhijrah.

 

1. Memahami Islam dengan secara menyeluruh seimbang dan mendalam.

2. Memahami kehidupan nyata tanpa memperkecilkan dan takut menghadapi cabaran

3. Memahami tujuan sebenar syariat.

4. Memahami perselisihan pendapat dan cara penyelesaiannya.

Kaedah penyelesaiannya :

 

"Kita bantu membantu dalam perkara yang kita sepakati dan bertolak

ansur dalam perkara yang kita perselisihkan".

 

5. Percaya kepada kewujan perubahan pemikiran, jiwa dan perilaku berdasarkan kepada perubahan budaya.

6. Memudahkan dalam memberi fatwa dan berita gembira.

7. Mahu berdialog dengan orang lain dengan cara yang baik.

 

Disunting dari Majalah Al Ehsan bil.11 – 1986

 

Oleh: Tuan Haji Othman Bin Hamzah

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

p/s : Islam itu mudah dan tidak payah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..

Amanah Jangan Dikhianati



 

Amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar AMANAH yang telah diletakkankan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. Setiap individu bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana itu adalah satu amanah yang dipikulkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada Tuhannya, dirinya, keluarganya, majikannya, negaranya dan masyarakat seluruhnya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika Baginda sedang tekun menyiapkan kertas rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, baginda pun memadamkan lampu yang berada di atas meja yang digunakan oleh baginda ketika baginda bekerja pada malam itu.Puteranya merasa hairan lalu bertanya,

 

"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang."

 

Khalifah Umar pun menjawab,"Benar katamu wahai anakku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga."

 

Kemudian baginda menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya.Setelah lampu itu dinyalakan maka baginda pun berkata kepada puteranya,

 

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang hendak anakanda bincangkan dengan ayahanda."

 

Mutiara Kata : Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta dan kurang cerdik.



p/s: Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang penuh dengan nilai kesabaran dan kemanusiaan.. Amin Ya Rahman Ya Rahim..

Kisah 5 Perkara Aneh



 

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :-

 

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah

2. Engkau sembunyikan,

3. Engkau terimalah,

4. Jangan engkau putuskan harapan,

5. Larilah engkau daripadanya."

 

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

 

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

 

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.” Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” Lantas Nabi teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

 

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

 

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

 

1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

 

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

 

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

 

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

 

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

 

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

 

Oleh: En. Mohd. Aasri B. Ab. Razak (Bahagian sistem Maklumat)

 



p/s: Peringatan buat semua dan diri sendiri juga.

Garis Panduan Silat Menurut Islam



1.                  TUJUAN

1.1.           Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.

2.                  PENDAHULUAN

2.1.           Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah.  Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak.   Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional  (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam.  Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين

(سورة يونس : 106)

                        Bermaksud:

“Dan janganlah kamu menyembah  apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.

2.2.           Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.  Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin.  Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi.  Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara.  Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:

وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم

(الانفال : 61)

Bermaksud:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah.  Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

2.3.           Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan.  Di antara syarat-syarat tersebut:

(a)               menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.

(b)               mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin.

(c)               tidak boleh meninggalkan sembahyang.

(d)               Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.

(e)               Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat.

2.4.           Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut.  Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.

2.5.           Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam:

(a)               Asal Usul Silat

(b)               Syarat-Syarat Silat

(c)               Guru Silat

(d)               Ikrar Sumpah dan Taat Setia

(e)               Pantang Larang

(f)                 Adab

(g)               Gerak Langkah

(h)               Amalan Dalam Silat

(i)                 Pengijazahkan

(j)                  Matlamat Silat

3.                  GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

3.1.           Asal-Usul Silat

3.1.1.     Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:

(a)   Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari  amalan para sahabat Nabi s.a.w.

(b)   Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.

(c)   Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.

3.2.           Syarat-syarat Silat

3.2.1.     Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka:

(a)   Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di  dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.

(b)   Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.

(c)   Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.

(d)   Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.

(e)   Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

(f)     Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

3.3.           Guru Silat

3.3.1.     Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:

(a)   mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

(b)   mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.

(c)   pemecah belah masyarakat.

(d)   Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.

3.3.2.     Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.

3.3.3.     Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.

3.4.           Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

3.4.1.     Sumpah tidak  dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.

3.4.2.     Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru.  Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.

3.4.3.     Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.

3.4.4.     Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala.

3.4.5.     Di dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.

3.5.           Pantang Larang

3.5.1.     Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.

3.5.2.     Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak  menjadi.

3.5.3.     Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.

3.5.4.     Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.

3.6.           Adab

3.6.1.     Adab Murid Dengan Guru:

(a)   Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak  pernah bersalah.

(b)   Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.

(c)   Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.

(d)   Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.

3.6.2.     Adab Sesama Murid Seperguruan:

(a)   Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.

(b)   Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain.

3.6.3.     Adab Murid Dengan Orang Lain

(a)   Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.

(b)   Seseorang murit tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.

(c)   Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.

3.7.           Gerak Langkah

(a)               Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.

(b)               Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.

(c)               Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.

3.8.           Amalan Dalam Silat

(a)               Tidak boleh memuja dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.

(b)               Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.

(c)               Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

(d)               Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat  wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.

3.9.           Pengijazahan

(a)               Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.

(b)               Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.10.            Matlamat Silat

(a)               Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.

(b)               Matlamat silat tidak boleh:

(i)                 Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.

(ii)               Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.

(iii)             Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.

4.                  PENUTUP

            Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Kuala Lumpur.


p/s: Silat dan seni mempertahankan diri yang lain juga termasuk dalam garis panduan di atas.

Imbas Kembali [Tempur, Ganda dan Olahraga]

Kejora IV, Kejohanan Pencak Silat Rakan Wajadiri Jemputan IPT UPM 2007



[Banting kejohanan]


[Di UPM]


Imbas kembali ketika mula-mula menyertai pertandingan silat. Sebelum ini, tidak pernah langsung menyertai mana-mana pertandingan silat samada di peringkat sekolah rendah atau menengah. Ini kerana ketika zaman sekolah menengah, tidak ada pendedahan dan tidak begitu aktif dengan silat. Hanya aktif dengan Bulan Sabit Merah sahaja.


[Pasangan untuk Tempur]

Bermula dengan latihan yang agak lasak sedikit kerana bermain tangan kosong dan senjata, tambahan lagi kena mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu 3 minit; 1.5 minit untuk tangan kosong dan bakinya pula untuk permainan senjata.

Ada isyarat yang akan dibunyikan oleh pencatat masa atau wasit. Dalam dua gelanggang (kebiasaannya), setiap gelanggang akan diberi pilihan samada wisel atau paluan gong. Bagi tempur, muzik iringan dibenarkan dan senjata boleh bertembung. Sempat main tempur dan ianya amat menyeronokkan walaupun selepas itu, terasa amat penat. Tetapi apabila berada dalam gelanggang, memang terasa asing. Hanya pasangan yang berada di depan sahaja yang jadi panduan. Sorakan dan teriakan kawan di luar gelanggang memang tidak terasa dan tidak kedengaran. Hanya tumpu kepada pasangan di depan. Gong atau wisel kedua akan dibunyikan apabila tinggal 10 saat terakhir dan bunyi ketiga akan dibunyikan apabila sudah cukup masa yang telah ditetapkan.

Bagi tempur, muzik akan dipilih oleh pasukan itu sendiri. Iringan muzik akan memberi rentak dalam permainan oleh pesilat dalam gelanggang.

International University Pencak Silat Championship 2008, MMU Cyberjaya



[Di hadapan banting]

Sekali ingat Tempur dan Ganda adalah satu benda yang sama. Rupanya ini tersilap. Ganda, senjata pesilat tidak boleh bertembung. Berbeza dengan tempur, ianya boleh bertembung dan pernah main senjata (parang) sehingga terpercik bunga api. Ketika kejohanan ini, sudah tidak pakai lagi Tempur tetapi digantikan dengan Ganda. Dalam acara ini, sudah tidak ada lagi muzik iringan seperti acara Tempur. Pesilat hanya berpandukan bunyi Gong dan wisel dari Wasit dan penjaga masa.

Ketika kejohanan ini, masuk dalam dua acara iaitu Ganda dan Silat Olahraga. Silat Olahraga bagi kategori A dimulakan dahulu dan ketika ini, ada kecederaan pada bahagian betis dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pertandingan pada sebelah malamnya pula, Ganda. Sepatutnya, dihabiskan dahulu pertandingan kategori seni kemudian disudahi dengan Silat Olahraga. Ini kerana terdapat juga peserta yang masuk dalam dua acara.


[Pakaian masih sama. Cuma seluar disentengkan sedikit. Pakaian 'tempur']

Kejohanan ini turut disertai oleh pasukan jemputan dari luar negara. Salah satunya adalah seperti Seligi Tunggal dari Singapura. Tidak ketinggalan, seorang peserta dari Austria yang turut mengambil bahagian. Di bawah adalah persembahandari TUDM yang juga mendapat pingat emas dalam acara Tempur yang sempat diambil video.



Kejuaraan Pencak Silat Piala Seri Bitara dan Jemputan UPSI



Kali ini menyertai pertandingan silat di UPSI, dan ianya adalah terbuka. Terdapat kontinjen dari ATM dan Maktab Polis turut menyertai kejohanan ini. Kali ini, turut menyertai dua kategori iaitu Ganda dan Silat Olahraga. 

Semasa berada dalam gelanggang, pernah ditegur oleh Wasit kerana kuda-kuda rendah. Dalam kategori Silat olahraga, ada tiga pusingan (setiap satu pusingan adalah dua minit) untuk menetukan siapa juara bagi tiap perlawanan. Ianya dikira kalah mati. Dalam dua pusingan, Wasit sempat berpaling dan menegur agar kuda-kuda tidaklah terlalu rendah. Masuk pusingan ketiga, dia sekadar menjeling sahaja. Mungkin ini kerana terlalu ikut dengan permainan Tempur kerana kalau kuda-kuda rendah, nampak menarik.

[Muka penat. Tak cukup stamina]

Pasangan Tempur dari TUDM yang pernah masuk bertanding dalam kejohanan di MMU Cyberjaya tidak ada tidak masuk kali ini. Ini sedikit sebanyak terlepas peluang untuk menyaksikan mereka membuat persembahan pada malam penutup kejohanan.


Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan UKM 2009 ( Piala Taming Sari)


[UKM]

Kejohanan ini berlangsung di UKM, Bangi. Kali ini hanya masuk acara Silat Olahraga kerana pasangan untuk Tempur dan Ganda mengikuti Latihan Industri. Tidak banyak yang hendak dikatakan di sini kerana hanya menyertai satu acara sahaja gambar banyak yang tidak dapat diambil,tidak seperti sebelum ini. 

Kejohanan ini, tidak begitu ramai yang datang seperti pasukan pilihan seperti ATM, UiTM dan lain-lain lagi. Ini mungkin disebabkan masalah dari pihak yang ingin masuk bertanding dan lain-lain lagi yang tidak dapat dielakkan. Ada juga pasukan yang masuk kejohanan ini, terpaksa menukar peserta pada saat-saat akhir disebabkan sebelum ini, mereka telah membuat perlawanan persahabatan bagi mamantapkan lagi pasukan mereka.


Sepanjang Perjalanan

Sepanjang penglibatan dalam kejohanan ini, terdapat sedikit coretan yang sedikit memberi sedikit sebanyak pengalaman berharga;


[Tayar pancit ketika perjalanan ke UPM dari MMU Cyberjaya.
Tinggal di asrama UPM semasa kejohanan di MMU]


[Bergambar bersama pasukan dari UPSI]



[Bergambar bersama pesilat dari Austria (kanan)]

[Bergambar di hadapan Rumah Za'ba di UPSI]

[Pesilat kategori bebas; IKM Lumut, ATM, MSU]

[Bergambar bersama selepas penyampaian hadiah]

[Pintu belakang UPSI sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur]

[Barangan yang kami perlu bawa pulang]

[Tiket bas dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur.

Kami datang dengan bas 'lompat']

[Di kolej kediaman, Kolej Tenaga]

[Jurugambar dan juruvideo bagi pertandingan]


p/s: Jauh perjalanan luas pemandangan. Tambah kenalan dari segenap lapisan masyarakat.

Lagu Maktab Sultan Ismail


Maktab Kami Terulung

Bermula di Padang Garong

SIC Namamu Agung

Jasamu Bagaikan Gunung


Sekolah Ini Cemerlang

Namamu Harum Dijulang

Lepasanmu Tak Terbilang 

Di Mana Jua Gemilang


Ikrar Janji Kami Setia Padamu

Akan Harumkan Namamu

Menuntut dan Menimba Segala Ilmu

Tanpa Rasa Penat dan Jemu


Setia Maju dan Jaya

Megah Logo Maktab Kita

"We Strive For Excellence"

Moto Jamin Kejayaan


Ikrar Janji Kami Setia Padamu

Akan Harumkan Namamu

Menuntut dan Menimba Segala Ilmu

Tanpa Rasa Penat dan Jemu


Guru Yang Kami Hormati

Ibu Bapa Ditaati

Didik dan Bimbinglah Kami

Ya Allah Restuilah Kami


Penggubah:

Tn Hj. Mohd Ghani Bin Wan Daud

Penulis Lirik:

Hjh. Siti Zaitun Bt Abdullah


p/s: Lagu sekolah. Teringat zaman persekolah di sini dahulu.

Berkat Sayang dan Muliakan Kucing


Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

 

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

 

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

 

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

 

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

 

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

 

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

 

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

 

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. – lanh

 

Sumber: http://groups.yahoo.com/group/Kelakar/message/165340

p/s: Kucing bukan ke comel kalau dijaga dengan elok?

The Seed



A successful business man was growing old and knew it was time to choose a successor to take over the business. Instead of choosing one of his Directors or his children, he decided to do something different. He called all the young executives in his company together. 

 

He said, "It is time for me to step down and choose the next CEO. I have decided to choose one of you. "The young executives were shocked, but the boss continued. "I am going to give each one of you a SEED today - one very special SEED. I want you to plant the seed, water it, and come back here one year from today with what you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next CEO." 


One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a pot, soil and compost and he planted the seed. Everyday, he would water it and watch to see if it had grown. After about three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. 


Jim kept checking his seed, but nothing ever grew. Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing. By now, others were talking about their plants, but Jim didn't have a plant and he felt like a failure. 


Six months went by -- still nothing in Jim's pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim didn't say anything to his colleagues, however. He just kept watering and fertilizing the soil - He so wanted the seed to grow. 


A year finally went by and all the young executives of the company brought their plants to the CEO for inspection. 


Jim told his wife that he wasn't going to take an empty pot. But she asked him to be honest about what happened. Jim felt sick to his stomach, it was going to be the most embarrassing moment of his life, but he knew his wife was right. He took his empty pot to the board room. When Jim arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful -- 


In all shapes and sizes. Jim put his empty pot on the floor and many of his colleagues laughed, a few felt sorry for him! 


When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young executives. 


Jim just tried to hide in the back. "My, what great plants, trees, and flowers you have grown," said the CEO. "Today one of you will be appointed the next CEO!" 

 

All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his empty pot. He ordered the Financial Director to bring him to the front. Jim was terrified. He thought, "The CEO knows I'm a failure! Maybe he will have me fired!" 


When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed - Jim told him the story.  


The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then announced to the young executives, "Behold your next Chief Executive Officer! His name is Jim!" Jim couldn't believe it. Jim couldn't even grow his seed. 


"How could he be the new CEO?" the others said.


Then the CEO said, "One year ago today, I gave everyone in this room a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds; they were dead - it was not possible for them to grow. 


All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new Chief Executive Officer!"


* If you plant honesty,you will reap trust 

* If you plant goodness, you will reap friends

* If you plant humility, you will reap greatness

* If you plant perseverance, you will reap contentment 

* If you plant consideration, you will reap perspective 

* If you plant hard work, you will reap success 

* If you plant forgiveness, you will reap reconciliation

* If you plant faith, you will reap a harvest 

 

So, be careful what you plant now; 

it will determine what you will reap later.

 

"Whatever You Give To Life, Life Gives You Back"

p/s: Seeds of goodness.


Selamat Tinggal Sayang


[Sebelum menunggang,pastikan topi keledar diikat dengan ketat dan kemas]


[TXR 150]


[Dari pandangan belakang]


[Dari pandangan sisi]


[Dari pandangan hadapan]


[Sebahagian depan, diambil separuh sahaja]


[Gambar diambil ketika mula-mula beli]

Ini bukannya berpisah dengan teman wanita atau sesiapa yang ada kaitan dengan benda hidup tetapi adalah berpisah dengan kenderaan yang pernah menjadi nadi dalam kehidupan; kenderaan yang digunakan untuk pergi ke kelas, kedai, pasar raya dan juga pernah digunakan untuk pergi kerja. Tidak lupa juga, pergi latihan silat di Meru, Klang.

Kelajuan yang pernah dicapai sebelum ini adalah sekitar 150 km/j di atas Jalan Raya Guthrie (GCE), tidaklah berlumba tetapi sekadar untuk ujian kelajuan yang dapat dicapai oleh motor ini sahaja. Sekadar menunggang seorang, itu bukannya berlumba namanya. Walaupun model tahun 1995,tetapi kelajuan yang dapat dicapai, agak memuaskan kerana kapasiti enjin adalah 147 cc(dibundarkan kepada terdekat, 150 cc).

Setelah dipakai selama hampir setahun dan dibiarkan tersadai selama hampir juga setahun kerana masalah kerosakan yang tidak mungkin dapat ditanggung maka terpaksalah berpisah. Antara kerosakan yang telah ditanggung selama ini adalah seperti berikut;

a. Brek cakera bocor dan bengkok. Terpaksa ditukar satu set lebih kurang termasuk cakera.

b. Lampu isyarat sukar untuk diperolehi di Shah Alam. Ada kawan bagitahu, di Klang ada menjual barangan ganti bagi model 'Panther' dan 'Jerung'. Aku pakai coverset 'Jerung'. 

c. Tangki minyak bocor. Terpaksa korbankan duit untuk tukar yang baru. Kalau ditampal, masih terdapat hakisan di bahagian dalam tangki akibat karat. Hari ini mungkin masih selamat tetapi lama kelamaan akan merosakkan karburetor. 

Kulit atau 'coverset' dan aksesori yang lain sukar untuk diperolehi sekarang kerana model ini sudah tidak dikeluarkan dan jika ada, mungkin tidaklah barangan asal dan kalau ada mungkin barangan tiruan seperti 'coverset' dikatakan boleh dibuat dengan 'fiberglass'. Seperti motor yag telah dipakai ini, lampu isyarat diambil dari Yamaha RXZ.

 

p/s: Mungkin di masa akan datang, pakai motor lain. Ducati? Hayabusa? K1000? 

10 Jenis Tangisan



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan

 

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

 

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An

Najm : 43)

 

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis Tercela Atau Terpuji 

Ada  tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada  pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :

Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu.

Kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu."


Air Mata Yang Tiada Dituntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

 

Dari itu..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.

Junjungan Mulia bersabda 

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." 

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat" Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

 

Berkata Salman Al Faarisi . Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

 

Air Mata Tanda Rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda :


"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.


1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

 

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat."

(riwayat dari Salman al Faarisi)

 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."


p/s: Tangisan keinsafan di atas dosa yang telah dilakukan ketika zaman kejahilan adalah tangisan yang terbaik, mengenang dosa yang telah dilakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...