Sunday, February 7, 2010

Kempen Derma Darah Unit 8 BSM Cawangan Kelantan

Pada 6hb Februari 2010 yang lalu, Unit 8 Pasukan Bantuan Sukarela Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan telah mengadakan satu program Kempen Derma Darah bertempat di Tok Belian, Bachok.

Program ini turut disertai oleh Hospital Universiti Sains Malaysia, Kolej Kejururawatan Poly-Tech MARA dan juga Kolej Masterskill Cawangan Kelantan.

Unit 8 diketuai oleh Dr. Seri Buana iaitu Komandan unit berkenaan dan beliau juga merupakan doktor di Klinik Komuniti. Selain itu, acara sukaneka dan pemeriksaan kesihatan turut disediakan.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berkenaa;


[Aktiviti mewarna bagi kanak-kanak]

[Aktiviti kanak-kanak]

[Penjaga berada disisi peserta mewarna]

[Kaunter pemeriksaan kesihatan]

[Pendaftaran]

[Acara sukaneka]

[khemah sukaneka]

[Acara kanak-kanak]

[Pertandingan Karom]

[Pemeriksaan dari doktor]

[Dr. Seri Buana sedang memeriksa pengunjung]

[ahli Bulan Sabit Merah]

[Saudara Rudi]

[Sedang mengambil video]

[Acara dewasa kategori wanita]

[petugas]

[jamuan makanan kepada pengunjung dan peserta]

[Dari Kolej Kejururawatan Poly-Tech MARA]

[Berehat selepas menjamu selera]

[Result ECG]

[Hilman dan Rudi]

[Petugas sedang menjamu selera]

[sedang mengait buah jambu]

[Komander Unit 1, Abang Lan]

[Jurulatih IPC, Abang Din]

[Sedang berehat di atas dangau]



[Dengan salah seorang ahli]

[Petugas di kaunter]

[Pelajar Kolej Masterskill]


[Bergambar sebelum balik]

Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana program ini sekurang-kurangnya dapat menampung bekalan darah di hospital-hospital yang amat memerlukannya kerutama ketika kejadian kemalangan, pembedahan dan lain-lain lagi.

p/s: Sumbangan darah dari anda amatlah dihargai.

HUSM (Kubang Kerian, Kelantan) - Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar, Kedah)

Pada 3hb Fabruari 2010, aku dan salah seorang ahli Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan menerima satu tugasan untuk memindahkan pesakit dari Hospital Universiti Sains Malaysia Cawangan Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Pesakit ini telah dimasukkan ke hospital berkenaan kerana terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Salor dimana membabitkan 3 kenderaan. Pesakit ini patah di tangan, peha dan pinggul.

Perjalanan ini sejauh hampir 800 km pergi dan balik. Kami bertolak dari HUSM lebih kurang pukul 11.30 pagi. Kami singgah dahulu di Kolej Kejururawatan Masyarakat Pasir Mas kerana keluarga mangsa dari Kedah telah datang ke Kelantan untuk membuat laporan polis di Pengkalan Chepa.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang perjalanan kami;


[Rakan-rakan pesakit mengerumuni ambulans untuk bersua muka

dengan pesakit sebelum bertolak ke Kedah]

[Pelajar Kolej Kejururawatan Masyarakat Pasir Mas]

[Hadapan Pejabat Pentadbiran]

[Hadapan Pejabat Pentadbiran]



[Papan tanda]

[Di atas jambatan Tasik Banding, Perak]
[Bandar Alor Setar]

[Menara Alor Setar]

[Pintu masuk Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar]

[Ambulans berdekatan kuarters Hospital Sultanah Bahiyah]

[Di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma]

[Kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma]

[Hospital Sultanah Bahiyah]
Kami bertolak pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah lebih kurang pukul 9 malam pada 3hb Februari dan sampai di Kota Bharu lebih kurang pukul 2 pagi 4hb Februari. Semoga mangsa kemalangan ini cepat sembuh. Amin...
p/s: Berhati-hati di jalan raya

Saturday, January 30, 2010

Duty Maraton SMK Dato' Ahmad Maher

Pada 27 Januari 2010 iaitu hari Khamis, satu acara marathon telah diadakan di SMK Dato Ahmad Maher. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang acara berkenaan;
























Semasa duty, salah seorang peserta telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 kerana 'Hyperventilation'. Semasa berada di sana juga, salah seorang pelajar sekolah berkenaan telah dilanggar oleh kenderaan sebelum datang ke sekolah. Harap semuanya baik.
p/s: Berhati-hati di jalan raya

Sunday, January 24, 2010

Duty Kawasan Pelupusan Terbakar

Pada 21 Januari yang lepas,aku telah mengikuti satu tugasan untuk memasak kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang bertugas memadamkan api di kawasan tempat pelupusan sampah Sabak. Kami bertugas di kawasan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Tugas memasak ditamat pada pukul 1630 @ 4.30 petang pada 24 Januari 2010. Selain pasukan kami, Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan, kami juga dibantu oleh Skuad Amal Kelantan (Pengkalan Chepa).

Berikut adalah gambar ketika bertugas yang sempat diambil:


[pendaftaran sukarelawan di Balai Bomba Pengkalan Chepa]


[Setiap sukarelawan dikehendaki menulis nama untuk rekod]


[Memotong bawang untuk dicampur ke dalam sardin]


[En. Mazlan sedang mengacau kuah]


[Menyediakan kopi]


[Antara petugas yang bertugas]


[Kopi siap disediakan]


[Memasak bawang besar]


[Nasi untuk dibungkus]


[Memasak untuk 50 orang anggota Bomba]


[Petugas berhampiran dapur]


[Sardin]


[Lauk sudah siap dimasak]


[Zikri berhampiran jentera Bomba]


[Salah seorang sukarelawan]

p/s: Terima kasih turut diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah menyumbangkan bahan-bahan untuk kami memasak seperti beras, sardin dan lain-lain lagi.

Friday, January 22, 2010

Pesanan Terbaik Dari Seorang Rakan




Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.


Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.


Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga.


Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.


Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah Al-Kafirun..

Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya.


Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda Minda , kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.






Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.


Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya . Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.


Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan. .


p/s: Petikan dari group di internet..harap dapat kongsiuntuk semua..

Friday, January 15, 2010

Kronologi Gerhana Matahari Separa




Satu fenomena Gerhana Matahari Separa telah berlaku pada 15 Januari 2010 bermula lebih kurang dari pukul 3.45 petang hingga 5.45 petang..

Berikut adalah kronologi kejadian yang sempat dirakamkan dengan menggunakan kamera digital dan juga kamera video..









































































Alatan yang telah digunakan adalah seperti kamera digital, kamera video, tripod dan tidak ketinggalan 'airpress' kereta. Disebabkan tiada filter yang bersesuaian, 'airpress' telah dipilih kerana ianya sebagai ganti kepada cermin gelap.. Tidak dapat mengambil gambar sampai habis kerana kehabisan bateri.. Lokasi adalah di perkarangan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan.

Bertugas di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa


[Bersama Ikhwan]



Semalam,sekumpulan pasukan dari Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyertai satu tugasan untuk menyambut Tengku Mahkota Kelantan yang juga Penaung bagi Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan.. Agak ramai hadirin yang datang sehingga tidak sempat untuk mengambil gambar Tengku..

Ketika menyertai sekumpulan orang ramai dan berada di tengah-tengah sekumpulan polis, seorang pegawai polis di belakang asyik memandang dari atas sampai bawah berulang kali manakala sekumpulan polis perempuan asyik jeling menjeling di sebelah kanan.. Mungkin hairan melihat cara pemakaian atau sesuatu yang tidakpasti.. Kebiasaannya, ahli Bulan Sabit Merah membawa peti pertolongan cemas tetapi cara aku pakai lain sikit; Vest dan beg kamera.. Mungkin dia fikir macam nie; 'Dia nie reporter ke First Aider?'

Berikut adalah gambar yang sempat diambil semasa bertugas.


[Zikri dan Ikhwan]



[Bacaan Doa Selamat sejurus Tengku Mahkota sampai di perkarangan pintu depan lapangan terbang]


[Ahli yang bertugas]

p/s:Semoga semuanya selamat.. Amin

Thursday, January 7, 2010

Aoi Itu Biru [1]

1

LANGIT nampak mendung lagi. Dia tidak menghiraukan walau apapun yang akan terjadi. Keputusannya nekad. Pasti. Langkahnya semakin laju mengikut degupan jantung. Hari ini, dia akan mengotakannya.

Naluri hatinya mengatakan orang yang dia cari selama ini masih hidup. Cuma dalam bentuk yang lain. Dejavu?

Speaking




Foreigner: Where is stadium? Skate park?
Me: Over there
Foreigner: Behind the stadium?
Me: In front of the stadium. Somewhere around there.
Foreigner: Thank you.
Me: You are welcome.

p/s: The situation in front of MPKB-BRI main gate. Em, just like oral speaking for 'SPM' candidate or STPM MUET oral test. Just basic, talked about the main point [direct to the point] and the conversation is done.

Monday, January 4, 2010

Kemalangan






Beberapa hari lepas, pergi melihat seorang rakan ahli radio amatur.. Dia kemalangan motosikal dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia..

Berita cepat diketahui kerana ada panggilan dari 'handy'rakan-rakan radio amatur yang memaklumkan berita kemalangan ini..

Mata dia ditampal plaster kerana terkena cermin mata.. Dagu luka tercalar termasuk tangan dan kaki.. Ketika kami masuk, dia masih sedar.. Syukur Alhamdulillah..

p/s: Berhati-hati ketika berada di jalan raya.. Malang tidak berbau..

Mari Tengok Yang Lain

Related Posts with Thumbnails