Persediaan Menghadapi Bencana (Banjir)

Persediaan Menghadapi Bencana (Banjir)


1. Bungkus atau letakkan barang dan dokumen penting seperti geran motor, kereta, tanah dan lain-lain dokumen ke dalam beg plastik. 


2. Dapatkan nombor pihak berkuasa yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat atau memberi maklumat penting sekiranya perlu berbuat sedemikian.


3. Kurangkan keluar ke tempat-tempat yang tiada kaitan jika perlu kerana anda tidak tahu bahawa tempat anda sendiri sudah dinaiki air.


4. Jimatkan penggunaan makanan kering kerana apabila berlaku bencana, ianya adalah satu keperluan yang sangat berharga.


5. Kawal anak-anak kecil dari bermain di tempat-tempat yang dinaiki air. Bila-bila masa tempat berkenaan akan dinaiki air dari pelbagai arah.


6. Sentiasa peka dengan maklumat sahih dari pihak berkaitan. Elakkan dari menyalurkan berita yang tidak benar dan palsu. 


7. Sentiasa memberi kerjasama apabila diarahkan berpindah dari pihak berkuasa. 


8. Kurangkan dan elakkan dari menggunakan alat perhubungan sekiranya tidak perlu kerana bekalan elektrik bila-bila masa boleh diputuskan kerana ada rumah dan bangunan yang telah ditenggelami air. 


9. Elakkan dari menyentuh tiang elektrik dan wayar yang berjuntai keluar. Dikuatiri arus masih ada dan jika tersentuh akan mengakibatkan renjatan sehingga membawa maut.


10. Sediakan bekalan pertolongan cemas dan perubatan persendirian seperti gauze, tape, gunting kecil, paracetamol dan ubatan yang difikirkan perlu. 


11. Jika ada, sediakan alat komunikasi di satu-satu tempat pemindahan banjir kerana talian telefon walau secanggih manapun telefon ianya akan terganggu. Setkan di repeater terdekat atau yang aktif untuk memberi maklumat dan mendapatkan maklumat.


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas kepada anda oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ini. 


Sumber Gambar : Harian Metro, Astro Awani, Berita Harian.


73 de 9W2GDB.


Encik Muhamad Helmi Abdullah, ppl.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Bharu.

Pasukan Bantuan Sukarela / Volunteer Aid Detachment (VAD) Kelantan.

Rapid Deployment Squad (RDS), Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...