Kekasihku Masuk Wad



Masuk bengkel lagi kekasihku ini. Banyak kenangan bersama beliau yang tidak dapat dilupakan. Takpe la, asal boleh jalan dan memberi perlindungan dari panas dan hujan. Pergi perkhemahan Bulan Sabit Merah bersama dengan rakan serta bertugas di beberapa tempat yang memberi banyak kenangan kepada aku.

Mengunjungi rumah kenalan bersama kekasihku ini walaupun jauh namun aku tidak kisah kerana bimbang apa-apa yang akan terjadi kepada dia di tengah jalan. Panas dan hujan relaku pergi.

p/s: Kekasihku

From Hong Kong With Love

[ Mustakim dan Athirah ]

[ Mustakim]

[Hong Kong]

[ Mustakim]

[ Dapat Cenderamata ]
[ Hong Kong dan China ]

[ Hong Kong dan China ]

[ Athirah ]

[Papua New Guinea]

[ Laptop ]

[ Ada makanan dari Hong Kong yang rasanya seperti Marshmellow ]

[ Sebelum berlepas pulang ke Kelantan ]

Pada 29 Disember lepas, aku ke LCCT dari Seksyen 13, Shah Alam untuk menyambut kepulangan rakan-rakan, Nik Mohd Mustakim dan Noor Athirah yang telah ke Hong Kong sempena Asia Pasific Red Cross Red Crescent Youth Leaders Forum.

Walaupun sekejap sahaja iaitu dari kira-kira pukul 7 petang sehingga 8 malam tetapi ianya berbalai kerana ada sedikit buah tangan yang diterima. Bukan buah tangan atau cenderamata yang dipinta tetapi pengalaman yang dapat dikongsi apabila berada di luar negara, berjumpa dengan ahli-ahli dari negara-negara lain yang mempunyai minat yang sama iaitu semangat sukarelawan.

Tahniah kepada peserta yang telah terlibat di dalam program tersebut.

p/s: Sukarelawan sudah sebati di dalam jiwa kami.

Menjemput Bidadari






Menjemput Bidadari
Album :
Munsyid : Epicentrum
http://liriknasyid.com



Bila yakin tlah tiba,
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ku temukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

p/s: Bidadari

Maafkan Abang




Pada suatu malam, sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu?

Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya.

Si suami : Emmm…Baiklah.

Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing.

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..

Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya.

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….

Mengapa Ianya Terjadi Ketika Ini?




Aku exam 10-15 Januari 2011 namun mengapa 24hb Disember 2010 pula terjadi ketika aku sedang bertungkus-lumus bersengkang mata menyiapkan lab report dan assignment dan sakit kepala untuk menulis nota yang tidak pernah dibuat lagi. Sakit..

Syukur Tiada Apa-apa




Semasa pulang ke kampung halaman di Kelantan, satu kejadian kemalangan hampir terjadi kepadaku. Syukurlah dapat pusingkan stereng ke kiri dan kereta terbabas ke kiri jalan. Kereta di depan lampu brek ke-3 padam dan apabila brek, tidak menyala. Kereta tersebut brek kecemasan.

p/s: Syukur tiada apa-apa yang terjadi. Cuma terkejut sedikit.

Buat Macam Barang Sendiri




Kadangkala perlu juga buat macam barang sendiri. Seperti contohnya, kenderaan persatuan sukarela apabila difikirkan balik apabila buat macam kenderaan sendiri, kita akan selalu menjaganya dari segi penyelenggaraan, kebersihan dan kemampuannya untuk bergerak.

Kenderaan persatuan ini memang boleh dipakai apabila mendapat kebenaran tetapi apabila istilah 'persatuan' bukan bermakna penyelenggaraan terletak kepada persatuan itu sendiri. Buatlah macam kenderaan sendiri. Kalau kotor, pergilah cuci samada ke kedai memcuci kenderaan atau cuci sendiri.

Kebersihan tidak selalu dijaga, apabila digunakan terus disimpan tidak dijaga. Apabila ahli lain yang nak gunakan kenderaan tersebut, makin teruk adalah. Pakat buat macam ada orang lain yang akan membersihkan kenderaan berkenaan termasuk segala kerosakan yang telah dilakukan oleh ahli yang menggunakan sebelum ini.

Apabila mendapat kebenaran untuk menggunakan kenderaan tersebut, gunalah secara berhemah. Jangan pula buat kenderaan itu seperti kenderaan yang tidak akan rosak selamanya dan tidak dijaga perkakasan enjin dan keupayaannya.

Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah ahli ini kadangkala merosakkan nama persatuan dan sikap mementingkan diri sendiri ini seharusnya dikikis dari dalam diri sebelum ianya menjadi gejala yang tidak dapat dibendung.

p/s: Selalu buat sesebuah kenderaan itu seperti kenderaan sendiri.

Majlis Penyampaian Bengkung MSU 2010








Lokasi: Management & Science University, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 21 Disember 2010

Majlis Penyampaian Bengkung yang ringkas telah diadakan pada hari ini. Tetamu Terhormat tidak dapat hadir kerana ada urusan ttapi ianya tidak menghalang perjalanan majlis ini. Tahniah kepada semua.

p/s: Teringat ketika majlis sebegini dahulu sekitar tahun 1995/1996

Insomnia?

Dua-tiga menjak akhir-akhir ini tidak dapat tidur yang cukup. Laporan makmal (Lab Report In English) kena siapkan dengan segera. Kalau tidur, ada la dekat pukul 4-5 pagi. Terganggu Biological Clock betul.

Ada yang suruh buat laporan aktiviti semasa mengikuti program atau forum yang lepas. Syukurlah kerana segala fail ada dibawa bersama termasuk gambar-gambar yang diambil hari tu, boleh dikatakan terdapat isi-isi penting yang akan dibawa kepada mesyuarat peringkat kebangsaan. Itulah pentingnya segala aktiviti disertakan dengan gambar.

Nampak gayanya, kena mula belajar membuat aktiviti secara terancang berpandukan masa yang sesuai. Mungkin pukul 2-3 pagi baru boleh belajar, ketika orang lain tengah lena dibuai mimpi indah.

p/s: Insomniakah?

FORUM BELIA KEBANGSAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2010



Pengenalan

Belia Bulan Sabit Merah Malaysia memainkan peranan penting dalam pergerakan Bulan Sabit Merah Malaysia. Justeru, satu forum berhubung belia telah dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah diadakan di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Objektif

Melahirkan belia yang mempunyai sifat kepimpinan, bertanggungjawab serta mengamalkan prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia disamping semangat kerjasama bersama-sama ahli yang lain tanpa dibatasi oleh pasukan, daerah dan negeri. Mendedahkan belia berhubung peranan mereka dan idea yang boleh diberikan untuk pembangunan persatuan.

Laporan Aktiviti

Khamis 28 Oktober 2010

Para peserta yang akan menyertai forum ini berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Kebangsaan di Jalan Nipah, Ampang sebelum dibawa menuju ke destinasi iaitu Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Sampai sahaja di kawasan berkenaan, pada peserta diberi sedikit taklimat berkenaan tempat tinggal dan kawasan berkumpul setiap aktiviti. Fail dan nota berkenaan program ini turut diagihkan kepada para peserta. Selesai sahaja taklimat, sesi Suaikenal diadakan berhampiran kawasan lapang di sebelah sebatang sungai disana.

Selesai sahaja aktiviti berkenaan, kami menuju ke dewan terbuka kerana ada taklimat berkenaan aktiviti sepanjang program yang disampaikan oleh Tuan Syah.

Aktiviti sebelah malam telah diadakan sejurus selepas solat isyak dan taklimat disambung dari petang tadi. Taklimat berkenaan disiplin semasa aktiviti ini ditekankan oleh Encik Azmi Tajuddin dan para peserta diminta agar mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini kerana pada keesokan harinya, ada lagi peserta dari Kelantan akan tiba.

Jumaat 29 Oktober 2010

Aktiviti pagi ini adalah lebih berkenaan jatidiri kepada para peserta. Aktivit lain yang diadakan adalah seperti permainan yang menekankan kerjasama bersama dalam satu kumpulan yang besar. Aktiviti ini tamat pada tengahari dan peserta dilepaskan untuk membuat aktivit yang lain dan bersiap untuk Solat Jumaat.

Aktiviti pada sebelah petang sejurus selesai menunaikanSolat Fardhu Jumaat adalah Komunikasi Kecemasan dan memanjat tembok tiruan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki berkumpul dalam satu barisan dan pengagihan kumpulan diadakan. Melalui ini, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu satu di bahagian Radio Kecemasan dan satu kumpulan lagi untuk aktiviti memanjat tembok tiruan.

Melalui slot Radio Kecemasan, para peserta didedahkan dengan alatan radio komunikasi seperti handy dan rig. Tenaga pengajar yang membantu slot ini ialah Encik Ali Paat (9W2GOD), Encik Abdul Rasid Ahmad Sidek (9M2YRS), Encik LT.(B) Khairul Annuar (9W2XLT) dan beberapa orang yang lain lagi. Aktiviti yang dijalankan di dalam slot ini adalah seperti Pengenalan Kepada Radio Amatur, Penggunaan Radio Amatur, 2 Meter Band, UHF dan lain-lain lagi.

Aktiviti memanjat tembok tiruan yang terletak berhampiran pintu masuk ke kwasan ini diadakan kira-kira sejam selepas aktiviti pertama. Menerusi aktiviti ini, peserta boleh menguji kekuatan fizikal dan mental masing-masing. Sebelum peserta memanjat tembok, keselamatan amat dititik beratkan seperti memakai topi keselamatan dan harnest.

Aktiviti seterusnya adalah Keselamatan Di Dalam Air yang disampaikan oleh Encik Azmi Tajuddin. Para peserta dikehendaki berendam di dalam kolam yang terletak berhampiran aktiviti sebelum ini,memanjat tembok tiruan. Pendedahan tentang keselamatan ini amat perlu kepada semua peserta apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di air.

Aktiviti seterusnya diadakan pada sebelah malam ini turut disertai oleh Dato’ Dr Hj Wan Azhar Bin Wan Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Kata-kata motivasi diberikan kepada para peserta forum ini. Pada malam ini, bengkel yang berkaitan dengan belia di dalam persatuan di adakan dan peserta dikumpulkan di dalam beberapa kumpulan. Tugasan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini berbeza mengikut tugasan dan dibentangkan.

Sabtu 30 Oktober 2010

Pada pagi ini telah diadakan satu Kuliah Subuh kepada peserta Muslim forum belia ini. Penceramah didatangkan khas dari masjid berhampiran oleh jawatankuasa penganjur. Pembentangan terakhir kumpulan telah diadakan. Melalui pembentangan ini, para peserta berkongsi pendapat berhubung beberapa topik yang diberikan kepada setiap kumpulan.

Selesai sahaja pembentangan, sesi luahan rasa dan pendapat telah diadakan. Ianya memberi peluang kepada peserta untuk meluahkan perasaan mereka sepanjang aktiviti ini berlangsung. Selain itu, harapan mereka terhadap perkembangan persatuan pada masa akan datang.

Penghargaan

Dato’ Dr Hj Wan Azhar B Wan Ali

Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Semua Staf Ibu Pejabat Kebangsaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

Semua Staf Ibu Pejabat Cawangan Kelantan



Sibuk


Aku mula sibuk dengan jadual kelas yang berubah sekali lagi. Lab report dan lain-lain lagi. Ulangkaji pelajaran tidak banyak yang dibuat, asyik sibuk dengan buat lab report.

Dua-tiga minggu ini, tiada sms sekerap dulu. Rindu kat orang tersayang pun ada.

Semoga dapat menjalani latihan dengan jayanya. Ada sms, mengatakan kaki terseliuh. Harap cepat sembuh la ya.

p/s: Semoga cepat sembuh

Jamuan Silat 2010


Tarikh: 12 Disember 2010
Lokasi: Tasik Shah Alam, Selangor

Jamuan sempena selesainya Ujian Penigkatan Bengkung dan Majlis Perpisahan saudara Syah.



Ujian Peningkatan Bengkung 2010



Tarikh: 12 Disember 2010 (Ahad)
Tempat: SK Sungai Binjai, Meru, Klang

Ujian Peningkatan Bengkung telah selamat diadakan dan semoga dapat menggunakan setiap ilmu itu dengan sebaiknya. Insya Allah..

Perlimau Tapak & Mandi Seni








Lokasi: Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor
Tarikh: 11 Disember 2010

Perlimau Tapak dan Mandi Seni telah disempurnakan oleh Cikgu Selamat pada hari Sabtu, 11 Disember 2010 di Gelanggang MSU, Shah Alam, Selangor.

Rahsia Kenapa Orang Jepun Lebih Berjaya



1. KERJA KERAS

Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja keras dan rajin.Rata-rata waktu bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Inggris (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).

Seorang pegawai di Jepun mampu menghasilkan sebuah kereta dalam 9 hari, sedangkan pegawai di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama.


2. MALU

Malu adalah budaya dari turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran.

Masuk ke alaf baru,semuanya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para penjawat awam (menteri, ahli politik, dsb) yang terlibat masalah korupsi atau merasa gagal menjalankan tugasnya.

3. HIDUP BERJIMAT

Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam seharian.Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan.Awal kehidupan di Jepun,orang Jepun ramai berbelanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.

Hasil kajian yang dilakukan,sudah menjadi kebiasaan supermarket di Jepun akan memotong (cut price)harga sampai separuhnya pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup.Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-ratanya tutup pada pukul 20:00 p.m (8mlm)

4. KESETIAN

Kesetian membuat sistem karier di sebuah perusahaan berjalan dengan rapi.Sedikit berbeza dengan sistem di Amerika dan Eropah,sangat jarang orang Jepun yang bertukar pekerjaan.Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri.

5. PANTANG MENYERAH

Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan lasak dan pantang menyerah kalah.Kita ambik contoh semalam world cup Jepun vs Paraguay.Diorang ni main mati-mati untuk mara ke suku akhir.Lastly,nasib tak menyebelahi mereka selepas tewas sepak penalti

6. BUDAYA MEMBACA

Jangan terkejut kalau korang datang ke Jepun dan masuk ke Densha (keretapi elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik kanak-kanak mahupun orang dewasa sedang membaca buku atau majalah. Tidak peduli duduk atau berdiri, banyak yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.

7. KERJASAMA BERKELOMPOK

Budaya di Jepun tidak terlalu mengamalkan kerja-kerja yang terlalu bersifat individual (seorang diri) termasuk klaim hasil pekerjaan,biasanya ditujukan untuk team atau kelompok tersebut.Bekerja dalam kelompok mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun.Musyawarah muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kelompok. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

8.JAGA TRADISI

Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya.Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai hari ini.

Budaya minta maaf masih menjadi perkara utama orang Jepun.Kalau suatu hari korang naik basikal di Jepun dan terlanggar pejalan kaki ,jangan terkejut kalau orang yang kita langgar itu meminta maaf dulu.

Sampai ketika ini orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak”apabila mendapat tawaran dari orang lain. Jadi kita harus hati-hati dalam pergaulan dengan orang Jepun kerana “hai” belum tentu “ya” bagi orang Jepun.



p/s: Ambil yang positif.

Majlis Penyampai Bengkung Gelanggang Awam Sekyen 17 Shah Alam

[Gelanggang Awam Seksyen 17, Shah Alam, Selangor]

[Gelanggang MSU/PTPL Shah Alam]


1. Ada jemputan dari Gelanggang Awam Seksyen 17 Shah Alam sempena Majlis Penyampaian Bengkung di SK Seksyen 17, Shah Alam, Selangor pada malam 8 Disember 2010.

2. Selesai berlatih di Gelanggang MSU, kami bergegas ke Seksyen 17 dengan beberapa buah kenderaan. Pada malam ini, tidaklah terlalu berat sangat latihan kerana hanya ingin mengingati gerakan dan asas serta buah sempena grading pada hari Sabtu 11 Disember 2010.

3. Tahniah kepada pesilat serta gurulatih yang telah terlibat sepanjang program ini.

p/s: Sudah lama tidak grading

Jangan Seksa Lelaki


1. Orang lelaki tidak boleh disalahkan seratus peratus jika berlakunya kejadian rogol, cabul dan lain-lain lagi sekiranya cara pakaian yang agak menjolok mata sebegini dipakai oleh kaum perempuan.

2. Berkenaan undang-undang, yang sering dipersalahkan adalah kaum lelaki tetapi jika diteliti balik, faktor-faktor kejadian seperti yang telah disebutkan di atas turut berpunca daripada kaum wanita.

3. Adakah fesyen atau budaya yang menjadi faktor lain sehingga ianya menjadi gejala?

4. Kurangnya kesedaran berkenaan pemakaian yang sopan yang berpunca dari budaya barat yang mejadi ikutan remaja masa kini.



Bertudung bukan bermaksud memakai tudung dan bahagian lain terdedah!

5 Langkah Meningkatkan Motivasi & Keyakinan Diri



1. Bina Matlamat yang Jelas
Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya.


Oleh kerana itu, binalah dengan jelas matlamat atau apa juga yang anda ingin benar-benar capai atau miliki dalam kehidupan anda.

2. Bina Falsafah Kejayaan Hidup

Benteng semangat juang ialah moto atau falsafah hidup seseorang. Peribahasa atau kata-kata mutiara adalah contoh-contoh falsafah yang sudah teruji kebenarannya.

Oleh itu, binalah falsafah hidup sendiri agar anda dapat memotivasikan diri anda terutamanya tatkala anda memerlukan semangat atau dorongan yang kuat untuk terus hidup dan maju ke hadapan.

Contoh falsafah kejayaan: "Untuk berjaya, saya mesti benar-benar serius, fokus, dedikasi, tekun dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan saya".

3. Bina Keyakinan Diri yang Tinggi

Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin diri, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan.

Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-benar tahu apa yang anda ingini serta membina / mempunyai strategi mencapainya.

Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri anda berkali-kali, SAYA BOLEH!

4. Bina Pelan Tindakan yang Mantap
Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah merangka pula pelan tindakan yang mantap.

Pelan tindakan anda itu harus sentiasa bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta rujukan anda dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam usaha anda mencapai kejayaan.

Oleh itu, agar anda lebih komited mencapai kejayaan, buatkanlah perancangan anda secara bertulis.

5. Fokuskan Tindakan dan Tenaga Anda
Seterusnya, fokuskanlah segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat dan cita-cita anda itu.

Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi serta penuh kesungguhan. Lakukanlah tindakan-tindakan yang perlu anda laksanakan untuk mencapai apa juga matlamat yang telah anda tetapkan dengan penuh keyakinan.

The Hans – Diary of Love


The time has come for you and me

The time is waiting to you and me

The time has not go anywhere


I wish you here when I’m around

I wish you here all day and night

I wish you here for all the time


Chorus

I dream of you all the night

And I miss you all the time

I wish that you will miss too


I dream of you all the night

And I miss you all the time

I wish that you will miss too


Verse

When you were here I’ll feel safe

When you were around I’ll feel glad

To have you all the day and night


To see you smile is what I want

To see you laugh is what I dream off

To comfort me for all the time


Repeat Chorus

Bridge

I really miss you all the time

I need your love for all the day and night

Because I love you


I want to hold your hand and kiss you

I won’t let you go because I need you

Because I love you


This all I wish

This is all I dream off

To have you

Love you


p/s: Layan je lagu nie

M.Nasir - Suatu Masa




Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

p/s: Lirik lagu yang best

Amalan 5S




Apa Itu 5S?


Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amalkan ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.







Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.




Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.



Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.



Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.



Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...