Kawad Kaki. Aku Maki Saja.

     Tahun lepas mengajar pelajar sekolah menengah kawad kaki. Daripada pasukan bawahan, kebanyakan pasukan badan beruniform ini di mana-mana tidak aktif dan hanya bertugas tidaklah berat mana. Masuk bertanding sekadar memenuhi acara. Lemau macam keropok masuk angin. 

     Tetapi di sekolah ini, ianya biasa saja dan orang memang tak jangka akan menang dan menjadi juara pertandingan. Walaupun memakai T-Shirt, seluar track suit dan kasut hitam berbanding pasukan lain lengkap dengan side tajam.

     Pemanasan setiap kali datang kawad dengan front support. Siapa tidak tahan dan tak nak belajar kawad kaki boleh tarik diri. Kalau rasa tak nak kena hukuman dan sakit badan tidak layak masuk. Tambah lagi seorang buat salah tidak terkecuali kena hukuman. Yang datang mengajar di depan bukan nak mengajar Tarian Zapin.

     Pernah conduct banyak badan beruniform sekaligus apabila tiada orang yang nak mengajar, terpaksalah ambil. Sekali lagi semua kena benda sama tidak terkecuali pasukan semua perempuan. Nak tarik diri, silakan sahaja. Tiada istilah kotor jika nak belajar. Bukan najis.

     Belajar punya belajar setiap minggu sehingga seminggu nak masuk bertanding. Masih buat hukuman sama dan ditambah hukuman baru. Side roll. Guling macam Hollywood. Banyak main, memang kena. Tiada yang tarik diri walaupun kena lanyak. Squad Leader kena basuh teruk dan kenalah melaung. 

     Apabila hari bertanding sebenar, aku datang dengan uniform lengkap. Sekiranya mereka kalah dalam pertandingan kawad ini tidak menjadi masalah kerana belajar balik bermula daripada bawah. Tahun-tahun hadapan boleh masuk lagi.

     Hari sebenar apabila markah dikira, pasukan ini menjadi Juara dengan perbezaan hanya 1 mata dengan bekas juara setiap tahun. Percubaan yang daripada mereka. Harap dapat kekalkan prestasi. Kawad-kawad juga, peperiksaan lebih utama.

     Aku sebagai seorang Pegawai dan Jurulatih yang dah tua dan lama dalam persatuan ini baru tahun ke-19 bergiat aktif secara berterusan yang mana mengajar kawad ini, berbangga dengan pencapaian pasukan badan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia hasil pimpinan aku sendiri.

1 comment:

naserlamonda said...

The Casino at the Wynn - Mapyro
The Casino at the Wynn is an upscale hotel 수원 출장마사지 and casino located on 김천 출장샵 the Las 김제 출장샵 Vegas Strip in Paradise, Nevada. 제주 출장마사지 The casino features over 4,000 slot  동두천 출장샵 Rating: 2.9 · ‎24 reviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...