Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.
1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yang terbau haruman itu akan mnghadiahkan 1 dosa zina untuk prempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu. Nauzubillah.
4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji , kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup”
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya ayat 12. surah al-Hujurat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.....
Walahu'alam.
1 comment:
huhu..perempuan memang tak guna seperti yang dinyatakan di dalam blog..huhu
Post a Comment