Fotografi

[Kamera filem yang pernah digunakan dahulu]

Apabila ditanya, bila lagi berjinak-jinak di dalam bidang fotografi.

Mula-mula berjinak di dalam bidang fotografi sejak kecil lagi, kalau tidak salah ketika itu umur 10 tahun (darjah 4). Bermula dengan kamera berfilem sebelum beralih kepada kamera digital. Jenama filem yang ada seperti Kodak, Konika, Fuji dan lain-lain lagi. Yang paling kerap digunakan ketika itu adalah Kodak Gold.

Ketika itu, kamera digital agak mahal dan kualiti tidak seberapa lagi berbanding sekarang, budak tadika pun sudah pandai mengambil gambar dengan kamera digital. Kalau dahulu, nak tengok gambar yang telah diambil, terpaksa pergi ke kedai gambar dan boleh tengok selepas filem tersebut dicuci. (Proses menghasilkan gambar yang telah dirakam dengan kamera).


[Filem Kodak]


[Filem Fuji]


[Konika]


Banyak peristiwa yang berlaku seumur hidup Jika berlaku sekali lagi, mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau berpuluh-puluh tahun. Sekeping dua gambar kenangan semasa peristiwa tersebut mungkin akan dikenang seumur hidup.

Berikut adalah contoh peristiwa yang berlaku yang sempat diambil:




[Kamera digital yang digunakan sekarang. Bukan DSLR]

Zaman sudah beralih arus. Sudah semakin canggih dan semakin senang. Semakin senang itulah yang semakin teruk. Melalui teknologi yang semakin canggih, manusia jadi semakin tidak bertamadun. Memanipulasi gambar dengan teknologi yang ada sekarang untuk tujuan jahat. Perkembangan blog sebagai contoh, menyebarkan berita-berita yang tidak benar dan penuh caci-maki antara dua atau tiga pihak. Di dalam blog-blog berkenaan, gambar-gambar diolah dengan teknologi terkini untuk tujuan memalukan pihak lain.

Peringatan buat semua dan diri sendiri. Jaga kualiti gambar. Tidak perlu olah gambar untuk tujuan tidak baik. Tambah lagi, tujuan untuk mengaibkan orang lain. Amat sedih lagi apabila disuruh delete atau hapuskan gambar-gambar yang telah diambil. Mungkin orang yang suruh buang gambar tersebut tidak ada perasaan, betapa bernilainya setiap gambar-gambar tersebut. Ianya memang tiada nilai sekarang tetapi 20 atau 30 tahun kemudian, akan dicari balik setiap gambar-gambar berkenaan. Percayalah.

p/s: Gambar dan kenangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...