Tempur Tanpa Senjata

[Paskal]



[Sebelum memulakan pertunjukan]



[Sketsa dari ATM]


Tempur Tanpa Senjata merupakan salah satu seni beladiri yang diamalkan atau menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan dari pihak musuh. Ianya menerapkan beberapa elemen mempertahankan seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa gerakan lagi. Tempur Tanpa Senjata biasanya diajar kepada pasukan pengaman dan angkatan tentera namun turut diajar kepada orang awam.

Tempur Tanpa Senjata (TTS) atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Unarmed Combat atau Hand to Hand Combat adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang digunapakai oleh pasukan tentera diseluruh dunia. 'Jarak Dekat' bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.

Selain daripada TTS, cabang ilmu pertempuraan jarak dekat yang lain adalah CQC (Close Quater Combat) atau CQB (Close Quater Battle). Bezanya TTS tidak menggunakan senjata api selain daripada benet ('bayonet'), 'dagger' dan cotar atau 'baton'. Manakala CQC/CQB menggunakan senjataapi ringan seperti Sub-Machine Gun AK MP5 dan senjata sisi ('side arm') seperti pistol. CQC/CQB hanya digunakan untuk operasi pasukan khas tentera dan polis seperti Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU), Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando 69 (VAT69). Selalunya operasi utama menggunakan CQC/CQB adalah operasi 'quick enter and exit' seperti menyelamat mangsa percolekan samaada 'domestic' atau 'foreign'.

Berbeza dengan Seni Mempertahankan Diri konvensional, TTS lebih menekankan kepada falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal. TTS diolah dengan menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri ('combined martial arts') yang dilatih secara intensif. Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khusus asas TTS dijalankan oleh Cawangan TTS, Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) manakala PDRM pula dijalankan oleh PULAPOL (Pusat Latihan Polis). Kursus asas TTS adalah diajar kepada semua anggota tentera dan polis. TTS lanjutan yang lebih khusus terutamanya gerak 'membunuh' hanya di ajar kepada pasukan-pasukan khusus dan khas.

Sejarah TTS tentera dunia sudah bemula pada zaman Dinasti Zhou (1022 Sebelum Masihi) dan mula dipopularkan kembali oleh pihak British sewaktu peperangan dunia kedua oleh pasukan komando mereka terutamanya oleh Special Air Service (SAS). Sejarah TTS di Malaysia pula bermula pada tahun 1963 apabila Taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea. Silat juga diterapkan tetapi hanya bermula pada awal 1970an.



Silat dan Tempur Tanpa Senjata


[Guru Ahmad Ismail (duduk dua dari kanan) bersama pegawai-pegawai tentera dan Allahyarham Dato Paduka Mahaguru Meor Abdul Rahman bersempena kursus tempur tanpa senjata sekitar 70'an.]


Pada tahun 1971, Silat Seni Gayong telah diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Seramai 87 orang anggota pelbagai pangkat dari seluruh negara telah berjaya menamatkan kursus intensif Silat Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan di Kem Tiga Meriam, Taiping. Anggota tentera ini seterusnya ditauliahkan sebagai jurulatih dan diarahkan mengembangkan Silat Seni Gayong ini ke merata-rata kem tentera di seluruh negara.

Pada tahun 1973, Silat Seni Gayong telah diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia. Seramai 48 orang anggota polis pangkat rendah telah berjaya menamatkan latihan intensif Silat Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan juga. Anggota-anggota polis ini telah ditauliahkan sebagai jurulatih dan diarahkan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini ke semua pusat latihan polis di seluruh negara.



[Cikgu Awang Daud]


Selain itu, salah satu tokoh Silat Seni Gayong ialah Cikgu Hj Awang Daud, telah diberi tanggungjawab untuk melatih Angkatan Tentera TTS (Tempur Tanpa Senjata) yang berpengkalan di Woodland ketika itu. Pada awal tahun 1970an beliau telah diamanahkan oleh Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia pada masa itu untuk melatih Angkatan Tentera Malaysia TTS, begitu juga dengan Polis Diraja Malaysia selepas itu. Sehingga kini masih ada Gayong Perang, Tarian Para yang asalnya adalah daripada didikan Cikgu Hj Awang Daud sejak awal tahun 1970an.




Nota: Nukilan diatas diambil dari beberapa sumber dan sambungan atau link boleh diperolehi di bahagian rujukan. Berkenaan video, para pembaca boleh tengok di Youtube.

p/s: Silat sebagai pertahanan ke-3 negara.

Rujukan:

http://www.utusanmelayu.pendaftar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94:silat-seni-gayong-melayu&catid=31:general&Itemid=46

http://www.facebook.com/pages/Gelanggang-Singa-Putih-Gayong-Malaysia-Gugusan-Manjoi/148022598575036

http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/01/mantan-pengarah-majlis-gurulatih-psspgm/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Meor_Abdul_Rahman_bin_Uda_Mohd_Hashim

http://narapatinantaboga.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

http://www.infomaya.net/v2/lofiversion/index.php/t44807.html

http://gayongmalaysia.wordpress.com/sejarah/

1 comment:

Jill Wind said...

https://youtu.be/Z_JHbdxuaRU

Hebatlah Jurulatih Tempur Tanpa Senjata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...