3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Satu Temasya Belon Udara Panas Antarabangsa telah diadakan di Presint 2, Putrajaya dari 17 hingga 20hb Mac 2011. Gambar yang ada di dalam blog ini merupakan gambar yang diambil pada hari terakhir iaitu 20hb Mac 2011.

Hari-hari lain tidak dapat datang sebab ada komitmen dengan peperiksaan akhir semester. Kiranya datang ke sini untuk melepaskan tekanan setelah memerah otak menjawab soalan-soalan selama 3 jam setiap satu kertas.




[Helikopter]

[Helikopter]

Mula-mula datang, ternampak helikopter ini di tengah padang. Mulalah mengambil gambar dalam dua keping. Mungkin helikopter ini digunakan untuk meninjau acara yang berlangsung selama program ini diadakan.


[Propeller]

Propeller atau bilah kipas kapal terbang. Bilah kipas diatas mungkin digunakan pada paraglide atau juga dipanggil luncur udara. Ada banyak jenis dan mungkin setiap satu dari jenis-jenis kayu yang berlainan. Boleh diperhatikan pada urat kayu bilah kipas berkenaan.



[Paraglide]

[Paraglide]

Paraglide yang digunakan untuk meluncur. Di sini, tidak ada pula tengok orang meluncur. Mungkin sekadar untuk pameran dan pengenalan kepada sukan ini. Pernah juga tengok orang main benda ini di pinggir bandar semasa balik ke kampung dahulu. Melayang di atas tanpa bimbang terjatuh kerana menggunakan motor untuk menghasilkan angin yang menggerakkan pemandu dan mesin ini ke depan dengan payung terjun.


[Bakul Belon Udara Panas]

Bakul tempat di mana pengendali BelonUdara Panas berada semasa mengendalikan belon mereka. Sumber bahan api juga terdapat di dalam bakul ini.

[Belon Hidrogen]

[Belon Udara kawalan jauh]

Belon udara berisi gas hidrogen digunakan untuk mempromosikan program ini. Belon ini agak panjang iaitu melebihi 2 meter.


[Tembok Tiruan]

Tembok Tiruan turut ada dan kepada sesiapa yang berminat bolehlah memanjatnya. Budak kecil pun berani untuk mencuba.


[KMX Bike]

[KMX Bike]

[Pengunjung dengan KMX Bike]

KMX Bike. Salah satu basikal yang boleh dicuba oleh pengunjung. Penunggang seakan-akan berbaring dan pedal terletak di hadapan, berbeza dengan basikal biasa yang pedalnya terletak di tengah.

[Notis jadual untuk Belon Udara Panas]

Jadual untuk pertunjukan belon ini ditampal di kawasan berhampiran tempat menaikkan Belon Udara Panas. Ada pengunjung yang tidak perasan masa bila belon ini ada dan naik ke udara. Ini juga bergantung kepada keadaan cuaca. Jika hujan dan berangin, belon ini tidak dapat beroperasi.

[Belon bersedia untuk dinaikkan]

[Salah satu belon bersedia untuk naik ke udara]

[Semua sudah sedia]

[Peserta luar negara]

[Diambil dari sudut berbeza]

[Berlepas ke udara]

[Naik berdasarkan prinsip, udara panas lebih ringan]

[Gajah pun boleh terbang]

[Tugu Alaf Baru]

[pandangan berbeza]

[Encik Tayar]

[Dari pandangan bawah]

[Cantik susunannya]

[Sumber api digunakan untuk memanaskan udara di dalam kanvas]

[Belon untuk pengunjung]

[Belon rasmi temasya, Encik Kucing]

Belon Udara Panas. Akhirnya berpeluang juga melihatnya dari mula memanaskan udara di dalam kanvas sehingga naik ke udara. Sebelum ini hanya dapat melihat dari kaca televisyen sahaja. Keadaan hujan dan basah di Putrajaya ada yang menyebabkan pengunjung terpaksa mandi hujan dan berteduh di bawah booth pameran dan jualan. Jualan payung agak laku dan bagus.

Tidak banyak isi yang dapat dicoretkan di sini. Hanya gambar yang dapat mengambarkan peristiwa yang telah berlaku.

p/s: Berharap suatu hari nanti dapat naik Belon Udara panas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...