Thaipusam 2011

Pada 19 dan 20 Januari 2011 yang lalu, aku telah mengikuti satu tugasan di Batu Caves sempena Thaipusam. Pada tahun ini, ianya merupakan kali kedua aku bertugas di sana. Berikut adalah nama petugas yang bersama pada hari tersebut;

  • A.ROHINI
  • BRYAN
  • DEVAN
  • JAMUNA RANI
  • S.DURGAWATHY
  • A.LOGANAYAKI
  • K.MELASHINY
  • K.MURUGAN RAJ
  • NURUL ADZLEEN
  • S.SEETHA
  • SITI KHADIJAH
  • SONIA
  • HILMIE

Kami dikehendaki berkumpul di kampus pada pukul 6 petang sebelum bergerak bersama ke Stesen Komuter Batu 3 tetapi aku terus ke sana kerana ada rakan serumah yang hantar. Ahli-ahli yang lain kecuali aku merupakan pelajar Diploma Medical Assistant (Pembantu Perubatan).

Kami menaiki komuter terus ke Stesen Batu Caves berbanding yang pernah aku bertugas dahulu, berhenti di Stesen Kuala Lumpur dan berjalan kaki selama 14 jam dari Kuala Lumpur ke Batu Caves pada tahun 2009. Bagi pasukan seragam seperti Bulan Sabit Merah (Petugas Kecemasan) , kami tidak perlu membayar tambang dan ianya berbeza dengan pasukan seragam yang lain yang perlu membayar tambang.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa bertugas dari Batu 3 ke Batu Caves.



[Petugas dari kampus]


[Bersama petugas yang lain]

Perjalanan dari Batu 3 ke Batu Caves mengambil masa hampir 2 jam dengan menaiki komuter. Di dalam tren, penumpang kebanyakannya adalah India yang akan ke Batu Caves untuk bersembahyang di sana. Bagi yang pertama kali tiba di sana, ianya merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


[Bergambar semasa sampai di Batu Caves]


[Bergambar di sickbay di riverside]

Pada tahun ini, aku ke riverside berbanding 2 tahun di tangga Batu Caves. Sesekali bertukar angin untuk bertugas di tempat yang lain pula, memberi pengalaman yang berbeza.


[Pengunjung yang mendapat rawatan di tempat kejadian]


[Rawatan di sickbay]

Keselamatan pengunjung tidak dilupakan kerana kecederaan tidak mengira tempat. Antara kecederaan yang biasa berlaku adalah seperti terseliuh, terluka di anggota bawah seperti lutut dan kaki.


[Bersama anggota keselamatan di riverside]


[Pandangan dari sudut berbeza]


[Keadaan di sickbay, sebelah riverside]

Kami ditempatkan bersama anggota Polis yang mengawal keselamatan semasa perayaan ini berlangsung. Apabila perayaan yang melibatkan orang ramai, keselamatan amatlah penting kerana malang tidak berbau sekiranya berlaku kecurian dan malapetaka ke atas pengunjung dan para petugas.


[VAD Petaling dan Shah Alam]


[Menerima rawatan]


[Keadaan di sickbay]


[Bryan]



[Pesakit yang menerima rawatan di sickbay kerana kecederaan di lutut]


[Di riverside]


[Keadaan di pagi hari]

Semasa bertugas,kami dikehendaki bergilir-gilir meronda di kawasan berhampiran bagi memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya.


[Palaian tradisi]


[Si kecil dengan Kavadinya]


[Antara yang boleh dilihat semasa Hari Thaipusam]


[Dari VAD Shah alam]


[Masih boleh tersenyum walaupun penat bertugas]


[Rekod kehadiran petugas dicatatkan termasuk masa mula bertugas dan masa tamat bertugas]

[Bergambar kenangan apabila selesai bertugas]

Terima kasih kepada semua petugas yang telah bertugas semasa Hari Thaipusam pada tahun 2011. Ada yang sanggup meluangkan masa dan mengorbankan masa cuti semata-mata kerana minat yang mendalam di dalam bidang kesukarelawanan ini. Tiada apa yang dapat dinilai jika menyertai badan-badan sukarela ini kerana selain menambah kenalan, ianya juga dapat menambah pengalaamn dan pengetahuan berkenaan budaya dan cara hidup sesuatu masyarakat berbilang bangsa di Malaysia sebagai contohnya.

Pengalaman ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit walaupun sekaya manapun anda di dunia ini. Apa yang penting, apa yang anda perolehi pada masa ini mungkin tidak ada nilainya tetapi ianya mungkin memberi inspirasi kepada sesetengah orang yang menghargai peranan dan tugas anda sebagai sukarelawan.

p/s: Sukarelawan penggerak aktiviti kemasyarakatan dan lebih hampir kepada masyarakat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...