Kekalutan dan kecelaruan politik di sana menyebabkan fikiran manusia tidak lagi berfungsi dengan sempurna. Peralihan tugas menjaga keselamatan ketika darurat adalah jatuh kepada askar negara berkenaan.
Bencana dan musibah akibat rusuhan dan ketidakketentuan politik menyebabkan kejadian jenayah seperti rompakan, rogol dan pembunuhan berleluasan ekoran keadaan semasa yang tidak begitu mendamaikan.
Ada pendapat yang menyatakan, bawa pulang sahaja pelajar Malaysia di sana secepat mungkin. Rasanya pada fikiran yang waras, perkara itu tidak dapat dilakukan dengan segera kerana bukan seorang dua yang menuntut di sana. Beribu-ribu orang tidak mungkin dapat dipindahkan dalam masa serentak. Apa yang dapat dilakukan,pindahkan sahaja ke negara yang berhampiran sekiranya boleh.
Kita sama-sama berdoa agar keadaan di sana dapat dipulihkan dengan segera.
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Selamatkanlah kami dari anasir yang tidak elok. Damaikan keadaan di sana. Satukanlah hati kami dan elakkanlah perpecahan di antara kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Tiada Zat yang elok melainkan diri-Mu. Bebaskanlah kami dari sengketa yang berpanjangan. Sekiranya ada api permusuhan di antara kami, lenyapkanlah ia dengan segera."
p/s: Perasaan bimbang tidak berbelah bahagi kerana ada anak buah yang berada di Tanta, belajar dalam bidang perubatan di sana. Pernah mengajar dia semasa perkhemahan Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan sekitar tahun 2006 kalau tidak salah. Pelajar dari Naim Lil Banat dan juga merupakan adik kepada rakan sekelas dan satu sekolah di SMK Sultan Ismail. Semoga dia tidak apa-apa.
No comments:
Post a Comment