21/1/2011



Hari ini ke Maxis Center KLCC untuk ganti Sim Card. Akhir sekali tukar kalau tidak salah pada tahun 2004. Dulu mahal untuk ganti iaitu RM50 berbanding sekarang, RM10 sahaja. Ada masalah sikit dengan talian, tidak ada talian. Mula-mula ingat ke telefon yang ada masalah tetapi rupa-rupanya talian Maxis. Guna prepaid sahaja, bila hampir atau sudah tamat tempoh atau sudah hampir habis kredit barulah topup.

Di Maxis Center tidaklah teruk sampai beratur panjang tetapi bagi yang mula-mula sampai di sini memang la tidak tahu apa-apa. Malang sekali apabila bertanya kepada 'Pak Guard' atau Jaga yang tidak berapa fasih berbahasa Melayu. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Nasib baik terus bertanya di kaunter, senang cerita.






Selesai sahaja urusan di Maxis Center, pergi ke Butik Everlast untuk membeli kasut canvas berwarna hitam. Model Heritage Ox, Mono Black. Nombor siri #2EV0008. Kasut ini agak lasak kerana sebelum ini pernah pakai untuk pergi ke kelas, bertugas tugas-tugas am di bawah Bulan Sabit Merah dan juga khas lain seperti pernah bertugas sempena Tragedi Bangunan Pasaraya Jaya runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya pada tahun 2009. Memang berbaloi beli. Ramai yang minat beli Converse tetapi sebab terlau ramai inilah yang terlalu leceh. Macam lain kali beli kot. Apapun, kasut ini sudah dibeli dan pertama kali pakai pada akhir tahun 2008. Lasak sangat guna, dua tahun pakai dah koyak dan rosak. Harga pun dah naik RM10 ringgit berbanding dulu.

p/s: Alah membeli menang memakai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...