Kamu Tidak Takut Darah?

[model sama tetapi bukan macam ini]


Setiap kali aku memuatnaik (upload) gambar berkaitan kemalangan, pasti ada yang akan komen, "Kamu tidak takut darah ke?" dan lain-lain lagi.

Bagi aku, tidak perlu takut kerana ia adalah normal kerana mungkin suatu hari, anda akan menghadapi keadaan, orang yang anda sayangi mengalami kemalangan dan tidak ada sesiapapun yang boleh menolong melainkan anda.

Satu kemalangan yang hampir meragut nyawa aku dulu mungkin salah satu faktor mengapa aku tidak takut dengan kemalangan. Pengalaman itu masih segar dalam ingatan.

Aku dalam perjalanan pulang selepas menghantar rakan di rumah dia di Kampung Sireh selepas waktu persekolahan. Naik dengan kadar normal di atas jalan dan mengikut undang-undang jalanraya. sebaik sahaja melewati Masjid Telipot, tiba-tiba ada kereta masuk untuk ke lorong yang ada selepas masjid berkenaan.

Akibatnya, aku tergolek di atas bonet hadapan kereta berkenaan. Absorber hadapan bengkok dan mengalami kecederaan di bahagian kaki. Nasib agak baik kerana ikat dengan kemas tali topi keledar. Kalau tidak, mungkin mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala.

Peristiwa itu berlaku ketika hari pertama Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2003 dan kalau tidak salah, subjek Biologi di SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Seluar koyak di kaki. Cadangan awal, aku nak ke Pustaka Al-Zahra (kalau tidak salah) di Jalan Merican, yang menghala ke Billion. Ada satu kumpulan belajar di sana bersama rakan-rakan satu sekolah.

Aku tidak tahu macam mana mereka dapat berita aku kemalangan ketika itu. Mungkin ada rakan dari sekolah tersebut yang nampak kejadian tersebut dan mereka terus datang ke tempat kemalangan berkenaan. Terima kasih kepada rakan-rakan dan orang ramai yang ada di kawasan kemalangan yang membantu.

Peringatan terbaik. Kita mungkin sudah berhati-hati tetapi jika orang lain tidak berhati-hati, ianya turut menyumbangkan kadar kemalangan di negara kita. Alhamdulillah, aku masih boleh bernafas lagi di bumi Allah ini. Syukurlah tidak terkorban di jalan raya.

Link di bawah adalah makna Fobia Darah dari Wikipedia.

p/s: Sama-sama berhati-hati di jalanraya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...