Selamat Dari Kemalangan





Semalam, 7 Januari 2011, rakanku yang kemalangan tempoh hari di Genting Sempah telah datang ke rumah. Sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Lebih kurang setahun lebih juga la lebih kurang. Aku dapat berita tentang kemalangan ini ketika aku hendak mendaftar balik pengajian di Shah Alam, Selangor. Kejadian ini berlaku awal bulan November 2010 yang lepas.

Ada dua keping gambar terbaru dia selepas kemalangan tersebut. Gambar sersebut adalah di bawah;

[Aku dan Jiji]

[Ben dan Jiji]


[ Jiji selepas pembedahan ]

Gambar Jiji selepas kemalangan dan selesai pembedahan kalau tidak salah yang di ambil dari laman sosial, Facebook yang di'tag' di salah seorang rakan dia.

Dalam kejadian tersebut, ada 3 orang yang menaiki kenderaan sama dengan dia. Dia yang bawa kenderaan dan yang paling teruk terkena impak. Dua orang, salah seorang patah tulang di bahagian siku dan seorang lagi membabitkan bahagian abdomen.

Menurut sumber, kenderaan yang dipandu berpusing beberapa kali dan merempuh pembahagi jalan. Kenderaan remuk teruk.

Jiji yang paling teruk terkena. Tempurung kepala terpaksa dibuang sedikit di bahagian 'Frontal Bone' kerana hancur akibat kemalangan. Mungkin terhantuk dengan kuat di pintu kenderaan yang mereka naiki.



Kesan jangka panjang, kita tidak ketahui dengan lebih mendalam. Mungkin memori akan terganggu sedikit. Yang lain, kita berserah kepada Allah. Semoga tidak ada kesan yang lebih teruk pada masa akan datang. Syukur lah kerana Allah masih menyayangi dia.

p/s: Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang. Mereka menanti kepulangan anda dengan selamat. Peringatan buat anda dan diri sendiri juga. Semoga dijauhi dari segala musibah. Amin amin amin..

2 comments:

Anonymous said...

ya Allah. smoga cepat sembuh. amin.

airmien said...

Amin amin amin..semoga tiada apa-apa berlaku pada masa akan datang..kesan impak di bahagian dalaman kita tidak ketahui..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...