Tempur Tanpa Senjata

[Paskal]



[Sebelum memulakan pertunjukan]



[Sketsa dari ATM]


Tempur Tanpa Senjata merupakan salah satu seni beladiri yang diamalkan atau menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan dari pihak musuh. Ianya menerapkan beberapa elemen mempertahankan seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa gerakan lagi. Tempur Tanpa Senjata biasanya diajar kepada pasukan pengaman dan angkatan tentera namun turut diajar kepada orang awam.

Tempur Tanpa Senjata (TTS) atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Unarmed Combat atau Hand to Hand Combat adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang digunapakai oleh pasukan tentera diseluruh dunia. 'Jarak Dekat' bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.

Selain daripada TTS, cabang ilmu pertempuraan jarak dekat yang lain adalah CQC (Close Quater Combat) atau CQB (Close Quater Battle). Bezanya TTS tidak menggunakan senjata api selain daripada benet ('bayonet'), 'dagger' dan cotar atau 'baton'. Manakala CQC/CQB menggunakan senjataapi ringan seperti Sub-Machine Gun AK MP5 dan senjata sisi ('side arm') seperti pistol. CQC/CQB hanya digunakan untuk operasi pasukan khas tentera dan polis seperti Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU), Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando 69 (VAT69). Selalunya operasi utama menggunakan CQC/CQB adalah operasi 'quick enter and exit' seperti menyelamat mangsa percolekan samaada 'domestic' atau 'foreign'.

Berbeza dengan Seni Mempertahankan Diri konvensional, TTS lebih menekankan kepada falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal. TTS diolah dengan menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri ('combined martial arts') yang dilatih secara intensif. Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khusus asas TTS dijalankan oleh Cawangan TTS, Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) manakala PDRM pula dijalankan oleh PULAPOL (Pusat Latihan Polis). Kursus asas TTS adalah diajar kepada semua anggota tentera dan polis. TTS lanjutan yang lebih khusus terutamanya gerak 'membunuh' hanya di ajar kepada pasukan-pasukan khusus dan khas.

Sejarah TTS tentera dunia sudah bemula pada zaman Dinasti Zhou (1022 Sebelum Masihi) dan mula dipopularkan kembali oleh pihak British sewaktu peperangan dunia kedua oleh pasukan komando mereka terutamanya oleh Special Air Service (SAS). Sejarah TTS di Malaysia pula bermula pada tahun 1963 apabila Taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea. Silat juga diterapkan tetapi hanya bermula pada awal 1970an.



Silat dan Tempur Tanpa Senjata


[Guru Ahmad Ismail (duduk dua dari kanan) bersama pegawai-pegawai tentera dan Allahyarham Dato Paduka Mahaguru Meor Abdul Rahman bersempena kursus tempur tanpa senjata sekitar 70'an.]


Pada tahun 1971, Silat Seni Gayong telah diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Seramai 87 orang anggota pelbagai pangkat dari seluruh negara telah berjaya menamatkan kursus intensif Silat Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan di Kem Tiga Meriam, Taiping. Anggota tentera ini seterusnya ditauliahkan sebagai jurulatih dan diarahkan mengembangkan Silat Seni Gayong ini ke merata-rata kem tentera di seluruh negara.

Pada tahun 1973, Silat Seni Gayong telah diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia. Seramai 48 orang anggota polis pangkat rendah telah berjaya menamatkan latihan intensif Silat Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan juga. Anggota-anggota polis ini telah ditauliahkan sebagai jurulatih dan diarahkan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini ke semua pusat latihan polis di seluruh negara.



[Cikgu Awang Daud]


Selain itu, salah satu tokoh Silat Seni Gayong ialah Cikgu Hj Awang Daud, telah diberi tanggungjawab untuk melatih Angkatan Tentera TTS (Tempur Tanpa Senjata) yang berpengkalan di Woodland ketika itu. Pada awal tahun 1970an beliau telah diamanahkan oleh Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia pada masa itu untuk melatih Angkatan Tentera Malaysia TTS, begitu juga dengan Polis Diraja Malaysia selepas itu. Sehingga kini masih ada Gayong Perang, Tarian Para yang asalnya adalah daripada didikan Cikgu Hj Awang Daud sejak awal tahun 1970an.




Nota: Nukilan diatas diambil dari beberapa sumber dan sambungan atau link boleh diperolehi di bahagian rujukan. Berkenaan video, para pembaca boleh tengok di Youtube.

p/s: Silat sebagai pertahanan ke-3 negara.

Rujukan:

http://www.utusanmelayu.pendaftar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94:silat-seni-gayong-melayu&catid=31:general&Itemid=46

http://www.facebook.com/pages/Gelanggang-Singa-Putih-Gayong-Malaysia-Gugusan-Manjoi/148022598575036

http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/01/mantan-pengarah-majlis-gurulatih-psspgm/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Meor_Abdul_Rahman_bin_Uda_Mohd_Hashim

http://narapatinantaboga.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

http://www.infomaya.net/v2/lofiversion/index.php/t44807.html

http://gayongmalaysia.wordpress.com/sejarah/

Walkie Talkie + HAM Radio + PTT Hp


[Handy]

Perbezaan Antara Walkie Talkie , HAM Radio dan PTT hp

Terdapat dua jenis radio yang digunakan iaitu jenis UHF dan VHF. Dimana UHF yang sering kita nampak pada mat-mat guard di shopping kompleks atau lebih sinonim dipangil walkie talkie.Manakala set VHF pula sinonim di panggil HAM Radio.Perbezaan kedua-dua jenis ini ialah dimana jarak sesuatu pancaran berbeza.UHF hanya tertakluk pada jarak sekitar 5 KM saja.Manakala VHF pada jarak yang jauh, dimana ia juga berdasarkan kekuatan antenna ataupun jenis "working conditions yang digunakan". Beza PTT hp disini adalah ianya sama seperti UHF dimana walaupun PTT hp menggunakan repeter talian prabayar tapi masih tertakluk pada capaian line. Sekiranya tersesat di hutan dan tiada "network coverage" , PTT hp tidak dpt berfungsi tapi bagi Ham radio ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

Cara percakapan juga berbeza kerana menggunakan PTT hp , pengguna tidak perlu mengikut adab berhubung atau dengan kata lain 'main belasah je' dan tidak dipantau oleh SKMM. Berbeza dengan radio VHF atau HAM radio, percakapan perlu dijaga dan perlu mengikut Q-Code yang ditetapkan oleh SKMM malah dipantau oleh pihak berkuasa. Perbezaan yang ketara ialah HAM Radio cuma perlu membayar RM 24 setahun bagi lesen B dan RM36 bagi lesen A, akan tetapi pengguna PTT hp, perlu membayar RM 1 sehari atau RM 15 sebulan ( mencecah RM 180 setahun) . Selain itu, bila menggunakan HAM Radio , secara tidak langsung dapat mendidik kita cara bercakap secara tersusun dan lancar serta menghormati rakan-rakan lain.

Selain itu, rakan HAM Radio boleh berhubung dengan ramai rakan pada satu-satu masa. Contohnya , semasa berlaku kecemasan, rakan-rakan radio yg sedang monitar dengan pantas bertindak untuk menghulur bantuan serta dapat menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Sumber :
http://radioamaturteam.blogspot.com/2010/03/sejarah-radio-amatur-di-malaysia.html

Siaran Langsung Dari Jepun


Streaming live video by Ustream

Siaran langsung dari Jepun berkenaan gempa bumi dan tsunami. Cuma klik saja. Harap ianya membantu walaupun anda tidak faham Bahasa Jepun.

Live from Japan about earthquake and tsunami. Just click. Hope it can help you even you don't know Japanese language.

p/s: Berjaga-jaga. Jangan bermain air di pantai. Beware. Don't play at the seashore.



Nota: Sudah tidak ada lagi siaran langsung dari Jepun. Terima kasih kepada pengunjung yang telah menonton secara langsung dari blog ini.

Tahniah

[Tahniah. Sumber Google]


Ucapan tahniah kepada adik aku yang mendapat keputusan yang amat membanggakan abang dia ini. Tahniah, tahniah dan tahniah lagi. Selain ahli keluarga, tidak lupa kepada abang dia yang duduk jauh di perantauan. Ada tanya kepada dia, "Tidak hantar ke sms kepada kakak angkat dia?" "Dia macam sibuk je. Mungkin esok-esok kot sms kat dia", balas adik aku tue. Lebih kurang macam itulah lebih kurang sms dia. Dia pun turut aktif dalam sukan, masuk 400meter. Cikgu dia suruh masuk sukan. Semoga baik-baik la semuanya. Tidak cedera dengan parah sudah la ya.

[Keluar minum di kedai mamak. Rokok rakan satu rumah]

Hari ini lega sedikit batuk. Tidak macam minggu-minggu lepas. Keluar minum dengan rakan serumah di kedai mamak berdekatan rumah sewa. Minum air kopi panas untuk berjaga malam bagi menghafal dan menulis serba sedikit demi peperiksaan. Rakan ini agak tertekan dengan salah seorang rakan kerana 'Hiburan Minggu Ini' yang agak mengganggunya untuk menghafal dan mengingat kembali nota dan isi penting untuk peperiksaan pada pagi esok.

Bergaduh dengan orang pun, ingat-ingatlah orang lain juga. Nak belajar ke apa ke. Hormati orang lain dan tengok situasi. Nak bergaduh,sila pastikan tidak menyebabkan orang lain terganggu. Yang ini tidak tahu salah siapa sebenarnya. Kena tanya dua-dua belah pihak untuk tahu cerita sebenarnya. Siap maki-hamun nie, bukan boleh tahan. Sampai nak rosakkan harta benda lagi. Kerana nila setitik, rosak nama lelaki. Apa nak buat, pandai-pandailah kaum wanita nilai sendiri. Malas nak ulas panjang.

p/s: Tahniah buat adik aku. Tahniah

Batuk dan Selesema


[Kartun kegemaran]


Pergi dewan peperiksaan dengan batuk dan selesema. Memang terbaik selepas tidak sihat badan dua dan tiga minggu lepas. Rasa nak pecah kepala. Batuk sebelum tidur, ada la hampir dua jam letakkan kepala di atas bantal baru boleh lelap dengan sempurna. Selepas bangun tidur, batuk lagi. Ubat batuk cap Ibu dan Anak yang dibeli di farmasi tidak memberi kesan. Ingat ke dengan rehat boleh hilang atau redakan sedikit selesema,tetapi tidak memberi kesan.

Tidak ada apa yang hendak ditulis di dalam blog ini. Sekadar melawat blog rakan-rakan dan memberi komen di dua-tiga blog tersebut. Sudah ada peningkatan rupanya blog anak didik aku ini. Sekadar komen apa yang perlu sahaja.

Buka Facebook, upload gambar-gambar lama ketika zaman persekolahan dan lain-lain lagi. Jumpa balik rakan sekolah rendah yang sudah 14 tahun tidak dengar berita sebab masuk sekolah menengah, masing-masing meneruskan pengajian di sekolah saluran. Jumpa balik rakan tingkatan 6 selepas 6 tahun tidak dengar berita. Nasib baik aku ada simpan gambar-gambar lama dan dimuatnaik di dalam Facebook.

Air isotonik mungkin agak berkesan selepas tiga-empat botol 1.5 liter diminum seorang. Harap selepas ini okay la batuk dan selesema. Sakit dada, perit kat tekak selepas batuk. Nasib baik tidak muntah di dalam dewan peperiksaan yang sejuk itu.

p/s: Batuk sampai perit tekak. Sakit tul. Kena rehat lebih. Ok, rehat.

Dosa Sesama Manusia





Doso kito nga Tuhe, Kito buleh mitok ampun.. tu atah Dio nok terimo ko dok..
Tapi doso kito nga sesamo manusio.. Tuhe x ampun selagi kito x mitok maah nga ore hok kito berbuat jahat/fitnoh/tuduh.. bahayo adik kakok deh.. sebab tu hari2 kito keno mitok maah nga ore.. kade2 x perase kito ado buat saloh.



Dosa kita dengan Tuhan, kita boleh minta ampun. Itu atas Dia nak terima ke tidak. Tetapi dosa kita dengan sesama manusia. Tuhan tak ampun selagi kita tidak minta maaf dengan orang yang kita berbuat jahat/fitnah/tuduh. Bahaya adik kakak ya. Sebab itu hari-hari kita kena minta maaf dengan orang. Kadangkala tak perasan kita ada buat salah. [translate dari dialet Kelantan ke Bahasa Melayu]

p/s: Terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padah. Kalau masih hidup,boleh lagi minta maaf. Jikalau sudah tidak ada lagi, mati nanti tak tahu diterima tanah atau tidak. Renungkanlah dan selamat beramal. Peringatan buat kita semua yang masih bernyawa.

Fotografi

[Kamera filem yang pernah digunakan dahulu]

Apabila ditanya, bila lagi berjinak-jinak di dalam bidang fotografi.

Mula-mula berjinak di dalam bidang fotografi sejak kecil lagi, kalau tidak salah ketika itu umur 10 tahun (darjah 4). Bermula dengan kamera berfilem sebelum beralih kepada kamera digital. Jenama filem yang ada seperti Kodak, Konika, Fuji dan lain-lain lagi. Yang paling kerap digunakan ketika itu adalah Kodak Gold.

Ketika itu, kamera digital agak mahal dan kualiti tidak seberapa lagi berbanding sekarang, budak tadika pun sudah pandai mengambil gambar dengan kamera digital. Kalau dahulu, nak tengok gambar yang telah diambil, terpaksa pergi ke kedai gambar dan boleh tengok selepas filem tersebut dicuci. (Proses menghasilkan gambar yang telah dirakam dengan kamera).


[Filem Kodak]


[Filem Fuji]


[Konika]


Banyak peristiwa yang berlaku seumur hidup Jika berlaku sekali lagi, mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau berpuluh-puluh tahun. Sekeping dua gambar kenangan semasa peristiwa tersebut mungkin akan dikenang seumur hidup.

Berikut adalah contoh peristiwa yang berlaku yang sempat diambil:




[Kamera digital yang digunakan sekarang. Bukan DSLR]

Zaman sudah beralih arus. Sudah semakin canggih dan semakin senang. Semakin senang itulah yang semakin teruk. Melalui teknologi yang semakin canggih, manusia jadi semakin tidak bertamadun. Memanipulasi gambar dengan teknologi yang ada sekarang untuk tujuan jahat. Perkembangan blog sebagai contoh, menyebarkan berita-berita yang tidak benar dan penuh caci-maki antara dua atau tiga pihak. Di dalam blog-blog berkenaan, gambar-gambar diolah dengan teknologi terkini untuk tujuan memalukan pihak lain.

Peringatan buat semua dan diri sendiri. Jaga kualiti gambar. Tidak perlu olah gambar untuk tujuan tidak baik. Tambah lagi, tujuan untuk mengaibkan orang lain. Amat sedih lagi apabila disuruh delete atau hapuskan gambar-gambar yang telah diambil. Mungkin orang yang suruh buang gambar tersebut tidak ada perasaan, betapa bernilainya setiap gambar-gambar tersebut. Ianya memang tiada nilai sekarang tetapi 20 atau 30 tahun kemudian, akan dicari balik setiap gambar-gambar berkenaan. Percayalah.

p/s: Gambar dan kenangan.

Sudirman - Kesepian



Sudirman - Kesepian

Jauh ku tinggalkan
Melati ku yang tersayang
Kini ku sendiri kesepian
Di rantauan mungkin engkau jua
Merasakan rindu begini
Rindu yang menyeksa jiwa ini


*Chorus


Walau ku jauh janji tidak ku lupa
Pada semuanya ku kembali jua

Rindu
Ku rindukan
Wajahmu milik yang tercinta
Kasih ini hanyalah untukmu
Tersayang

*Chorus

p/s: Lagu ini terdapat di dalam filem Kami lakonan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Lirik dia yang sedap didengari berbanding lagu sekarang. Ramai sangat artis sekarang, lebih kuantiti dari kualiti. Hampa.

Ditujukan kepada orang tersayang pun boleh juga. Jauh. Jauh sangat kot.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Cikgu

[Guru-guru yang telah mengajar kami semasa Tingkatan 6 Atas Kappa batch 2004/2005]

Pengajian Am : M.Nasir dan Nur Azhar
Mathematics T 1 dan 2: Madam Chua dan Ustaz Khairi
Chemistry: Hartini Hashim
Biology: Suriawati Yaacob
MUET: Nor Hayati dan Norzila

[Bersama Cikgu Suriawati dan Haikal]


[Geng-geng satu kepala, sQ cREw]]


[Lab Biology STPM 2005]


[Belajar di dalam Lab Biology]


[Rehat Minda SPM dan STPM 2005]

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Cikgu Suriawati Binti Yaacob yang telah mengajar kami semasa Tingkatan 6 Atas Kappa STPM batch 2004/2005 di Sultan Ismail College, Kota Bharu, Kelantan.

Semoga cikgu selalu mengingati kami dan memberkati ilmu-ilmu yang telah diberikan. Kami memohon maaf jika ada membuatkan cikgu terguris hati dengan kenakalan kami, budak-budak Kelas Kappa dan kelas-kelas lain.

p/s: Kami nakal tapi kami hormati guru-guru kami..

Selamat Menyambut Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang ke-78 pada hari ini, 1 Mac 2011.




Sama-sama kita hayati lirik lagu dari salah satu filem ketenteraan tentera di Malaysia. Hayatinya dengan penuh pengertian. Takziah diucapkan kepada perwira-perwira yang telah gugur semasa peperangan menentang musuh negara, mempetahankan tanah air tercinta. Al-Fatihah..

p/s: Perwira negara, kami berterima kasih kepada kalian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...