Latihan Bersepadu Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Kelantan

Bertempat di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan, satu program Latihan Bersepadu Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) telah diadakan pada setiap hari Jumaat bermula dari jam 3 hingga 5 petang.

Aktiviti-aktivit yang telah diadakan adalah seperti kelas persediaan dan peperiksaan untuk para peserta seperti Pertolongan Cemas Asas dan CPR, Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah/ Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, Pendidikan Kesihatan dan Bantuan Bencana Operasi Menyelamat (BOM).

Peserta-peserta kebanyakan adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak berkecuali ahli-ahli Pasukan Bantuan Sukarela dari unit-unit di Kelantan dan mereka adalah ahli-ahli Bulan Sabit Merah yang berdaftar. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa kelas dan aktiviti berkenaan.


[Notis berkenaan program tersebut]


[Kelas di adakan di Bilik Aktiviti]

[Peserta yang hadir]


[Peserta dengan kukusan]


[Tungku untuk Clinton Cooker]


[Set Clinton Cooker]


[Set kukusan diletakkan di dalam kawah]


[Clinton Cooker]


[Penerangan berkenaan Clinton Cooker dan cara penggunaan]


[Dulang dimasukkan ke dalam kukusan]



[Cara menggunakan set kukusan juga diajar kepada ahli perempuan]


[Penghadang angin]

Aktiviti yang telah diajar kepada peserta seperti Memasak Berkelompok iaitu cara memasak dengan menggunakan set kukusan yang dipanggil Clinton Cooker. Set kukusan ini dapat memasak untuk sekurang-kurangnya 500 orang pada satu masa dan selalu digunakan di tempat pemindahan banjir. Di dalam set kukusan ini terdapat 5 buah dulang dan setiap dulang dapat memsak untuk 100 orang.

Selain memasak, para peserta yang mengikuti kelas dan peperiksaan Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat diberi pendedahan berkenaan pengurusan di tempat bencana dan berkenaan agensi-agensi yang berkaitan dan kerjasama semasa berlakunya perkara yang tidak diingini berkenaan.

Bagi Pendidikan Kesihatan, peserta diberi pendedahan berkenaan jenis-jenis kecederaan yang biasa berlaku di dalam rumah dan persekitaran. Jenis-jenis makanan atau Piramid Makanan turut diajar kepada peserta. Pendidikan Kesihatan lebih menjurus kepada penjagaan kesihatan dan keselamatan kepada diri sendiri dan orang lain yang berada di sekitar.

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa atau Undang-undang Perang diajar kepada peserta berkenaan undang-undang yang telah digubal dan dipersetujui oleh semua pihak di peringkat antarabangsa. Konvensyen-konvensyen serta Protokol-protokol Tambahan dan apa tanggungjawab yang harus diambil dan apa yang perlu dihindari oleh angkatan tentera yang terlibat di dalam kancah peperangan atau semasa aman.

Subjek ini juga berkaitan apa peranan sebagai seorang ahli Bulan Sabit Merah, maksud lambang dan juga contoh-contoh penyelewengan lambang Bulan Sabit Merah atau Palang Merah yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kelas untuk Pertolongan Cemas Asas dan CPR diajar kepada peserta bagi memberi ilmu berkaitan pertolongan cemas dan cara memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa yang terbabit dengan kecederaan dan kemalangan.

Berikut adalah link-link yang telah ditulis yang ada kaitan dengan perkara-perkara di atas:


p/s: Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu-ilmu yang diperolehi semasa aktiviti, kelas dan peperiksaan ini dengan sebaik-baiknya bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Dari Dalaman Seorang Sahabat



Dari dalaman seorang sahabat, mungkin tidak seindah yang kita sangkakan. Mungkin dari luaran si dia memang ceria tetapi dia juga seorang manusia. Punyai naluri dan perasaan. Jadi, hormati sahabat sebagaimana anda menghormati diri anda sendiri.

p/s: Hormat sesama manusia tidak susah.

Ciri-ciri Seorang Sahabat



1. Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika kamu rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika kamu meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10. Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11. Jika kamu merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Walauapapun, pertimbangkanlah semua perkara sebelum memilih kawan kerana zaman sekarang cukup sukar mencari kawan yang bergelar sahabat. Kawan boleh dicari di mana-mana tetapi sahabat itu yang paling susah untuk dikenal pasti kerana sahabat itu adalah kawan yang sanggup bersusah payah dan sentiasa bersama kita senang atau susah. Teman menangis tidak senang untuk dicari.


p/s: Cuba menjadi seorang sahabat kepada semua kenalan.

Imbas Kembali: International University Pencak Silat Championship 2008

International University Pencak Silat Championship 2008 telah diadakan di MMU (Multimedia University) kampus Cyberjaya pada 26 hingga 30 Mac 2008.

Tempat berlangsung di MMU Cyberjaya tetapi kolej penginapan adalah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kolej 14 di UPM.

Berikut adalah gambar bersama peserta dari luar negara selepas selesai berlangsungnya acara berkenaan;


[Bersama banner]


[Pose dengan kekuda menyerang]


[Kelantan + Kedah + pelajar kursus penerbangan di Kedah + Austria]


[Pesilat berasal dari lain-lain negeri dan negara]


[Kekuda menyerang]


[Gaya bersahaja]

Apa yang ingin ditekankan di sini, silat bukan hanya dipelajari oleh orang di kepulauan Melayu dan Nusantara sahaja tetapi turut dipelajari dan diminati oleh warga Eropah. Bukalah minda dan pemikiran sekejap dan cuba merenung keluar dari kepompong kedaerahan, silat tersebar ke seluruh pelusuk dunia sebagai seni beladiri yang agak unik. Ianya bukan hanya belajar seni tetapi apabila mempertahankan diri, memang nahas dikerjakan.

Gunakan ilmu seni beladiri dengan sebaiknya. Mempertahankan diri dan jangan memulakan pergaduhan. Semoga dapat guna ilmu dengan sebaiknya.

p/s: Rendahkan diri lebih baik dari meninggikan diri. Humble is better.

Sport Rim dan Jalan Raya

Selamat bersua kembali. Kali ini ingin bercerita berkenaan sport rim dan jalanraya. Ramai yang suka tukar dari rim biasa kepada sport rim apabila sudah memakai kereta sendiri. Kalau yang sudah ada sport rim yang sudah disertakan bersama kereta (pakej; kereta + sport rim),mungkin akan pakai yang besar sikit lagi. Sikit mungkin 2 inci dari saiz asal yang mengikut saiz standard.

Berdasarkan pengalaman sendiri, memakai rim sport yang saiznya besar sedikit dari saiz asal akan mendatangkan masalah terutama apabila melalui jalan raya yang tersangat baik keadaannya. Jalan raya berlubang. Bukan semua jalan raya seelok di Putrajaya atau highway bertol. Kalau yang tidak pernah keluar jauh dari bandar mungkin tiada masalah tetapi bagi yang kampung halaman jauh beratus-ratus kilometer, memang satu masalah.

Apabila tayar tersilap masuk atau terjun ke dalam lubang, sport rim akan mengalami kerosakan seperti bengkok dan pecah. Keadaan ini amat membimbangkan terutama kaum perempuan. Mati kutu la jawab nya.

Berikut adalah gambar-gambar sport rim yang mengalami kerosakan dan ini telah terjadi kepada aku sendiri ketika perjalanan pulang ke Kota Bharu, Kelantan dari Shah Alam, Selangor pada hari Rabu, 6 April 2011.


[Rim bengkok masih dengan tayar]


[Masih dengan tayar]


[Rim kosong apabila dibuang tayar]


[Rim yang pecah. Rim besar, 4WD]


[Belum disembur cat lagi]


Apabila memakai rim yang saiznya besar dari saiz yang asal, banyak perkara yang perlu dilakukan seperti meninggikan sedikit atau melapik sedikit absorber dan mengetuk badan kereta di bahagian roda belakang. Ini adalah contoh dari kereta Kancil yang telah dibuat. Kereta model lain mungkin dibuat perkara yang sama bagi mengelakkan tayar dari haus di bahagian tepi apabila muatan lebih dan bergesel dengan badan kereta.

Satu lagi pengalaman, apabila memakai rim besar maka tayar semakin nipis. Apabila memakai tayar nipis, tayar tersebut tidak dapat menahan berat kenderaan termasuk dengan muatannya sekali. Pernah terjadi, kedua-dua tayar di sebelah kanan, depan dan belakang pecah serentak. Ini terjadi semasa konvoi dari Kelantan menuju ke Perak dan ketika pulang semula ke Kelantan, salah satu kenderaan telah pecah tayar. Kejadian ini berlaku pada malam, hari terakhir semasa pulang dari Cameron Highland.

p/s: Berhati-hati ketika berada di jalan raya. Kalau nampak lubang, elakkan dari terjun ke dalam lubang. Kalau tidak, tayar atau rim akan bengkok.

Dia Sedang Tidur



Suatu pagi dalam sebuah bilik darjah, seorang guru bertanya kepada salah seorang murid tahun satu:

Guru: Apa pekerjaan ayah kamu?
Murid: (diam membisu)
Guru: (mengulangi soalannya) Apa pekerjaan ayah kamu?
Murid: (masih membisu)

Keadaan itu menyebabkan murid-murid lain mentertawakannya, kelas jadi bising. Wajah murid itu kelihatan muram, kesedihannya bagai tidak terbendung. Guru pula tidak sabar dan mula meradang. Dengan suara yang agak tinggi dia menengking murid tadi,

Guru: Hai bodoh! Kamu tak tahu apa pekerjaan ayah kamu?

Dalam deraian air mata dia menjawab dengan suara yang hampir tidak kedengaran, “Dia sedang tidur di dalam kuburnya…!”

Nota: Harap kepada cikgu-cikgu yang ada membaca blog ini, berubahlah sikap sedikit dari garang kepada bertimbangrasa. Bukan semua anak murid datang dari keluarga yang berada. Mungkin ada yang tidak berkemampuan dan juga ketiadaan orang tersayang. Anda mungkin boleh merubah kehidupan anak murid anda menjadi lebih baik.

p/s: Fikir hati dan perasaan orang lain juga.

Tingkatan 3A



Tingkatan 3A 2001

SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan

1. Ahadan Somadan B. Hamat

2. Ahmad Afiq Nasrullah B. A.Kamarulzali

3. Ahmad Faizul B. Mohd

4. Ahmad Muhaimi B. Aznee

5. Maizatul Munira Bt. Mohd Yusoff

6. Mohamad Fairus B. Mohd Hanafi

7. Mohd Adib B. Ariff

8. Mohd Adli’syam B. Mohd Rozali

9. Mohd Azman B. Mohd Zain

10. Mohd Edzrin Ferdini B. Mansor

11. Mohd Fahirie B. Mazlan

12. Mohd Faisal Ariffin B. Mohd Rusli

13. Mohd Fakhrul Arifin B. Mohd Isa

14. Mohd Hafizul Anuar B. Ramli

15. Mohd Hisyam B. Ishak

16. Mohd Khairul Anwar B. Ismail

17. Mohd Zulhilmi B. Mohd Sapien

18. Muhamad Helmi B. Abdullah

19. Muhammad Imran B. Mahmood

20. Mujahid B. Hashim Fahami

21. Nik Hilman B. Nik Zainal Abidin

22. Nik Mohd Nazimie B. Mohd Nazman

23. Nik Mohd. Farouq B. Che Hassan

24. Noriehan Bt. Abdullah

25. Norlifarizam Bt. Mohamad Siebi

26. Nurliyana Izzati Bt Awang @ Nawi

27. Rosmine Bt. Ramli

28. Siti Aminah Bt Hizam

30. Siti Zahara Bt. Salleh

31. Tengku Mohd Raffyudeen B. Tengku Azhan

32. Wan Azuan Arif B. Wan Ab. Rahman

33. Wan Mohd Hamdan B. Wan Hussin

34. Wan Nor Salima Bt. Mat Saman

35. Wan Nur Farihan Bt. Wan Said

36. Zuriani Bt. Safeae


p/s: Senarai nama ini diperolehi dari markah Ujian Bulan Februari 2001. Masih tersimpan elok senarai nama tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...