SELOKA SIKAP SI LALAI



Sikap si lalai, biarkan, biarkan…!

Ada mulut tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tiada selidik,

Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada masa tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan, biarkan…!

Si Lalai tidak mungkin maju,

Dia terus begitu,

Kerana sikapnya itu



Iladam

10 Tabiat Rosakkan Otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



Maksud Gedebe..




Sedikit nukilan yang berkaitan dengan istilah di Negeri Kelantan yang disalah ertikan oleh orang luar (orang bukan Kelantan) yang nampaknya semakin melarat. Berikut adalah maksud 'Gedebe'..

Gedebe

Sedikit perkongsian pengalaman hidup ingin saya kongsikan bersama sahabat. Orang yang betul-betul 'gedebe' ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan bila nak lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tak salah. Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka ini cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya taklah mengilai.Mereka tahu mereka bengis, sebab itu mereka tak akan membuat orang menangis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan buat orang merintih. Bergaduh tidak sekali, bila minum tak segan mempelawa dibayar habis satu meja. Jauh sekali beza dengan 'gedebe' yang menyakitkan jiwa. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Makan ramai-ramai bayar suku-suku.


nukilan dari Cikgu Nasir yang boleh didapati di blog ini: http://mimpi916.blogspot.com/

p/s: Banyak istilah yang telah disalah ertikan oleh orang luar. Yang penting, kalau tidak tahu, kena bertanya dan bukan membuat andaian sendiri.

Apa Susah, Guna Je Pistol!




" Apa susah, guna je pistol!"

Menyampah betul bila bertemu dengan orang yang berkata macam tu apabila minta pendapat mereka tentang belajar seni beladiri ini. Ada yang kata ilmu sesat, ilmu hitam dan lain-lain lagi.

Masalahnya,

1. Ada ke orang bawa pistol ikut suka hati mereka?
2. Tahukah anda, Akta 37 [klik di sini] tentang hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah yang mempunyai senjata api tanpa kebenaran?

Apabila berhadapan secara bersemuka dengan penjenayah, masih sempat ke untuk memanggil polis atau pengawal keselamatan yang ada berhampiran?

Melalui ilmu mempertahankan diri, sedikit sebanyak dapat mempertahankan diri dari mati katak dikerjakan penjenayah. Bukan hanya pandai bercakap sahaja seperti di atas dan sedikit di bawah:

1. Gunakan 'pepper spray'

Situasi sebenar: Bila berada di depan mata, terkejut dan tergaman, sempat ke nak ambil benda tue?

2. Menjerit sekuat hati

Situasi sebenar: Berada di lorong sunyi dan gelap, ada orang ke yang berada di sekitar?

3. Pakai bodyguard

Situasi sebenar: Berapa ramai orang yang ada pakai bodyguard di dunia ni?


p/s: Pakai kebijaksanaan sendiri

Headphone




Lokasi: Tingkat 3 KB Mall
Tarikh: 25 Oktober 2010

Situasi

Masuk ke kedai komputer/aksesori komputer untuk membeli headphone.
Belek dan cari yang berkenan dengan spesifikasi yang menarik.
Berdiri dekat setengah jam atau lebih.
Cari di rak headphone.

Bila nak bayar dan pergi ke kaunter pembayaran lepas tu tanya;

A: Boleh test ke tak ni?
B: Ada waranty 2 bulan...
A: Boleh test ke tak ni?
B: Ada waranty 2 bulan!

Dengan panas..

A: Ada waranty ke tak ni?!
B: Bayar dulu baru boleh test!

Panas lagi..

A: (Keluarkan duit dan bayar dengan muka masam dan panas hati)
B: Owh, mecok teh!

B ambil barang yang ada di kaunter bayaran dan pergi test headphone. A bertanya kepada tauke (yang menjaga kaunter wang).

A: Baru kerja ke budak tue? Kurang adab betul!



Situasi itu memang betul-betul terjadi. Masalahnya di sini;

1. Pelayan kedai kalau tengok pelanggan pergi ke kaunter pembayaran, memang nak beli la barangan tu, bukan la nak kena maki.
2. Nampak gaya, baik tak payah pergi lagi ke kedai komputer tu.
3. Pelayan kedai kena belajar adab dengan pelanggan.

p/s: Tak pasal-pasal kena kata biadab.

Program Integrasi Nasional 3S (Semenanjung, Sabah & Sarawak) 2010 [Versi Gambar]

Berikut adalah sedikit daripada gambar-gambar yang diambil sepanjang Program Integrasi Nasional 3S (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Kenangan sepanjang program tersebut tidak mungkin dapat dilupakan.

Pulau Pinang























Sarawak























Sabah






















Campur






















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...