Apa Susah, Guna Je Pistol!
" Apa susah, guna je pistol!"
Menyampah betul bila bertemu dengan orang yang berkata macam tu apabila minta pendapat mereka tentang belajar seni beladiri ini. Ada yang kata ilmu sesat, ilmu hitam dan lain-lain lagi.
Masalahnya,
1. Ada ke orang bawa pistol ikut suka hati mereka?
2. Tahukah anda, Akta 37 [klik di sini] tentang hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah yang mempunyai senjata api tanpa kebenaran?
Apabila berhadapan secara bersemuka dengan penjenayah, masih sempat ke untuk memanggil polis atau pengawal keselamatan yang ada berhampiran?
Melalui ilmu mempertahankan diri, sedikit sebanyak dapat mempertahankan diri dari mati katak dikerjakan penjenayah. Bukan hanya pandai bercakap sahaja seperti di atas dan sedikit di bawah:
1. Gunakan 'pepper spray'
Situasi sebenar: Bila berada di depan mata, terkejut dan tergaman, sempat ke nak ambil benda tue?
2. Menjerit sekuat hati
Situasi sebenar: Berada di lorong sunyi dan gelap, ada orang ke yang berada di sekitar?
3. Pakai bodyguard
Situasi sebenar: Berapa ramai orang yang ada pakai bodyguard di dunia ni?
p/s: Pakai kebijaksanaan sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment