LSF, FRU dan PORU

Tertarik untuk menulis berkenaan 'Si Helmet Merah' yang seringkali disalah anggap antara Light Strike Force (LSF) dan Federal Reserve Unit (FRU) apabila ada pasukan ini muncul di satu-satu tempat yang bertujuan mengawal keamanan dan ketenteraman awam. Ada perbezaan di antara pasukan-pasukan ini walaupun memakai topi merah yang sama.

Berikut adalah keterangan berhubung perbezaan di antara mereka;


Light Strike Force (LSF)


- Dari segi pakaian, tidak terlalu nampak 'berat' dan 'susah' untuk bergerak.
- Warna pakaian biru tua seperti pakaian Polis biasa.


Federal Reserve Unit (FRU)

- Memakai pelindung lutut, siku dan pelindung yang lain.
- Warna pakaian operasi adalah hitam.


Public Order and Riot Unit (PORU)

- Diambil dari Pasukan Gerakan Am (PGA)
- Mana-mana kawasan atau negeri yang tidak ada FRU, PORU akan ambil alih.



Adalah dimaklumkan terutama kepada pemberita dan penulis blog agar mengkaji dahulu terutama perbezaan diantara LSF dan FRU kerana boleh membuatkan orang ramai terkeliru di antara kedua-dua pasukan ini. Dari pemerhatian terutama penulis blog, mereka suka 'copy-paste' maklumat yang mereka baca dan perolehi dari sumber lain. Kesilapan menilai antara kedua-dua pasukan ini menunjukkan mereka tidak tahu apa-apa dan hanya tahu bahawa 'Si Helmet Merah' adalah FRU dan apabila timbul istilah 'LSF', mereka beranggapan bahawa LSF dan FRU adalah pasukan yang sama.

p/s: Akibat malas mengkaji, semua pasukan 'Helmet Merah' nampak sama.

2 comments:

Anonymous said...

Tidak dinafikan, perkara itu memang selalu berlaku...
kalau diperhatikan betul2, wartawan akhbar arus perdana pun banyak juga melakukan kesilapan sama..
Dalam sektor pertahanan awam saya tidak begitu pasti, tapi kalau dalam sektor kesihatan kerap kali berlaku kesalahan perjawatan yang dilaporkan oleh pihak media sehinggakan ada yang ditegur oleh kesatuan atau lembaga sesuatu jawatan tersebut..
samada mereka sedar atau tidak sedar kesalahan tersebut semasa melaporkan sesuatu berita tidaklah diketahui..taapi, harapnya jangan lah melaporkan sesuatu berita tu seperti melepaskan batuk di tangga..atau janji kerja siap..wallahuallam

airmien said...

Nampak gaya semua pihak kena selidik dulu setiap apa yang diterima untuk mengelakkan orang salah faham.

Perjawatan kalau silap lapor mungkin tidak mengapa tetapi kalau silap lapor laporan perubatan atau menulis laporan jenayah, mungkin membawa kepada benda lain.

Tambahan pula, dunia sekarang yang penuh dengan blog-blog dan ramai pula yang lebih suka membaca berita dari blog-blog yang 100% tidak diyakini betul dan tidak ada salah di dalam isi. Lain yang dijawab ketika ditanya, lain pula yang ditulis oleh pemberita.

Sepatutnya ada kot etika / SOP yang perlu dipatuhi sebelum mana-mana berita dikeluarkan/dihebahkan. Silap haribulan, boleh membawa malu besar kepada penulis berita tersebut kerana tersilap lapor berita. Wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...