Kamu Tak ada Rasa Bertanggungjawab Ke Doktor!




Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada di luar bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.


"Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni?Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?"


Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu. Dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya."

"Bertenang kamu kata?! Kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang ni, bolehkah kamu bertenang? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat? kata si ayah dengan marah.

Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci " Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali". Doktor tidak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik untuk menyelamatkan anak tuan."

"Memberi nasihat bila kita tidak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tersebut mengambil masa beberapa jam. Tidak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira.

"Alhamdulillah, anak tuan selamat." dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "Kalau tuan ada sebarang soalan, tuan boleh tanya jururawat."

"Kenapa doktor tu sombong sangat? Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya?" Komen si ayah selepas melihat jururawat.

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya, "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya."



p/s: Kita sama tetapi berada di situasi berbeza

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...