Pengajian Am STPM - Mahkamah Tentera




Struktur Mahkamah Tentera

1 - Mahkamah Tinggi Tentera
(a) Membicarakan pegawai berpangkat Staf Sarjan ke atas
(b) Hakim ialah Leftenan Kolonel dan dua orang pegawai tinggi

2 - Mahkamah Rendah Tentera
(a) Membicarakan askar yang pangkatnya di bawah Staf Sarjan
(b) Hakim ialah Yang Dipertuan (Mejar) dan dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam)

3 - Pegawai-pegawai yang menganggotai Mahkamah Tentera dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Pertahanan.


Bidang Kuasa Mahkamah Tentera

1 - Sesiapa juga yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera
2 - Askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat dalam latihan tentera
3 - Orang awam yang digaji oleh tentera atau sedang berkerja dengan pihak tentera
4 - Orang awam yang berada di atas kapal terbang atau tentera laut
5 - Kes-kes pecah amanah dan displin dalam angkatan tentera


Hukuman dan Rayuan Mahkamah Tentera

1 - Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera.
2 - Jika melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh daripada Yang di-Pertuan Agong.
3 - Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.
4 - Pengampunan boleh diperoleh daripada Yang di-pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan.



Rujukan:
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor

Kemalangan Motosikal Kenalan Silat






Innalillahi wainnailaihirajiun..semoga Paan cepat sembuh. Kami doakan keselamatan dan kesejahteraan Paan. Amin amin amin. Ya Rabbal Alamin..

p/s: Teringat kemalangan suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, masih berpeluang melihat dunia dan memberi seberapa banyak ilmu sebelum kembali kepada Dia Yang Esa di sana.

Kamu Tak ada Rasa Bertanggungjawab Ke Doktor!




Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada di luar bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.


"Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni?Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?"


Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu. Dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya."

"Bertenang kamu kata?! Kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang ni, bolehkah kamu bertenang? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat? kata si ayah dengan marah.

Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci " Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali". Doktor tidak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik untuk menyelamatkan anak tuan."

"Memberi nasihat bila kita tidak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tersebut mengambil masa beberapa jam. Tidak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira.

"Alhamdulillah, anak tuan selamat." dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "Kalau tuan ada sebarang soalan, tuan boleh tanya jururawat."

"Kenapa doktor tu sombong sangat? Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya?" Komen si ayah selepas melihat jururawat.

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya, "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya."



p/s: Kita sama tetapi berada di situasi berbeza

Kena Serang Di Facebook




Ada teguran buat semua perempuan terutama melibatkan laman sosial. Satu kes yang pernah diceritakan, seorang budak perempuan ini pernah kena serang oleh tunang orang di laman sosial Facebook. [Facebook lagi. Memang Facebook banyak berlaku kes-kes macam ini].

Berkawan dengan sesiapa saja tidak salah tetapi bila berkawan dengan tunang orang nie, siapa tidak marah terutama orang perempuan. Perempuan mana tidak sakit hati bila ada perempuan lain duduk 'huha huha', manja-manja dan gatal dengan tunang dia? Sekali-sekala mungkin boleh terima tetapi lama-lama boleh mengamuk juga.

Salah siapa sebenarnya? Nak salahkan perempuan yang serang kita tue buat apa? Dah memang kita memang jenis gatal pergi layan tunang orang tue siapa suruh? Lepas tue sumpah-menyumpah kata perempuan tue gila la apa la lagi sedangkan kita sikit pun tidak fikir apa yang kita buat sampai orang jadi marah kat kita.

Ada lagi yang diperhatikan, apabila komen dibuat di wall orang lain, jenis padamkan apa yang telah dikomen di wall orang lain yang ada keluar sebagai notification di wall sendiri. Nak tutup atau sembunyikan apa yang telah dikomen di wall orang lain. Nampak benar apa yang dibuat, memang tidak mengaku salah dan apabila ditegur, mula melenting. Pantang tegur, mudah melenting. Cari salah dan ungkit balik kesalahan orang lain yang serba-serbi tidak kena.

Aku nasihatkan ini sebagai peringatan kepada sesiapa yang berhak untuk ditegur dan tidak mudah melenting apabila ditegur. Boleh berfikir kenapa aku tegur begini dan begitu. Asyik nak bersukaria, melalak, asyik keluar tanpa tujuan yang wajib keluar dan 'huha huha' siang bawa ke malam. Dari terus hanyut dan lagha, baiklah aku tegur dan tegur lagi. Namun malangnya lepas aku tegur, aku pulak kena marah.

Fitrah manusia kena tegur-menegur sebelum terlambat. Karang nanti kena perkara tidak elok [macam-macam boleh kena terutama melibatkan makhluk halus dan sihir] bila orang dah meluat dan sakit hati sebab ganggu tunang orang nie. Tidak pernah terfikir lagi, apa yang kita buat, biasanya dapat balik kepada kita. Mungkin dah terlalu pandai, masuk belajar tinggi-tinggi tetapi kalau tidak boleh nak fikir apa kesan-kesan yang mungkin terima memang tak guna la belajar tinggi-tinggi.

p/s: Terimalah teguran walaupun dah banyak kali tegur. Sekejap jadi macam ini, sekejap jadi macam itu. Kalau orang tegur tue, maknanya orang sayang la kat kita. Kalau tidak tegur, memang sesuai sangat sebagai balasan yang patut terima.

Bukan Saja-Saja

[People cry, not because they're weak. It's because they're been strong for too long.]




BUKAN
SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..


MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..

MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..

MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..

MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..

MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayang-Nya padamu..




p/s: Kena kuatkan hati walaupun banyak halangan sepanjang perjalanan ini. Kena kuat!

Pharmacology and Toxicology Tutorial



1. Define Pharmacology (2 marks)

2. Define Pharmacokinetics ( 2 marks)

3. Describe drug development phase ( 6 marks)

4. Distinguish between suspension and emulsion drug. ( 4 marks)

5. Distinguish between ointment and cream ( 4 marks)

6. Discuss the merits of sustained release preparation ( 4 marks)

7. Differentiate between parenteral and enteral administration method and give an example of each procedure ( 4 marks)

8. List THREE (3) most common injection methods. Describe how each method being conducted, site of injection and pros and cons of each procedure ( 15 marks)

9. Explain drug ionization concept in treating acid drug toxicity ( 5 marks)

10. Elaborate process involved in phase I and II metabolism ( 6 marks)

11. What is function of Cytochrome P450 in human? Explain in details induction and inhibition of cytochrome P-450 enzymes theories. ( 6 marks)

12. Write a short note about factors that manipulate drugs absorption and distribution process ( 15 marks)

13. What is blood brain barrier? ( 3 marks)

14. How plasma proteins regulate concentration of drug in the body? (4 marks)

15. Explain principle of drug action ( 6 marks)

16. Discuss in details mechanism of drug action ( 10 marks)

17. With the help of graph, state information that can be obtained from drug concentration in blood versus time (6 marks)

18. What are potency and efficacy ( 4 marks)

19. Define tolerance. Explain THREE (3) types of tolerance ( 10 marks)

20. What is polypharmacy? (2 marks)

21. State the formula for bioavailability (2 marks)

22. What is Volume of Distribution (Vd) ( 2 marks)

23. State the formula for calculation of half life (2 marks)

24. Write a short note regarding first order kinetic and zero order kinetics ( 6 marks)

25. Write a short note differentiating synergism effects and antagonisms effects ( 6 marks)

LSF, FRU dan PORU

Tertarik untuk menulis berkenaan 'Si Helmet Merah' yang seringkali disalah anggap antara Light Strike Force (LSF) dan Federal Reserve Unit (FRU) apabila ada pasukan ini muncul di satu-satu tempat yang bertujuan mengawal keamanan dan ketenteraman awam. Ada perbezaan di antara pasukan-pasukan ini walaupun memakai topi merah yang sama.

Berikut adalah keterangan berhubung perbezaan di antara mereka;


Light Strike Force (LSF)


- Dari segi pakaian, tidak terlalu nampak 'berat' dan 'susah' untuk bergerak.
- Warna pakaian biru tua seperti pakaian Polis biasa.


Federal Reserve Unit (FRU)

- Memakai pelindung lutut, siku dan pelindung yang lain.
- Warna pakaian operasi adalah hitam.


Public Order and Riot Unit (PORU)

- Diambil dari Pasukan Gerakan Am (PGA)
- Mana-mana kawasan atau negeri yang tidak ada FRU, PORU akan ambil alih.



Adalah dimaklumkan terutama kepada pemberita dan penulis blog agar mengkaji dahulu terutama perbezaan diantara LSF dan FRU kerana boleh membuatkan orang ramai terkeliru di antara kedua-dua pasukan ini. Dari pemerhatian terutama penulis blog, mereka suka 'copy-paste' maklumat yang mereka baca dan perolehi dari sumber lain. Kesilapan menilai antara kedua-dua pasukan ini menunjukkan mereka tidak tahu apa-apa dan hanya tahu bahawa 'Si Helmet Merah' adalah FRU dan apabila timbul istilah 'LSF', mereka beranggapan bahawa LSF dan FRU adalah pasukan yang sama.

p/s: Akibat malas mengkaji, semua pasukan 'Helmet Merah' nampak sama.

Systemic Pathology Tutorial


CARDIOVASCULAR system

1. Explain in details the pathology of atherosclerosis occurring on the artery wall.

2. Define atherosclerosis. Briefly discuss the pathogenesis of arteriosclerosis causes myocardial infarction and stroke.

3. Identify the risk factor for atherosclerosis.

4. List out the pathological finding of heart in response to cardiac failure.

5. Discuss how kidney failure may lead to hypertension.

6. Briefly discuss on how hypertension and diabetes may trigger the infarction of myocardial.

7. Define the term Babinski’s reflex and in which disorder this symptom appear?

8. List out the complications of myocardial infarction and lab diagnosis to confirm this disease.

9. Define cardiogenic shock. Explain how cardiogenic shock may cause organ necrosis.

10. Classify the following cases of hypertension:

a) 43 yrs old, male, 140kg, BP 170/100

b) Cushing patient, female 30 yrs old, BP 145/95

c) Diabetic patient, male 30 yrs old, BP 190/110

RESPIRATORY system

1.Define pneumonia and briefly explain the pathogenesis of this disease.

2.Briefly discuss the etiopathogenesis of lobar pneumonia and state its complications.

3.Differentiate between broncho and lobar pneumonia.

4.Discuss the pathogenesis of TB.

5.Discuss the lab findings of tuberculosis which is essential in confirming the disease.

6.Enumerate the available lab test for diagnosing patient with TB.

7.State TWO (2) diseases which may simultaneous presence in smokers.

8.Discuss on how smokes may cause the septal walls destruction.

9.Explain why smokers are susceptible to lower respiratory tract infection.

10.Explain on how smoking may affect the respiratory system.

11.Compare between extrinsic and intrinsic allergic asthma.

12.Briefly explain the pathogenesis of bronchiol asthma.

13.Differentiate the pathological findings of asthmatic patient and normal individual.

14.Define emphysema and compare it with chronic bronchitis.

15.Define bronchiectasis and pneumoconiosis.

16.Identify the most common lung tumor and how to diagnose this tumor cells?

GASTROINTESTINAL SYSTEM

1.Discuss about the following GIT motor dysfunction:

a. Achalasia

b. Mallory-weiss syndrome

c. Hiatal hernia

2.State the main etiology of GERD and discuss the complications of this disorder. Suggest also the appropriate treatment for patient with GERD.

3.What are the non-pharmacological ways to reduce GERD symptoms?

4.List the diagnostic tests used for GERD.

5.Define Barrett’s esophagus and discuss the long term effect of this disorder.

6.Discuss the pathogenesis of the progression of H.pylori gastritis causes gastric cancer and suggest an appropriate treatments.

7.Elaborate the pathogenesis of autoimmune gastritis in a 60 year old man.

8.Define peptic ulcer and discuss the role of H.pylori in the pathogenesis of this disease.

9.Enumerate the THREE (3) stages of H.pylori gastritis.

10.Justify on how NSAIDs cause ulcer of stomach.

11.Differentiate the pathological findings between Crohn’s disease & ulcerative colitis.

HEPATOBILIARY DISORDER

1.Define the following terms:

a. Steatosis

b. Gynaecomastia

c. Councilman bodies.

2.Discuss the FIVE (5) stages of hepatic injury.

3.Explain the pathogenesis & features for cirrhosis.

4.Discuss the clinical and pathological effects of hepatocellular failure.

5.List out the parameters for liver function test and state the importance of each of the parameter.

6.Explain the etiology of hepatic encephalopathy and clinical features of patient with this disorder.

7.Explain the etiology of portal hypertension and clinical features of patient with this disorder.

8.Define jaundice and differentiate the THREE (3) types of jaundice.

9.State the prominent serum indicator for hepatocellular carcinoma and explain about this type of cancer.

10.Discuss the possible etiology of hepatocellular carcinoma and identify how this cancerous cell migrate to the other organ.

11.Discuss the pathological finding for alcoholic liver disease.

12.Explain on how alcoholic liver disease commonly present with hepatomegaly.

13.Briefly discuss the complications and treatment available for alcoholic hepatitis.

Entry Ke-363: Selamat Tahun Baru 2012


Selamat Menyambut Tahun 2012 Masihi. Entry ini juga merupakan entry yang ke-363 bagi blog ini.

Selamat selamat kepada semua pengunjung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...