Reunion of Kappalian


Pada 5hb Disember 2009 lepas dan bersamaan dengan hari sabtu, satu perjumpaan semula atau lebih dikenali juga dengan panggilan 'gathering' atau reunion' bagi pelajar kelas Kappa STPM Batch 2004/2005 Maktab Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai Sultan Ismail Collage (SIC), Kota Bharu, Kelantan. Sebelum itu, satu usul telah dicadangkan pada hari raya ke-4 Aidil Adha bertempat di rumah bekas Ketua Kelas Kappa Batch 2004/2005, saudara Mohd Haikal. Turut hadir, saudara pG.



[Bare Nok Bare Jadi]

Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang program berkenaan;


[Khoo, pG dan KakMa]


[Khoo dan Kak Ma]


[pG]


[pG dan Ja]


[Makan makan makan]


[Berbual kosong sambil mengenang kisah kelas lama]


[Kak Ma dan pG]


[Heka dan Khoo]

[Kami saudara jauh rupanya..huhu]


[Ja dan Tinnie]


[Kak Ma dan Tinnie]


[Kami]


[Kami]

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah hadir sempena 'reunion' berkenaan. Walaupun ini merupakan perjumpaan semula setelah habis pengajian di Tingkatan 6 (We are Seniors), namun kami tetap berhubung antara satu sama lain.

Moto 'Bare Nok Bare Jadi' telah diangkat sebagai moto Kelas Kappa yang bermaksud 'Apa Yang Diimpikan Akan Mejadi Kenyataan' dan ucapan ini selalu disebut oleh Cikgu Nasir iaitu cikgu Pengajian Am ketika kami belajar di SIC dahulu..

Batch 2004 merupakan batch terakhir bagi sekolah aliran sains iaitu sebanyak 4 buah di Kelantan sebelum setiap daerah membuka kelas aliran sains bagi tingkatan 6 di sekolah dan daerah masing-masing.

1. Sultan Ismail College
2. SMK Sultan Ismail Petra
3. SM(J)K Chung Hwa
4. SMK Tanah Merah 1

Seingat dahulu, seramai 1500 orang pelajar telah dipanggil untuk memasuki tingkatan 6 aliran sains di SIC dan hanya lebih kurang 700 lebih telah mendaftarkan diri. Ketika itu,sebanyak 10 buah kelas telah dibuka tetapi ianya masih tidak dapat menampung jumlah pelajar dalam satu-satu kelas. Setiap kelas ada yang hampir 100 orang pelajar. Batch Kappa 2004/2005 pula antara batch yang terakhir di SIC.

p/s: Moga hubungan kita berkekalan.. Amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...