Sesekali Mengikut Ambulans


[Ambulans Bulan Sabit Merah]


Sesekali mengikut ambulans keluar memindahkan pesakit dari hospital balik ke rumah mereka cukup menyeronokkan..

Walaupun ada juga sedikit yang agak menggerunkan sesetengah orang,tetapi itulah yang dilakukan oleh petugas ambulans..

Apa yang berlaku, situasi walau apapun yang berlaku ianya memang sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh petugas ambulans..

Bagi sesiapa yang ingin tahu apa yang berlaku dalam ambulans, bolehlah menonton rancangan Emergency di TV9 pada pukul 10 malam,setaip hari Khamis..

Berikut adalah gambar yang sempat diambil semasa mengikut petugas ambulans semasa memindahakan pesakit dari hospital ke rumah mereka..


[Memindahkan pesakit dari hospital]


[Pesakit tiba di rumah]


Terima kasih kepada petugas Abang Aziz dan Zikri diatas kerjasama yang diberikan..

p/s: Terima kasih kepada sukarelawan semua.. Jasa kalian tidak terhingga..

10 Latihan Tajam Minda



  1. Tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama 10 saat. Dengan cara ini ia dapat membantu menyalurkan oksigen dengan banyaknya ke dalam otak. Seterusnya membantu otak berfikir dengan lebih baik.
  2. Biasakan bermain permainan yang mencabar minda.
  3. Bersenam
  4. Menonton tv dengan mematikan suaranya (mute) dan cuba meneka apa yang dikatakan oleh watak itu.
  5. Cuba bertanding dengan teman dalam permainan mudah seperti mengingati dan menyebut nama pelakon dalam masa 60 saat.
  6. Setiap malam, sewaktu menunggu untuk tidur, cuba biarkan otak berehat dan berlegar-legar. Pilih satu tahun/bulan dan cuba mengingati agenda-agenda menarik yang berlaku sepanjang tahun itu.
  7. Belajar untuk membaca secara terbalik.
  8. Sentiasa memastikan otak berfikir secara kreatif.
  9. Berfikir menerusi gambar. Contohnya perhatikan sebuah meja di dalam bilik dan bayangkan kamu melihatnya dalam sudut yang berbeza.
  10. Pejamkan mata dan tumpukan sepenuh perhatian pada satu bunyi sahaja di antara bunyian lain.


p/s: Sharing Is Caring

Salam Hijrah 1431


Semoga tahun ini akan membawa seribu satu peluang untuk memajukan diri..

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahimm..

Murahkanlah rezeki kepada kami, kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan yang tidak terbelah bahagi kepada kami.. Janglah Engkau menutup pintu hati kami setelah kami yang daif ini meraba-raba mencari cahaya daripada-Mu..

Ampunilah dosa-dosa yang telah kami lakukan samada sedar atau tidak sedar.. Kami memohan limpah rahmat daripada-Mu Ya Allah..

Berkatilah perjalanan hidup kami ini.. Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh kudrat kami.. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Amat Luas Penguasaan..

p/s: Hijrahlah dari sifar kepada berisi..

Back To Ol' Skool

Sedang mengemas bilik, maka terjumpalah kertas-kertas lama yang mnejadi simpanan selama ini.. Ada yang telah rosak dimakan anai-anai tetapi masih ada yang terselamat.. Jadi kenangan ketika zaman persekolahan.. Mari kita tengok kertas-kertas bersejarah berkenaan:




[Student Pledge for new students]


[Ikrar Akujanji]


[Program sekolah]


[Sakla @ Hebahan untuk pelajar]


[Nama tingkatan perlu diisi dengan betul..Nama kelas dulu adalah Kappa]


[Contengan dari bekas cikgu Pengajian Am, Cikgu Nasir tetapi kami panggil beliau dengan nama M.Nasir}


[Graf]


[Pengajian Am]


[Salah satu kertas yang dikategorikan sebagai kertas 'Pemecah Kepala']


[5 Jam untuk Pengajian Am? Huhu]


[Take Home Test]


[Peperiksaan Akhir Tahun]


[Kertas Kimia]


[MUET]


[Pengajian Am]


[MUET]


[Kertas STPM sebenar]


[Kertas STPM sebenar]


[Kertas Kimia peperiksaan akhir tahun tingkatan 6]


[Ujian Progresif]


[Contengan M.Nasir]


[Cuba selesaikan]


[Sumber dari SMK Kuala Lanar, Kuala Lipis, Pahang bagi subjek Pengajian Am]



[Sumber dari SMK Kuala Lanar, Kuala Lipis, Pahang bagi subjek Pengajian Am]


[Program untuk pelajar..Sebenarnya ini adalah fail program]


[Senarai nama kelas dan cikgu yang mengajar]


[Ini adalah projek tingkatan 4 bagi subjek Matematik Tambahan.. Sekarang ini tidak tahu masih ada lagi ke tidak projek sebegini]

Ketika zaman persekolahan dahulu, tidak pernah terlintas untuk 'takcle' perempuan untuk dijadikan awek.. Kalau adapun, hanya kawan biasa.. Memang ada kawan perempuan yang boleh dikatakan agak 'ngam', sekepala..

Zaman pengajian tingkatan 6, layan THR.FM, layan salah program-program radio seperti 'Subarashi Bangumi' iaitu rancangan berbahasa Jepun dan 'Appresiasi Cinta' iaitu program yang menyiarkan salah satu yang berkaitan dengan kehidupan yang dinamakan cinta.. Ada suka dan duka dan boleh dijadikan pengajaran..

Zaman 'hoora hooree', zaman mogok, reformasi dan zaman berkawan dari seluruh segenak pelusuk daerah ( Ketika itu, hanya 4 buah sahaja sekolah yang ada aliran sains tulin di kelantan sebelum setiap daerah membuka kelas aliran sains di sekolah masing-masing)..

p/s: Rindu zaman sekolah.. Zaman penuh warna warni

Reunion of Kappalian


Pada 5hb Disember 2009 lepas dan bersamaan dengan hari sabtu, satu perjumpaan semula atau lebih dikenali juga dengan panggilan 'gathering' atau reunion' bagi pelajar kelas Kappa STPM Batch 2004/2005 Maktab Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai Sultan Ismail Collage (SIC), Kota Bharu, Kelantan. Sebelum itu, satu usul telah dicadangkan pada hari raya ke-4 Aidil Adha bertempat di rumah bekas Ketua Kelas Kappa Batch 2004/2005, saudara Mohd Haikal. Turut hadir, saudara pG.



[Bare Nok Bare Jadi]

Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang program berkenaan;


[Khoo, pG dan KakMa]


[Khoo dan Kak Ma]


[pG]


[pG dan Ja]


[Makan makan makan]


[Berbual kosong sambil mengenang kisah kelas lama]


[Kak Ma dan pG]


[Heka dan Khoo]

[Kami saudara jauh rupanya..huhu]


[Ja dan Tinnie]


[Kak Ma dan Tinnie]


[Kami]


[Kami]

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah hadir sempena 'reunion' berkenaan. Walaupun ini merupakan perjumpaan semula setelah habis pengajian di Tingkatan 6 (We are Seniors), namun kami tetap berhubung antara satu sama lain.

Moto 'Bare Nok Bare Jadi' telah diangkat sebagai moto Kelas Kappa yang bermaksud 'Apa Yang Diimpikan Akan Mejadi Kenyataan' dan ucapan ini selalu disebut oleh Cikgu Nasir iaitu cikgu Pengajian Am ketika kami belajar di SIC dahulu..

Batch 2004 merupakan batch terakhir bagi sekolah aliran sains iaitu sebanyak 4 buah di Kelantan sebelum setiap daerah membuka kelas aliran sains bagi tingkatan 6 di sekolah dan daerah masing-masing.

1. Sultan Ismail College
2. SMK Sultan Ismail Petra
3. SM(J)K Chung Hwa
4. SMK Tanah Merah 1

Seingat dahulu, seramai 1500 orang pelajar telah dipanggil untuk memasuki tingkatan 6 aliran sains di SIC dan hanya lebih kurang 700 lebih telah mendaftarkan diri. Ketika itu,sebanyak 10 buah kelas telah dibuka tetapi ianya masih tidak dapat menampung jumlah pelajar dalam satu-satu kelas. Setiap kelas ada yang hampir 100 orang pelajar. Batch Kappa 2004/2005 pula antara batch yang terakhir di SIC.

p/s: Moga hubungan kita berkekalan.. Amin

Pak Long - Selagi Ada Rindu


Bm A
Selagi Ada Bulan Mentari


G A Bm
Selagi Ada Berkasihani


Bm A
Selagi Ada Bulan Dan Bintang


G A Bm
Selagi Ada Berkasih Sayang


Bm A
Selagi Ada Ombak Dan Laut


Em Bm
Selagi Hatiku Terpaut


Bm A
Selagi Ada Turunnya Hujan


G A Bm
Selagi Ada Rahmat Tuhan


D A
Selagi Ada Langit Dan Bumi


G A Bm
Selagi Cintaku Bersemi


co


D A
Selagi Ada Waktu


Em Bm
Selagi Ada Rindu


D A
Biar Beribu Batu


G A Bm
Ingin Aku Bertemu


D
Oh Kasih (Oh Kasih)


A
Damailah (Damailah)


Em Bm
Engkau Disana


D
Ku Berdoa (Ku Berdoa)


A
Pada Tuhan (Pada Tuhan)


Em Bm
Agar Kau Bahagia


p/s: Kord gitar kepada sesiapa yang reti dan pandai main gitar..Boleh ambil kat sini ya.. Layan juga lagu nie..

Rahsia Lelaki Gagah




Simpan Jambang

 

     Biarkan jambang nada tumbuh dengan natural. Jangan segera membuangnya. Tumbuhnya yang sedikit-sedikit itulah menampakkan sifat kelelakian anda. Jika nampak terlalu berserabut,segeralah kemaskan jambang anda itu.

 

Belah Kayu Api?

 

     Dalam zaman moden ini agak sukar hendak mempraktikkan teknik membelah kayu api. Apatah lagi, sekarang ini dapur masak kebanyakkannya menggunakan gas bukan lagi kayu. Tetapi anda boleh tukar aktiviti dengan membina peralatan dalaman rumah daripada kayu misalnya kerusi. Proses memotong dan memaku itu bukankah secara tidak langsung menguatkan otot-otot lengan anda.

 

Periksa Enjin Kereta

 

     Jangan hanya tahu memandu sahaja, lelaki juga perlu tahu setiap inci perkakasan enjin kereta. Belajarlah cara untuk mengendalikan kenderaan anda, walaupun kereta nampak elok, belum tentu enjinnya dapat berjalan lancar.

 

Saksikan Kejuaraan Motorcross

 

     Bosan dengan politik semasa? Apa kata bawa diri anda menyaksikan motorcross. Rasai dan hayati deruman enjin motosikal yang memberi lambang tersendiri kepada penggemarnya. Aksi pelumba bukan sahaja membuatkan anda terleka malah teruja untuk mencubanya walaupun sekadar sebentar cuma.

 

Makan Seenaknya

 

     Anda tahu apakah makanan yang membuatkan diri anda kelihatan gagah? Hal ini tidak bermakna anda perlu mengambil pemakanan yang tinggi lemak, cukup mengunyah makanan yang berdiet seimbang dan tidak menggemukkan.

 

Pakai Pakaian Yang Ada Nilai Sentimental

 

     Tahun ini, anda pasti pernah menang ketika mengikuti mana-mana pertandingan misalnya memancing atau boling. Kembalikan nostalgia kemenangan anda dengan mengenakan kembali t-shirt yang digunakan pada hari tersebut. Pemakaian itu, tidaklah bermakna anda tidak tahu berfesyen tetapi gaya itu adalah lambang kejayaan dan kegigihan seorang lelaki.

 

Sewa Kereta Mahal

 

     Kenderaan yang berprestij dan bergaya mampu menampilkan personaliti maskulin lelaki. Tidak mampu membelinya, anda boleh menyewanya daripada mana-mana syarikat kereta yang menawarkannya. Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas tatkala memandu.

 

Singgah Ke Masjid

 

     Bagi lelaki yang beragama Islam, anda tidak semestinya perlu menunjukkan kegagahan menerusi aktiviti lasak semata-mata. Sifat kerohanian dalam diri juga perlu untuk menambah kekuatan dalaman yang anda tidak ketahui. Caranya kerap kalilah mengunjungi rumah Allah dengan melakukan ibadah solat yang dituntut oleh-Nya.

p/s: Baiki diri sendiri juga.. Amin..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...