Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
p/s: Dedikasi khas buat teman-temanku.. Moga berkekalan hendaknya..Aku? Em..
Ini adalah hadiah penghargaan daripada salah seorang komuniti yang terlibat dengan Treasure Hunt di Bukit Cerakah Jumaat lepas. Terima kasih kepada *David 'Snake' kerana hadiah tersebut.
*David 'Snake' -Nama gelaran oleh salah seorang ahli yang bertugas semasa hari berkenaan. Pemilik ular sawa yang meminjamkan ular sempena acara berkenaan.
Hari tue, aku hantar kereta aku dekat bengkel.. Meragam selepas balik dari konvoi ke Slim River, Perak.. Ingat ke kereta rosak biasa je tapi luar biasa pulak jadinya.. So aku nak kongsi sikit pasal kerosakan kereta terutama perempuan (aku ambil kereta nie dari seorang perempuan) dan bagaimana nak detect kerosakan apa yang perlu tahu dan apa aku dah buat.. Beserta dengan gambar la ya..
[Nampak ok je dari segi luaran tapi..]
[Aha..CV Joint plak rosak..Masuk pasir kot..Getah dia koyak..]
[CV Joint selepas ditukar]
[Rupa Cik CV Joint]
Jadi,kepada pemilik kereta sila tengok juga bawah kereta anda. Mana tahu getah yang berwarna hitam (hampir dengan disc breake tue) koyak. Jika tidak,anda juga yang susah. Sekali-sekala,rajin-rajin juga la tengok ya. Jangan nak 'make-up' kan kereta sahaja tapi keselamatan anda tergadai.
p/s:patut la sedap je aku layan tike ambil corner dekat highway nak balik kampung..ringan je stereng..hehe..Aha,sikit lagi nak langgar divider sebab ketika ambil selekoh,tayar terasa 'membuang'..Bahaya tul..
[..]
Disc Brake dan Pad Brake
Pasal pad break juga kena ambil peduli juga. Kadang-kadang bunyi berdicit macam bunyi alunan anak ayam akan keluar. Jadi,mari kita tengok apa yang jadi ya.
[Nampak garisan warna coklat tue?]
[Disc brake yang sudah haus]
[Disc yang perlu diganti]
Yang di atas, keadaan disc brake tak dapat diselamatkan kerana disc sudah bengkok. Nak canai disc memang boleh tapi disc tersebut akan jadi nipis. Pencegahan boleh diambil di sini:
a. Ketika nak basuh kereta, biarkan kereta sejuk dulu. Mentang-mentang nampak selut (lumpur) menghiasi permukaan kereta, rajin la nak basuh walaupun kereta tengah panas. Tidak lupa, jangan terus basuh rim bahagian depan. Biarkan rim sejuk dulu kerana ketika panas, rim akan mengembang dan akan apabila terus siram dengan air, rim akan mengecut serta merta dan akibatnya, disc akan bengkok.
b. Tidak digalakkan menghantar ke tempat mencuci kereta selepas memandu sekian lama di atas jalan raya. Mereka yang mencuci kereta dengan semburan air bertekanan tinggi dan jika disembur terus ke rim, disc yang tengah panas mungkin akan mengalami 'kejutan' dan dibantu dengan semburan terus ke rim, secara tidak langsung akan membantu mempercepatkan kadar 'kebengkokan' disc brek anda. Kalau hantar selepas kereta sejuk tidak apa yang pasti, biarkan kereta dan semuanya sejuk dahulu.
p/s: Mentang-mentang malas nak basuh kereta sendiri la ya? Ish budak nie..
Dah lama tak main silat dalam acara nie.. Aku dah takde partner nak main lepas tue sibuk dengan pengajian, tangguhkan dulu la cadangan nak main balik.. Mungkin suatu hari nanti, insya Allah kalau diizinkan-Nya..
Greetings for all my members and fellow friends..This is a special emblem for you guys..
Nie ada award kepada semua teman bermula dari zaman mula ber'blog' sampai sekarang..Tidak lupa kepada kawan-kawan lama, junior, senior kalau ada ketika zaman persekolahan dulu sampai la sekarang..Teman yang kenal dalam blog nie pun kira kawan la ya..Aha, tidak lupa dari social network juga..Nanti copy gambar nie dan tampal di blog masing-masing ok..Keep in touch semua!
Duty Mini Marathon sejauh 10km..Dapat panggilan last minutes untuk bertugas pada pagi 16hb Mei 2009..Tahniah kepada peserta yang mengondol tempat terbaik sepanjang acara berkenaan..Gambar tidak banyak yang dapat diambil kerana bertugas..Enjoy la ya tengok gambar..
Ada satu duty di Bukit Cerakah,Seksyen 8 Shah Alam,Selangor pada pagi Jumaat 22hb Mei 2009..Malangnya tidak dapat sertai sampai habis kerana ada kelas selepas Solat Jumaat..Di bawah disertakan gambar sepanjang aktiviti dijalankan..Enjoy!
[Adi dan Malathi sebelum duty]
[Bendang]
[Ketika aktiviti dijalankan]
[Peserta yang terlibat]
[Buah Koko yang rosak]
[Buah Koko yang putik]
[Bunga Teratai putih]
[Cantik kan?]
[Makan buah Koko]
[Isi Koko]
[Lesung Kaki]
[Mesin Padi,untuk asingkan Padi dan hampas]
[Rumah Burung Hantu]
[Mesin bajak]
[Sawah di Shah Alam?]
[Anak Ular Sawa]
[Ular Sawa]
p/s: Tiada apa yang nak ditulis..Gambar boleh menceritakan semuanya kan?