Masuk Bengkel

[.]

Drive Shaft dan CV Joint

Hari tue, aku hantar kereta aku dekat bengkel.. Meragam selepas balik dari konvoi ke Slim River, Perak.. Ingat ke kereta rosak biasa je tapi luar biasa pulak jadinya.. So aku nak kongsi sikit pasal kerosakan kereta terutama perempuan (aku ambil kereta nie dari seorang perempuan) dan bagaimana nak detect kerosakan apa yang perlu tahu dan apa aku dah buat.. Beserta dengan gambar la ya..


[Nampak ok je dari segi luaran tapi..]

[Aha..CV Joint plak rosak..Masuk pasir kot..Getah dia koyak..]


[CV Joint selepas ditukar]


[Rupa Cik CV Joint]

Jadi,kepada pemilik kereta sila tengok juga bawah kereta anda. Mana tahu getah yang berwarna hitam (hampir dengan disc breake tue) koyak. Jika tidak,anda juga yang susah. Sekali-sekala,rajin-rajin juga la tengok ya. Jangan nak 'make-up' kan kereta sahaja tapi keselamatan anda tergadai.

p/s:patut la sedap je aku layan tike ambil corner dekat highway nak balik kampung..ringan je stereng..hehe..Aha,sikit lagi nak langgar divider sebab ketika ambil selekoh,tayar terasa 'membuang'..Bahaya tul..


[..]

Disc Brake dan Pad Brake

Pasal pad break juga kena ambil peduli juga. Kadang-kadang bunyi berdicit macam bunyi alunan anak ayam akan keluar. Jadi,mari kita tengok apa yang jadi ya.



[Nampak garisan warna coklat tue?]


[Disc brake yang sudah haus]


[Disc yang perlu diganti]

Yang di atas, keadaan disc brake tak dapat diselamatkan kerana disc sudah bengkok. Nak canai disc memang boleh tapi disc tersebut akan jadi nipis. Pencegahan boleh diambil di sini:

a. Ketika nak basuh kereta, biarkan kereta sejuk dulu. Mentang-mentang nampak selut (lumpur) menghiasi permukaan kereta, rajin la nak basuh walaupun kereta tengah panas. Tidak lupa, jangan terus basuh rim bahagian depan. Biarkan rim sejuk dulu kerana ketika panas, rim akan mengembang dan akan apabila terus siram dengan air, rim akan mengecut serta merta dan akibatnya, disc akan bengkok.

b. Tidak digalakkan menghantar ke tempat mencuci kereta selepas memandu sekian lama di atas jalan raya. Mereka yang mencuci kereta dengan semburan air bertekanan tinggi dan jika disembur terus ke rim, disc yang tengah panas mungkin akan mengalami 'kejutan' dan dibantu dengan semburan terus ke rim, secara tidak langsung akan membantu mempercepatkan kadar 'kebengkokan' disc brek anda. Kalau hantar selepas kereta sejuk tidak apa yang pasti, biarkan kereta dan semuanya sejuk dahulu.

p/s: Mentang-mentang malas nak basuh kereta sendiri la ya? Ish budak nie..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...