Ujian Usia 35 Tahun dan Ke Atas

Ujian Apabila Usia 35 dan Ke Atas.



1. Pilih kawan berakhlak.

Apabila mengambil kawan yang tidak berakhlak dengan sendiri akan ikut perangai buruk kawan. Kena pandai buat pilihan, selidik latarbelakang dan tahu apa kegiatan. Silap pilih akan merana tambahan pula apabila terlibat dengan penyalahgunaan dadah. 

2. Jaga kesihatan.

Bila masuk usia sebegini penyakit banyak datang. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan buah pinggang. Kurangkan minuman manis, mengandungi bahan pengawet dan kandungan garam yang tinggi. 

3. Kerja dan kerjaya.

Kerja tidak boleh 'on off' . Kena fikir ekonomi sendiri. Banyak nak kena tangung. Dulu boleh sesuka hati off bila penat sikit. Bila dah ada kerja, buat dengan tanggungjawab dan amanah. Bina kerjaya dengan baik. Apabila ada kerja yang baik, ekonomi keluarga menjadi baik. 

4. Banyak Membaca.

Elakkan daripada nyanyuk apabila masuk usia senja. Tahu Nama Am dan Nama Khas. Banyakkan membaca buku berilmu untuk tambah ilmu pengetahuan. Kurangkan membaca unsur lagha dan tidak berfaedah. Bacaan yang baik mempengaruhi sikap dan tabiat serta tahu berfikir. 

5. Berjaga Malam.

Kurangkan berjaga malam sekiranya tidak perlu. Sakit sendiri yang susah. Penglihatan semakin kabur walaupun sebelum ini boleh membaca dengan baik. Kurang tidur mengganggu kesihatan badan sendiri. 

6. Masuk Campur Urusan Orang Lain.

Tidak perlu dan elakkan masuk campur hal orang lain. Tidak ada faedah dan urusan. Sudah berusia elok fikirkan kesihatan mental sendiri. Apabila masuk campur urusan orang lain dengan sendiri orang menilai sebagai seorang penyibuk.

7. Memotong Percakapan.

Orang tak suka apabila percakapan dipotong. Bila masuk memotong percakapan, penyampaian terhenti. Begitu juga apabila bercakap tiba-tiba ada orang masuk bercakap sebelum anda habis bercakap.

8. Bercakap Baik atau Diam.

Apabila bercakap benda baik orang lain akan suka tambahan lagi ianya benda berkaitan ilmu pengetahuan. Bercakap dengan bongkak dan berlagak tahu serba-serbi sebenarnya ada tidak tahu apa-apa faedah tambahan lagi apabila berhadapan dengan masyarakat. Lagi malang apabila anda bercakap bukan dalam bidang yang sepatutnya.

9. Empati dan Naluri.

Buat kerja dan benda biar ada empati kepada orang lain. Apa akan jadi sekiranya anda di tempat mereka sekiranya ianya melibatkan keperluan hidup. Hak asasi seorang manusia hendaklah anda ketahui sebelum bertindak. Tanpa perasaan empati, ianya akan jadi balik kepada anda apabila anda sudah berusia.

1 comment:

erectile dysfunction remedies said...

Wonderful article! This is the kind of info that are supposed to be shared around the net. Disgrace on Google for not positioning this publish higher! Come on over and visit my site . Thank you =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...