Tahun 2020.
A. Fotografi.
1. Hutang.
Semoga mana yang berhutang dengan mana-mana photog dapat menjelaskan bayaran. Gila apa berjanji nak bayar tapi drag sampai nak kena wasap banyak kali, nak expose nama yang tak bayar baru nak selesai bayaran. Ukur kemampuan sendiri.
2. Atas Dasar Kawan, Kenalan Zaman Lama.
Jangan ingat photog boleh bayar segala hutang dan perbelajaan atas nama kawan? Walaupun stesen minyak dan pembekal bekalan keperluan harian tu kenalan sejak zaman Majapahit, tetap kena bayar. Bukan boleh percuma nak dapat semua tu.
3. Paranoid.
Jangan minta lebih dengan photog. Gambar outdoor percuma setakat mana yang boleh photog bagi percuma, setakat itulah. Ni lagi mental, paranoid ingat photog ada lagi gambar yang tak diberi. Ada juga yang kena bagi semua gambar dekat dia tanpa bayaran.
4. Terma dan Syarat Serta Booking Deposit.
Deposit kena ada tak kira la kenal dengan photog ke, bekas awek atau pakwe, sahabat persatuan Dam Haji Balik Hari dan Pertubuhan Pocong Sedunia. Dia cari rezeki dengan menjadi photog, kena tinggalkan kerja lain semata-mata nak kena jadi photog untuk majlis. Nak secure gaji dan duit sebab tak kerja hari berkenaan macam mana? Nak bergerak pakai duit. Nak makan pakai duit. Nak berak kencing pun kena pakai duit.
5. Ihsan Atas Dasar Sukarela.
Yang ini lagi gila. Kamera photo ada beli tu nak buat kerja, kau pakai dia untuk suruh ambil gambar di tempat grand dengan sistem barter, makan ditanggung. Malang lagi semua gambar wajib kena edit sebelum diserahkan kepada dia.
B. Latar Belakang Individu.
1. Pendidikan.
Bab-bab kritikal jangan ambil mudah. Tambahan lagi melibatkan nyawa orang lain. Sijil-sijil online ramai boleh ambil. Masuk internet, masuk webinar dah boleh jadi jurulatih. Tanpa ada pemantauan daripada pihak berkaitan, sedap la nak cong sebab atas dasar boleh bercakap, berani untuk lawan balik kata-kata orang dan mengampu.
2. Berani dan Bercakap Banyak.
Apabila ada dua sifat ini, yang salah nampak betul. Belum kira ada belajar sikit setakat diploma dan dalam bidang berkaitan, orang yang peringkat ijazah dan dalam bidang berkaitan nampak bodoh dan bangang tak tahu istilah-istilah yang dah jadi darah daging sejak berzaman.
3. Adab Dalam Pendidikan Terhadap Individu.
Sepanjang pemerhatian, latarbelakang pendidikan orang tidak menjamin adab yang tinggi. Belajar tinggi atau tidak tiada gunanya sekiranya tiada adab.
1 Januari 2020.
2335H
No comments:
Post a Comment