Mentaliti Kerja dan Anugerah Khidmat Bakti

Selagi mana seseorang itu tidak ada pangkat, buat kerja macam mana dan berapa banyak serta lama sekalipun tetap tidak akan dipandang.

Sebab itulah catatan perlu ditulis. Tidak kira dan tidak kisah tulis di mana; blog, catatan peribadi di laman sosial bahawa aktiviti telah dilakukan. Gambar sebagai bahan untuk menguatkan bukti bahawa berada di tempat kejadian. Kamera pula sebagai bahan untuk merakam peristiwa.

Malang. Gambar boleh dicuri dan mengaku berada di tempat kejadian. Turutan peristiwa boleh direka, menunjukkan bahawa seseorang itu terlibat dan bersama mereka yang bertanggungjawab.

Jika pangkat hanya sebagai alat untuk buat kerja baru nak jalankan tugas, ambil duit dan beli saja di kedai. Jika tidak ada dijual, pergi ke kedai untuk sulam dan pakai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...