Mentaliti Kerja dan Anugerah Khidmat Bakti

Selagi mana seseorang itu tidak ada pangkat, buat kerja macam mana dan berapa banyak serta lama sekalipun tetap tidak akan dipandang.

Sebab itulah catatan perlu ditulis. Tidak kira dan tidak kisah tulis di mana; blog, catatan peribadi di laman sosial bahawa aktiviti telah dilakukan. Gambar sebagai bahan untuk menguatkan bukti bahawa berada di tempat kejadian. Kamera pula sebagai bahan untuk merakam peristiwa.

Malang. Gambar boleh dicuri dan mengaku berada di tempat kejadian. Turutan peristiwa boleh direka, menunjukkan bahawa seseorang itu terlibat dan bersama mereka yang bertanggungjawab.

Jika pangkat hanya sebagai alat untuk buat kerja baru nak jalankan tugas, ambil duit dan beli saja di kedai. Jika tidak ada dijual, pergi ke kedai untuk sulam dan pakai.

Kejahatan Manusia

Bismillahirrahmanirrahim. Aku berlindung daripada kejahatan manusia, jin dan syaitan.

Jika ada pakatan di antara mereka, kacau-bilaukanlah pakatan di antara mereka, kucar-kacirkan persahabatan mereka, butakanlah mata mereka, pekakkanlah telinga mereka, timpakanlah azab perit ke atas niat jahat mereka yang zalim lantaran hasad dengki yang kuat di dalam hati-hati busuk mereka. Timpakanlah azab yang pedih dan mala petaka yang berpanjangan sehinggalah mereka meminum air kaki cagu mangsa yang mereka telah zalimi.

Innama amruhu idza arada syaian ayyqullalahum kun fayakun.
Innama amruhu idza arada syaian ayyqullalahum kun fayakun.
Innama amruhu idza arada syaian ayyqullalahum kun fayakun.

Inisiatif

Banyak inisiatif sendiri yang telah dibuat ekoran tiada tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak yang berkaitan untuk buat apa yang patut.

Apabila mereka nampak ianya menggugat kedudukan mereka, mereka akan menghasut dan buat khianat kerana hasad dengki lantaran hati busuk di dalam diri.

Sukarelawan vs Pekerja Kontrak Bergaji

Sukarelawan vs Pekerja Kontrak Bergaji.

Adakah pekerja bergaji akan turun padang walau tanpa dibayar gaji dan elaun serta bagi komitmen penuh sebagaimana sukarelawan buat apabila berlakunya bencana?

Kalau tak sanggup, jangan pertikaikan kerja sukarelawan.

Sukarelawan turun tanpa gaji danc elaun semasa bencana tidak dapat sijil kepujian pihak ibu pejabat kebangsan. Pekerja kontrak bergaji sekali buat projek ditaja oleh badan antarabangsa terus dicalonkan pingat penghargaan.

Malam Let's Go With Me

Malam sebelum bermulanya acara Let's Go With Me 2016.

Berhadapan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan.

Khamis, 27 Oktober 2016.

Program Komuniti Sihat Perkasa Negara - KOSPEN

Hari : Jumaat
Tarikh : 21 Oktober 2016
Masa : 8.30 Pagi - 12 Tengahari
Lokasi : Perkarangan Zaleha Tekstil, Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Bertempat di perkarangan Zaleha Tekstil, Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan, satu program di bawah Program Komuniti Sihat Perkasa Negara - KOSPEN telah di adakan. Semasa program ini juga, ianya telah mendapat kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan dan Unit 2, Kota Bharu.

Berikut adalah gambar yang telah diambil semasa program berkenaan.








Tak Nak Berpeluh dan Tak Lasak

"Kalau tak nak berpeluh dan tak lasak, baik masuk Bulan Sabit Merah."
Penafian : Kalau tak ada aktiviti dianjurkan dan tak pernah nak sertai persatuan, baik tak payah cakap. Lagi satu. Nak masuk Bulan Sabit Merah ni, kalau jenis takut darah, kemalangan dan tak rela bekorban masa tanpa upah dan bayaran serta elaun, baik tak payah masuk.
Tak lasak kau kata? Habis yang aku buat cover Facebook ni siapa yang ambil? Aku jugak.
Blog ni pun dah banyak kemaskini aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia termasuk bencana yang telah disertai.

Pasangan Panas Baran

Petua menangani pasangan jenis kaki panas baran.

https://airmien.wordpress.com/2016/10/03/cara-menangani-pasangan-yang-panas-baran/

Punca Persatuan Tidak Dapat Pergi Jauh

Punca Persatuan Tidak Dapat Pergi Jauh. Ramai yang hendak menjadi orang atas atau pegawai di dalam persatuan tetapi tahukah anda, apa sebab-sebab yang menjadi punca mengapa persatuan tidak dapat pergi jauh seiring perubahan zaman? Berikut adalah punca-puncanya.

1. Jawatan Dipegang Oleh Orang Yang Tidak Selayaknya.

A. Punca - Dipegang oleh orang yang tiada ciri-ciri seorang pemimpin. Hanya semata-mata nama jawatan tetapi tidak bergerak. Mesyuarat datang dan banyak bercakap tetapi tidak memberi cadangan.

B. Penyelesaian - Jawatan dipilih dari orang yang boleh memberi komitmen dan sedia bekerjasama bagi memajukan persatuan. Pemilihan berdasarkan produk serta komitmen yang telah dijalankan sepanjang aktiviti.

2. Tidak Ikut Peredaran Semasa.

A. Punca - Hala tuju dan motif serta tujuan masih tidak berkembang. Dunia semakin lama semakin maju dengan teknologi dan inovasi tetapi pemikiran masih sama. Berpegang kepada falsafah lama dan tidak seiring dengan perubahan semasa.

B. Penyelesaian - Ikut perkembangan dunia semasa dan trend terkini. Selalu membaca berita, mencari maklumat dan informasi terkini sekurang-kurangnya dunia luar negara. Jika tempatan, ianya bersifat membina.

3. Tidak Kreatif.

A. Punca - Tiada usaha memajukan persatuan setanding malah lebih daripada yang lain. Tiada pemikiran global dan glokal.

B. Penyelesaian - Idea dari pihak lain yang menarik boleh diketengahkan bagi mengembangkan idea berfikir spontan.

4. Tiada Inisiatif.

A. - Usaha untuk memajukan persatuan tiada langsung dari dalam diri. Hanya berpegang kepada sikap sebagai seorang pengguna, bukan sebagai pengeluar produk.

B. - Berani meluahkan pendapat dan pendapat itu didengari oleh semua pihak. Pendapat jika tidak dapat dilaksanakan segera, ianya boleh dibuat pada masa akan datang.

5. Dengki dan Khianat.

A. Punca - Sikap dan gejala yang tidak sihat apabila melihat orang lain boleh memberi pandangan dan buah fikiran untuk memajukan persatuan. Kelompok ini akan menarik kelompok yang sama dan bekerjasama nenjadi individu berkenaan.

B. Penyelesaian - Sikap individu jika tidak diubah boleh menjahanamkan organisasi. Rawatan dari pakar psikologi boleh membantu.


Buku Nota Kecil dan Budaya Professionalime

1. Buku nota kecil di tangan dan ditulis apabila perlu.
2. Menulis nota ringkas supaya mudah ingat sebab lumrah manusia memang pelupa. Berapa peratus manusia yang ingat setiap peristiwa yang berlaku?
3. Tak perlu nak perlekehkan orang yang menulis nota dan bawa ke mana-mana dan pembawa buku ini tidak perlu rasa tertekan.
4. Kebiasaan boleh tengok semasa ada mesyuarat dan kursus, kebanyakan ada yang tidak bawa kertas malah pen juga tidak dibawa!
5. Sudahlah tidak bawa semuanya itu, pinjam pula dengan orang lain. Budaya lama-lama menjadi gejala.
6. Apabila ditanya balik, apa yang telah dibincangkan semasa mesyuarat yang lepas, kalut bertanya kepada orang lain. Bukan orang lain, pegawai sendiri pun macam itu. Kononnya berpangkat lama dan dikatakan boleh mengajar.
7. Gejala yang tidak sihat ini bukan berlaku sehari dua tetapi bertahun-tahun. Boleh diperhatikan bermula dari sekolah rendah sehingga lepasan sekolah dan orang tua. Setiap lapisan peringkat umur ada.
8. Paling ketara, golongan ini menganjing orang yang menulis. Langsung tidak menunjukkan mereka sebagai seorang yang bertanggungjawab.

Ambulans Kenakan Bayaran? Kenapa dan Mengapa.

Menjawab persoalan ini memerlukan seseorang itu tanya terus kepada pihak yang berkenaan, bukan tanya kepada pihak yang separa berkaitan.

Di bawah adalah kenapa dan mengapa.

1. Pihak ambulans hospital tidak semestinya akan respond kepada kes untuk penghantaran pesakit dari hospital ke hospital atau dari rumah ke hospital dan hospital ke rumah terutama melibatkan temujanji.

2. Apabila keadaan ini, pihak hospital atau mana-mana pihak akan merujuk kepada pihak yang boleh menjalankan tugas tersebut. Seperti yang sedia maklum, ambulans hospital hanya akan respond kepada tugas hakiki mereka; urusan kecemasan dan kemalangan yang melibatkan nyawa. Selain itu, pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) juga akan bertindak sebagai bantuan. Di sesetengah tempat seperti di Lembah Klang, Bulan Sabit Merah Malaysia dan St. John Ambulans turut serta.

3. Berkenaan isu bayaran yang dikenakan oleh pihak ambulans swasta ianya adalah kerana beberapa faktor antaranya seperti berikut;

A. Bayaran digunakan untuk membayar gaji pekerja yang bertugas. Pekerja yang berkhidmat dengan ambulans ini dibayar dari bayaran yang diterima oleh pesakit. Ada yang tiada gaji tetap tetapi berdasarkan elaun dari perkhidmatan. Jika tiada pelanggan, maka tiadalah duit kepada mereka. Tidak makanlah mereka pada hari tersebut.

B. Bayaran digunakan untuk servis ambulans. Selagi mana ianya bergerak dan memberi khidmat, selagi itukah perbelanjaan terpaksa dikeluarkan untuk bahan api seperti petrol atau diesel. Jangan lupa, minyak hitam atau minyak silinder perlu ditukar setelah mencapai tahap-tahap dan masa perlu ditukar seperti juga kenderaan lain.

C. Bayaran untuk topup barang-barang di dalam ambulans itu sendiri. Isi di dalam tong oksigen perlu diganti jika digunakan. Apabila sampai masa, akan diisi. Barang di dalam Ambu Bag juga perlu diganti dan dibeli. Jika ada pihak farmasi atau hospital yang dapat bekalkan barangan ganti, kos dapat dijimatkan.

D. Tayar juga sampai masa perlu ditukar. Minyak gear juga ada. Bunga tayar tahan sampai bila jika asyik keluar tanpa henti kenderaan ini? Keadaan sama juga dengan kereta atau motorsikal serta kenderaan lain.

E. Bayaran lain-lain perkara lain diluar duga. Bila-bila masa ambulans boleh breakdown dan ianya memerlukan kos penyelenggaraan. Kos ini terpaksa ditanggung sendiri okeh pihak yang mengendalikan kenderaan ini. Nampak senang tetapi enjin 24 jam 7 hari seminggu jalan lama-lama akan jahanam.

4. Adalah perlu mendapatkan maklumat daripada pihak yang mengendalikan ambulans selain hospital kerana perbezaannya lain. Perbezaannya adalah seperti berikut;

A. Gaji pekerja ambulans dibayar oleh kerajaan manakala swasta dibayar syarikat atau berdasarkan trip perkhidmatan.

B. Kos penyelenggaraan ambulans hospital kerajaan akan ditanggung manakala pihak swasta ditanggung sendiri. Jika ada sumbangan, ianya agak bernasib baik.
Jika ada sebarangan penambahan info dari pihak yang mengendalikan ambulans, sila maklum kepada saya.

Ditulis pada 1 Ogos 2016, pukul 4.23 pagi.
Dimuatkan di laman sosial Facebook milik sendiri dan dikongsi oleh rakan yang lain.

Bulan Sabit Merah Kelantan dan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri 2016

Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri Kelantan 2016.
Disampaikan oleh YAB Ustaz Dato Hj Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
18 Ramadan 1437H bersamaan 23 Jun 2016, Dewan Bunga Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.







Kreatif

Lego selain kegunaan permainan kanak-kanak, jika kreatif boleh digunakan untuk memegang kabel pengecaj telefon.

Semoga bermanfaat.

Tahun Baru 2016

Assalamualaikum.

Tidak lambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2016.

Kemudahan internet yang terbatas sedikit sebanyak membataskan saya untuk menulis dan upload gambar serta kemaskini nukilan saya di blog ini.

Tahun lepas banyak benda yang telah berlaku. Bermula dari awal tahun dengan aktiviti dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan dan akhiri dengan akhir tahun 2015 juga dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan.

Apapun, saya akan kemaskini tetapi tidak mengikut tarikh kerana kekangan internet yang tidak berapa baik.


Wassalam.

Muhamad Helmi Bin Abdullah
Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan.
Pemegang lesen Radio Amatur. Callsign : 9W2GDB.


Gambar semasa Kursus Shelter Awareness Training anjuran 
International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...