Ambulans Kenakan Bayaran? Kenapa dan Mengapa.

Menjawab persoalan ini memerlukan seseorang itu tanya terus kepada pihak yang berkenaan, bukan tanya kepada pihak yang separa berkaitan.

Di bawah adalah kenapa dan mengapa.

1. Pihak ambulans hospital tidak semestinya akan respond kepada kes untuk penghantaran pesakit dari hospital ke hospital atau dari rumah ke hospital dan hospital ke rumah terutama melibatkan temujanji.

2. Apabila keadaan ini, pihak hospital atau mana-mana pihak akan merujuk kepada pihak yang boleh menjalankan tugas tersebut. Seperti yang sedia maklum, ambulans hospital hanya akan respond kepada tugas hakiki mereka; urusan kecemasan dan kemalangan yang melibatkan nyawa. Selain itu, pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) juga akan bertindak sebagai bantuan. Di sesetengah tempat seperti di Lembah Klang, Bulan Sabit Merah Malaysia dan St. John Ambulans turut serta.

3. Berkenaan isu bayaran yang dikenakan oleh pihak ambulans swasta ianya adalah kerana beberapa faktor antaranya seperti berikut;

A. Bayaran digunakan untuk membayar gaji pekerja yang bertugas. Pekerja yang berkhidmat dengan ambulans ini dibayar dari bayaran yang diterima oleh pesakit. Ada yang tiada gaji tetap tetapi berdasarkan elaun dari perkhidmatan. Jika tiada pelanggan, maka tiadalah duit kepada mereka. Tidak makanlah mereka pada hari tersebut.

B. Bayaran digunakan untuk servis ambulans. Selagi mana ianya bergerak dan memberi khidmat, selagi itukah perbelanjaan terpaksa dikeluarkan untuk bahan api seperti petrol atau diesel. Jangan lupa, minyak hitam atau minyak silinder perlu ditukar setelah mencapai tahap-tahap dan masa perlu ditukar seperti juga kenderaan lain.

C. Bayaran untuk topup barang-barang di dalam ambulans itu sendiri. Isi di dalam tong oksigen perlu diganti jika digunakan. Apabila sampai masa, akan diisi. Barang di dalam Ambu Bag juga perlu diganti dan dibeli. Jika ada pihak farmasi atau hospital yang dapat bekalkan barangan ganti, kos dapat dijimatkan.

D. Tayar juga sampai masa perlu ditukar. Minyak gear juga ada. Bunga tayar tahan sampai bila jika asyik keluar tanpa henti kenderaan ini? Keadaan sama juga dengan kereta atau motorsikal serta kenderaan lain.

E. Bayaran lain-lain perkara lain diluar duga. Bila-bila masa ambulans boleh breakdown dan ianya memerlukan kos penyelenggaraan. Kos ini terpaksa ditanggung sendiri okeh pihak yang mengendalikan kenderaan ini. Nampak senang tetapi enjin 24 jam 7 hari seminggu jalan lama-lama akan jahanam.

4. Adalah perlu mendapatkan maklumat daripada pihak yang mengendalikan ambulans selain hospital kerana perbezaannya lain. Perbezaannya adalah seperti berikut;

A. Gaji pekerja ambulans dibayar oleh kerajaan manakala swasta dibayar syarikat atau berdasarkan trip perkhidmatan.

B. Kos penyelenggaraan ambulans hospital kerajaan akan ditanggung manakala pihak swasta ditanggung sendiri. Jika ada sumbangan, ianya agak bernasib baik.
Jika ada sebarangan penambahan info dari pihak yang mengendalikan ambulans, sila maklum kepada saya.

Ditulis pada 1 Ogos 2016, pukul 4.23 pagi.
Dimuatkan di laman sosial Facebook milik sendiri dan dikongsi oleh rakan yang lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...