Karma: Balasan Atau Kebetulan?


Bila bercakap berkenaan perkara ini, aku kerap berfikir. Adakah ianya balasan atau kebetulan?

Perkara ini kerap berlaku apabila hati terguris atau kecil hati dengan orang-orang tertentu dan perkara yang kerap terjadi adalah balasan berupa kemalangan. Memang mengerikan apabila fikir balik apabila melibatkan kemalangan. Dan syukurkan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Sebenarnya tidak mahu perkara ini berlaku tetapi mungkin ianya satu balasan kerana apa yang telah dibuat sebelum ini. Sebab itu aku sebenarnya tidak mahu fikir banyak tetapi disebabkan perkara-perkara yang menguris hati, kena pendam. Bila luahkan pula, tidak boleh pula nak terima hakikat yang aku tengah marah dan geram. Boleh pula kata aku tidak agak-agak nak tegur dan perlu tegur dengan baik? Eh, tegur dengan baik? Rasanya dah berapa kali dah aku tegur dan dah jemu asyik tegur je banyak kali.

Kalau tidak fikir balik kenapa perkara ini berlaku kepada dia, aku pun tak boleh nak buat apa. Mungkin kena lebih keras lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Mungkin lepas itu baru tahu cara nak jaga hati orang lain dengan baik. Harap tidak sampai terlalu keras balasan yang kena baru sedar, apa yang berlaku akan dapat balasan.

Hati orang kena jaga juga. Bukan orang lain saja nak kena jaga hati kita. Beringat-ingatlah selalu.

p/s: Dah banyak kali terasa hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...