Cakap Banyak Kali
Aku cukup pantang bila ada komen-komen yang merapu di mana-mana laman sosial di internet. Sudahlah merapu-rapu, sampai siap berkawad lagi dalam komen? Apa hal? Tak cukup lagi kawad di dunia nyata?
Menyampah juga bila tulis status mengada-ngada dan merapu dan disambut pula dengan komen-komen yang sengal atau bodoh. Belajar tinggi-tinggi sampai masuk universiti tetapi tidak boleh fikir ke mana yang bodoh dan mana yang cerdik?
Tidak kisahlah datangnya komen dari orang atasan atau sesiapa saja [pangkat tuan atau kapten atau komandan], sekiranya tidak dilayan komen macam tue, takkanlah sampai berderet-deret merapu sampai naik muak. Sudah ditegur sebelum ini tetapi masih lagi berlaku.
Sudah tahu perangai tuan kamu macam tue, makin dilayan makin gatal. Makin lama makin teruk. Kalau tidak layan tidak boleh ke? Naik menyampah pulak rasa. Asyik pertahankan tuan engkau saja. Sikit-sikit 'Ala, dia tuan saya. Dah tahu perangai macam tue. Biasalah tue.' Habis tue, yang engkau pergi layan tue buat apa? Tak meroyan tuan engkau kalau engkau tak layan melainkan tuan engkau jenis tidak reti nak ajar macam mana?
Agak sukar nak terangkan kepada orang yang jenis tidak reti nak agak bila orang marah atau bila orang tidak suka dan benci dengan kelakuan kita. Bila orang dah menyampah dengan kita nanti tahulah macam mana rasanya.
p/s: Cukup benci dengan orang tidak reti bahasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment