Ulang Tahun Ke-4





1. Hari ini genap ulang tahun ke-4 blog ini; 26 September 2008 - 26 September 2011.

2. Bermula dengan tiada apa-apa akhirnya tumbuh menjadi satu blog yang memuatkan kira-kira 346 post/nukilan yang di ambil dari sumber internet dan lain-lain.

3. Nukilan dari sumber-sumber yang baik, boleh dikongsi kepada pembaca terutama kejadian tanah runtuh, streaming kejadian gempa bumi/tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011, banjir dan bertugas semasa menjadi sukarelawan serta perkhemahan melibatkan peserta luar negara. Tidak terkecuali berkenaan Komunikasi Radio Amatur ( Komunikasi Kecemasan).

4. Bertugas melibatkan Pasukan Bantuan Sukarela di bawah badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia; mengambil banyak gambar semasa bertugas kerana mungkin boleh dijadikan panduan kepada orang lain. Bulan Sabit Merah bukan sekadar Bantuan Mula / Pertolongan Cemas sahaja namun apabila mula terlibat dengan serius dan mebuka minda, ianya lebih dari itu. Bantuan Operasi Menyelamat, Masak Berkelompok, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (Undang-undang Perang, Hague Law), Ambulans dan lain-lain yang tidak pernah terfikir oleh ahli-ahli di peringkat bangku sekolah.

5. Apabila menulis berkenaan Radio Amatur, ianya sesuatu yang menarik; bermula dari mendaftar untuk peperiksaan sehingga lulus peperiksaan dengan sekali ambil sahaja [sudah lama tinggal bab elektrik, elektronik dan fizik. Sekarang lebih kepada Biologi]. Mungkin selepas ini kena lebih serius, sekarang tidak berapa nak serius kerana ada komitmen kepada benda lain. SOP (Standard Operation Procedure) terutama apabila QSO (bercakap) masih tidak berapa mengikut aturan lagi. Masih berterabut apabila melibatkan ada rakan Ham lain mencelah dalam perbualan.

6. Berkenaan kecemasan dan Pertolongan Cemas, masih perlu belajar lagi dengan ahli-ahli yang lain; negeri-negeri lain di mana saja berada. Tidak boleh hanya tertumpu kepada satu negeri semata-mata kerana ada teknik-teknik yang berkesan, yang kita tidak tahu, mungkin ahli yang lain tahu. Seperkara lagi, apabila berjumpa atau bertugas dengan ahli yang lain, tidak boleh menganggap kita semua tahu dan melecehkan ahli yang lain dalam satu pasukan. Kerana kita tidak tahu, mungkin dia ada pengalaman yang lebih dari kita walau nampak macam masih muda dan baru dalam pasukan.

7. Jauh berjalan, luas pengalaman. Masih perlu berjalan melihat dunia dan menambah kenalan walau di mana jua berada. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin amin amin.

p/s: Selamat berkunjung ke blog ini walau tidak menarik dan seberapa. Semoga mendapat manfaat dari blog ini. Terima kasih semua di atas sokongan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...