Susah Nak Faham




Susah nak faham dan memberi orang lain faham apabila bidang pelajaran kita berbeza dengan adik-beradik yang lain dan adik-beradik lain taraf pengajian mereka tidaklah tinggi dan sudah bekerja serta tidak minat untuk belajar lebih tinggi.

Susah nak faham dan memberi orang lain faham apabila bidang pengajian yang kita ambil, yuran pengajian agak mahal berbanding yuran pengajian mereka tidak mahal dan masih berbaki lagi sampai boleh joli sakan. Siap boleh melancong ke negeri-negeri lain dan tempat-tempat peranginan lagi apabila cuti semester.

Susah nak faham dan memberi orang lain faham apabila subjek yang kita ambil dan belajar, boleh membuatkan kita rasa sangat tertekan dan lagi tertekan apabila bahasa pengantar, buku rujukan dalam bahasa Inggeris yang bukan bahasa pertuturan seharian. Tambah lagi berasal dari kampung dan bercakap bahasa daerah dan negeri.

Susah nak faham dan memberi orang lain faham apabila kita terpaksa mengikat perut, potong perbelanjaan seharian kerana duit banyak digunakan untuk membayar benda-benda lain dan orang lain ingat kita kedekut padahal nak keluar pun asyik terfikir jika wang itu boleh digunakan untuk perbelanjaan makan dan minum selama seminggu berbanding mereka joli untuk sehari.

Susah nak faham dan memberi orang lain faham apabila adik-beradik yang lain membandingkan kita dengan orang lain yang mengambil kursus yang memang boleh diikuti dan boleh nak jawab kertas peperiksaan dengan menutup kedua-dua belah mata. Senang nak target, pergi ke kelas pun hanya sekadar nak penuhkan ruang-ruang dan kotak-kotak kosong, tanda kehadiran ke kelas.

Susah nak bagi faham orang-orang sebegini sebab mereka bukan berada di tempat kita. Hanya tahu bercakap itu dan ini, begitu dan begini. Bila kita bercakap dan bersuara bukan tahu nak ambil peduli, mungkin lepas bagi penampar dan tumbukan ke muka baru nak dengar. Mungkin cara begitu berkesan buat mereka.

p/s: Mereka susah nak faham apa yang kita rasa sebab mereka tidak pernah tahu dan ambil peduli.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...