Santai Ke Pantai Cahaya Bulan (Banjir)


[Jalan dinaiki air di Wakaf Mek Zainab]

Sudah lama tidak keluar bersama rakan lama.. Tidak ada kesempatan melainkan masa yang terluang yang sedikit sebanyak dapat diluangkan bersama.. Berikut adalahgambar yang sempat diambil semasa santai bersama rakan-rakan (tiga orang je ketika ini) yang pada mulanya bercadang untuk bermain boling tetapi memandangkan 'lane' penuh di KB Mall ( salah satu kompleks membeli-belah yang terdapat di Kelantan), kami bercadang ke Pantai Cahaya Bulan..



[Sungai dilimpahi air]

Tidak dapat melalui jalan biasa ke sana kerana jalan menghala ke sana telah ditenggelami air ( sekitar Kg Paya Budu dan Kg Cina), maka kami melalui jalan alternatif lain iaitu melalui sebelah Kem Pengkalan Chepa yang akan tembus ke sebelah Balai Polis Badang dan terus ke destinasi..


[Papan tanda yang terdapat di pesisir Pantai Cahaya Bulan]

Cuaca tidaklah seteruk yang disangkakan kerana hanya jalan menghala ke pantai dari Kota Bharu sahaja yang dinaiki air.. Keadaan di pantai, cerah seperti biasa..


[Air botol berperisa Sarsi]

Masih ingat air oren dan sarsi dalam botol ini? Bagi sesiapa yang masih ingat, air ini adalah antara air berkarbonat yang paling murah dan rasanya setanding dengan air berkarbonat keluaran syarikat besar dan berjenama yang lain.. Harga pun leih murah, lebih kurang RM0.50 sehingga RM1.00 bagi satu botol..


[Bebola ikan, sotong dan lain-lain lagi]

Bebola ikan, sotong dan lain-lain lagi terdapat di pantai yang kami makan untuk mengalas perut selepas makan di Noodle Station di KB Mall.. Menyelerakan juga.. Rezeki pengusaha makanan sebegini apabila pengunjung datang mengunjungi pantai..


p/s: Cuaca kadang-kala tidak dapat diramalkan.. Sekejap hujan dan sekejap cerah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...