Better Cure Than Sorry
Kita sering menuding jari apabila kemalangan berlaku..
Salah sini dan salah sana..Adakah kita telah mengambil
anisiatif untuk menghindarkannya? Atau sekadar pandai
bercakap dan mengeluarkan hujah-hujah yang tidak boleh
dipakai atau diterima dalam konteks keselamatan..
Nyawa lebih berharga kerana nyawa hanya dapat sekali
saja, bukan seperti kartun atau permainan video yang
boleh 'replay' atau 'restart' semula jika watak utama
mati atau lebih sopan, meninggal dunia..
Pernahkah kita berfikir kenapa keselamatan itu penting?
Pernahkah kita berfikir bagaimana pencegahan itu merupakan
salah satu tujuan untuk kebaikan? Bukan menuding jari kepada
sesiapa tetapi ianya bermula dengan diri kita sendiri..Bermula
dari kanak-kanak sekolah sehinggalah warga penduduk yang
telah dewasa dan juga warga yang telah lama menikmati hidup
ini..mungkin pada pendapat pembaca,penulis sengaja untuk
membangkitkan isu sesetengah penulis yang lain tetapi pernahkah
pembaca memikirkan kenapa isu itu dibangkitkan?
Tepuk dada tanya hati..Mungkin isu ini ada yang dibangkang
tetapi bangkang tidak guna juga kerana sikap sedemikian hanya
merugikan diri sendiri..Hanya mereka yang dikurniakan akal fikiran
yang waras dapat memikirkan sesuatu yang dapat mendatangkan
kebaikan kepada diri serta orang sekeliling..
Peringatan buat diri sendiri juga, agar dapat memberi peringatan
dan tunjuk ajar kepada sesiapa yang boleh berfikir secara waras
tanpa memberi komen yang tidak membina..Wassalam..
[Tidak guna pandai bercakap sahaja]
Edisi asal dari: http://asakelate.ning.com/profiles/blogs/better-cure-than-sorry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wei lop.takotnyo!
hehe..better cure than sorry las nisrin dio..
[kui kui kui]
Post a Comment