Kisah 4 Lilin



Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.


Lilin Pertama berkata: “Alu adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku matikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.


Lilin Kedua berkata: “Aku adalah Iman, saying aku tidak berguna lagi. Manusia tak mahu mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala”. Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.


Dengan sedih Lilin Ketiga bicara: “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya”. Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.


Tanpa terduga, seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, dia berkata: Apa yang terjadi? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu dia menangis tersedu-sedu.


Lalu dengan terharunya Lilin Keempat berkata: “Jangan takut, jangan menangis. Selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya. Aku adalah Harapan”. Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali lilin yang lainnya.



p/s: Antara 4 lilin itu,ada lilin yang paling berguna dan paling mustahak di saat akhir..

Ais Krim


[Tong ais krim]



[Roti ais krim]


[ini pakcik ais krim..Adakah beliau keturunan kemboja?]


[cup ais krim]

Jalan-jalan ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk membeli buah jambu sebanyak 18kg.. Ketika nak balik, sempat beli ais krim dari seorang pakcik yang menjual ais krim dengan troli.. Troli? Ya troli..

Troli yang ditolak yang berisi bekas ais krim di tengah.. Lebih senang dipanggil tong ais krim.. Harganya agak berpatutan iaitu RM1 satu cup dan harga masih sama dengan ais krim yang diletakkan dalam roti bantal(?)..

p/s: Harga masih berpatutan berbanding di tempat lain.

Duit Conteng


[Wang yang terdapat di cermin hadang stesen minyak. Koyak dan diconteng oleh tangan nakal]

Duit conteng atau koyak tidak boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan.. Ini akan menyebabkan penjual mengalami kerugian kerana ianya tidak dapat digunakan untuk urusan jual dan beli. Amat malang lagi kerana pengguna tidak dapat mebezakan mana yang baik dan mana yng buruk atas sikap 'nakal' dan tidak bertemadun mereka ini.

Nasihat kepada ibu bapa yang sekiranya ada anak-anak mereka yang suka menyonteng wang kertas berbanding kertas, silalah beli buku-buku untuk diconteng oleh anak-anak mereka. Tidak lupa kepada remaja, silalah bertemadun sedikit. Pantang nak 'tackle' orang, mula la letak nama dekat wang la ya?


[Wang yang tertera nama 'ERNA']

p/s: Wang berkenaan tidak lau untuk urusan jual-beli.

Better Cure Than Sorry









Kita sering menuding jari apabila kemalangan berlaku..
Salah sini dan salah sana..Adakah kita telah mengambil
anisiatif untuk menghindarkannya? Atau sekadar pandai
bercakap dan mengeluarkan hujah-hujah yang tidak boleh
dipakai atau diterima dalam konteks keselamatan..

Nyawa lebih berharga kerana nyawa hanya dapat sekali
saja, bukan seperti kartun atau permainan video yang
boleh 'replay' atau 'restart' semula jika watak utama
mati atau lebih sopan, meninggal dunia..

Pernahkah kita berfikir kenapa keselamatan itu penting?
Pernahkah kita berfikir bagaimana pencegahan itu merupakan
salah satu tujuan untuk kebaikan? Bukan menuding jari kepada
sesiapa tetapi ianya bermula dengan diri kita sendiri..Bermula
dari kanak-kanak sekolah sehinggalah warga penduduk yang
telah dewasa dan juga warga yang telah lama menikmati hidup
ini..mungkin pada pendapat pembaca,penulis sengaja untuk
membangkitkan isu sesetengah penulis yang lain tetapi pernahkah
pembaca memikirkan kenapa isu itu dibangkitkan?

Tepuk dada tanya hati..Mungkin isu ini ada yang dibangkang
tetapi bangkang tidak guna juga kerana sikap sedemikian hanya
merugikan diri sendiri..Hanya mereka yang dikurniakan akal fikiran
yang waras dapat memikirkan sesuatu yang dapat mendatangkan
kebaikan kepada diri serta orang sekeliling..

Peringatan buat diri sendiri juga, agar dapat memberi peringatan
dan tunjuk ajar kepada sesiapa yang boleh berfikir secara waras
tanpa memberi komen yang tidak membina..Wassalam..





[Tidak guna pandai bercakap sahaja]

Edisi asal dari: http://asakelate.ning.com/profiles/blogs/better-cure-than-sorry

Hubungan Antara Kelantan Dan Jawa


[Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan]


[Adakah ini Keris Majapahit?]

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Mereka ini merupakan sebahagian daripada 7 orang Wali bersaudara yang telah belayar ke Nusantara untuk tujuan dakwah. Pada masa itu Kelantan telah pun menerima Islam lebih awal daripada pedagang-pedagang Arab yang belayar ke China untuk berdagang. Batu bersurat Terengganu merupakan bukti yang nyata lagi kukuh tentang kedatangan Islam yang lebih awal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama 'Jeddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata. Kini kawasan ini lebih dikenali dengan nama Danau Tok Uban. Kota tersebut telah tenggelam ke dalam bumi dan kawasan itu telah dibanjiri dengan tasik yang luas sekali sehingga berombak apabila angin kencang bertiup.

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat Putri Jauhar (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.

Pada awal abad ke-15 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.

Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.

Melalui firasat Saiyid Thana'uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri, Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara. Saiyid Thana'uddin telah memilih untuk bertapa di puncak Bukit Panau di Tanah Merah, Kelantan. Beliau wafat di sana dan kuburnya masih ada di sana tetapi batu nesan telah dibuang kerana menjadi tempat orang Siam dan Cina memuja nombor ekor.

Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.

Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.

Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.

Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.

Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.

Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.

Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.

Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan 'rahmat' apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.

Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.

Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.

Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).

Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.

Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.
Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.

Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan 'Wali Songo' manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.

p/s: Kita bersaudara sesama Islam dan makhluk Allah..

Benefits of Honey From Islamic Point oF View





The honey bee exhibits a combination of individual traits and social co-operation which is unparalleled in the animal kingdom. A glimpse into the nest makes it apparent why honey bees have fascinated us from the earliest days of scientific observations. The infrastructure of the nest, the perfectly uniform and functional comb, is composed of beeswax and is constructed into a repeating series of almost perfect hexagonal cells.


At the individual level, honey bees have not one but three types of colony members: queens, drones and workers, each with their own specialisations and place in honey bee society. The queen reigns over the nest, surrounded by attendants and fed the rich food she requires to perform her few but crucial tasks in the colony. The queen produces powerful pheromones, chemical signals to recipient workers which control many of their behaviours and provide part of the 'social glue' which holds honey bee life together. A highly organised social structure exists within the colony and elaborate 'dances' are used to communicate the location of food sources.

The products of the hive are important to the modern agricultural system. Not only do honey bees provide us with honey, wax, propolis, royal jelly and pollen but they also pollinate a good portion of our crops, including such diverse agricultural plants as fruit trees, oilseeds, small berries and forage crops.

Honey is a remarkable viscous liquid, prepared by the bees from the nectars of various plants. It has occupied a prominent place in traditional medicines throughout world history. The ancient Egyptians, Assyrians, Chinese, Greeks and Romans employed honey for wounds and diseases of the gut. When the Children of Israel were in Egypt or journeying through the desert, their promised goal was a 'land flowing with milk and honey'.

Both the holy Qur'an and Hadith refer to honey as a healer of disease.

'And thy Lord taught the bee to build its cells in hills, on trees and in (men's) habitations..... there issues from within their bodies a drink of varying colours, wherein is healing for mankind. Verily in this is a Sign for those who give thought'.
(Translation of Quran 16:68-69)

In addition, the Prophet (PBUH) said:

'Honey is a remedy for every illness and the Qur'an is a remedy for all illness of the mind, therefore I recommend to you both remedies, the Qur'an and honey.'
(Bukhari)

The reader may be surprised to learn that the above quotation from the Qur'an is mentioned in a well known encyclopedia on honey (reference 3).

In recent years, scientific support is beginning to emerge confirming the beneficial effects of honey on certain medical and surgical conditions. These effects may be summarised as follows:

Antibacterial and antifungal properties

These properties of honey are well established. Undiluted honey inhibits the growth of bacteria such as Staphylococcus aureus, certain gut pathogens and fungi such as Candida albicans. At a concentration of 30-50%, honey has been shown to be superior to certain conventional antibiotics in treating urinary tract infections. The exact mechanism of the anti-microbial effect of honey remains obscure. Low pH, osmotic disruption of pathogens and the
presence of bactericidal substances, collectively called inhibine may all play a part.

Anti-diarrhoeal properties

At a concentration of 40%, honey has a bactericidal effect on various gut bacteria known to cause diarrhoea and dysentery such as Salmonella, Shigella, enteropathogenic E. coli and Vibrio cholera. In one study, honey given with oral rehydration fluid was shown to reduce the duration of bacterial diarrhoea in infants and children.

Wound-healing and anti-inflammatory properties

Honey is of value in treating burns, infected surgical wounds and decubitus ulcers. Honey is very viscous, enabling it to absorb water from surrounding inflamed tissue. For example, a study in West Africa showed that skin grafting, surgical debridement and even amputation were avoided when local application of honey to wound promoted healing, whereas conventional treatment failed.

In another study, wound healing was accelerated by application of honey in women who had undergone radical vulvectomy for vulval cancer. Also, it has been suggested that honey may be useful in the treatment of chronic, foul smelling ulcers seen in leprosy.
Anti-tussive and expectorant properties

These anti-cough properties of honey are related to its capacity to dilute bronchial secretions and improve the function of the bronchial epithelium.

Nutritional properties

Uncontaminated honey is a healthy, easily digestible, natural and energy rich food. It contains carbohydrates, proteins, lipids, enzymes and vitamins. One tablespoon of honey provides 60 calories and contains 11g of carbohydrates, 1mg of calcium, 0.2mg of iron, 0.lmg of vitamin B and 1mg of vitamin C.

Honey is widely available in most communities but its medical potential remains grossly underutilised. Its mode of action remains incompletely understood and the healing properties of honey in other clinical and laboratory situations requires further evaluation. The miraculous beneficial properties of honey, so beautifully ex-pressed in the holy Qur'an and Sunnah 14 centuries ago expose the reluctance of modern science to accept and exploit this 'traditional remedy'.

Selected References:

1. Ali A.T.M.M. (1989) The Pharmacological Characterization and the Scientific Basis of the Hidden Miracles of Honey; Saudi Medical Journal 10(3):177-179
2. Zumla A. and Lulat A. (1989) Honey- a remedy rediscovered; J Royal Soc Med 82:384-385
3. Crane E. (1975) Honey: a comprehensive survey;London, Heineman
4. Winston M.L. (1987) The Biology of the Honey Bee;London, Harvard University Press

Source: http://www.facebook.com/note.php?note_id=133220616273&id=69158688121&ref=mf

Bahtera Nabi Nuh


[kartun]


[Kesan tinggalan bahtera yang terdampar]


Segala yang ingin ku ketahui dapat ku pelajari dari bahtera Nabi Nuh!

1. Jangan sekali-kali ketinggalan kapal.

2. Ingatlah bahawa kita semua berada di dalam bahtera yang sama.

3. Rancang ke hadapan. Semasa Nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba musim hujan lagi.

4. Kekal sihat. Anda mungkin diminta untuk melakukan sesuatu yang besar semasa usia anda 60 tahun.

5. Ketepikan segala kritikan. Teruskan kerja yang perlu diselesaikan.

6. Tegakkan asas masa depan anda di dataran yang tinggi.

7. Demi keselamatan semua, bergeraklah secara berpasangan.

8. Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah siput dan Cheetah juga berada dalam bahtera yang sama.

9. Jika anda rasa tertekan, lupakan masalah itu seketika.

10. Ingatlah bahawa, bahtera tersebut dibina oleh para amatur, Titanic pula dibina oleh para profesional.

11. Tidak kira betapa kuat ribut yang melanda, apabila anda bersama-sama Allah SWT, kebahagiaan sentiasa menanti anda di hadapan.


p/s: Dapat pengajaran kan?

Nikmatnya Ilmu Pengetahuan




{Dan, Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah itu sangat besar.}
(QS. An-Nisa': 113)

Kebodohan merupakan tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan dan membusuknya umur.

{Sesungguhnya, Aku mengingatkan kepadamu supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.}
(QS. Hud: 46)

Sebaliknya, ilmu adalab cahaya bagi hati nurani, kehidupan bagi ruh dan bahan bakar bagi tabiat.

{Dan, apakah orang yang mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di
tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada
dalam gelap gulita yang berkali-kali tidak dapat keluar daripadanya?}
(QS. Al-An'am: 122)

Kebahagian, kedamaian, dan ketentraman hati senantiasa berawal dari ilmu pengetahuan. Itu terjadi karena ilmu mampu menembus yang samar, menemukan sesuatu yang hilang, dan menyingkap yang tersembunyi. Selain itu, naluri dari jiwa manusia itu adalah selalu ingin mengetahui habhal yang baru dan ingin mengungkap sesuatu yang menarik.
Kebodohan itu sangat membosankan dan menyedihkan. Pasalnya, ia tidak pernah memunculkan hal baru yang lebih menarik dan segar, yang kemarin seperti hari ini, dan yang hari ini pun akan sama dengan yang akan terjadi esok hari. Bila Anda ingin senantiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaat, niscaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan sirna.

{Dan, katakanlah: "Ya Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."}
(QS. Thaha: 114)

{Bacalah dengan noma Rabb-mu Yang menciptakan.}
(QS. Al-'Alaq: 1)

"Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan
pandaikan ia dalam agama." (Al-Hadits)

Janganlah seseorang sombong dengan harta atau kedudukannya, kalau memang ia tak memiliki ilmu sedikit pun. Sebab, kehidupannya tidak akan sempurna.

{Adakah orang yang mengetahui bahvuasanya apa yang diturunkan kepadamu
itu benar sama dengan orang yang buta.}
(QS. Ar-Ra'd: 19)

Az-Zamakhsyari, dalam sebuah syairnya berkata:
Malam-malamku untuk merajut ilmu yang bisa dipetik,
menjauhi wanita elok dan harumnya leher
Aku mondar-mandir untuk menyelesaikan masalah sulit,
lebih menggoda dan manis dari berkepit betis nan panjang
Bunyi penaku yang metiari di atas kertas-kertas,
lebih manis daripada berada di belaian wanita dan kekasih
Bagiku lebih indah melemparkan pasir ke atas kertas
daripada gadis-gadis yang menabuh dentum rebana
Hai orang yang berusaha mencapai kedudukanku lewat angannya,
sungguh jauh jarak antara orang yang diam dan yang lain, naik
Apakah aku yang tidak tidur selama dua purnama dan engkau
tidur nyenyak, setelah itu engkau ingin menyamai derajatku
Alangkah mulianya ilmu pengetahuan. Alangkah gembiranya jiwa
seseorang yang menguasainya. Alangkah segarnya dada orang yang penuh
dengannya, dan alangkah leganya perasaan orang yang menguasainya.

{Maka, apakah orang yang berpegang teguh pada keterangan yang datang dari
Rabb-nya sama dengan orang yang (setan) menjadikan dia memandang baik
perbuatannya yang buruk dan mengikuti hawa nafsunya?}
(QS. Muhammad: 14)

Sumber: Jangan Bersedih

p/s: Allah tidak akan mengubh nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mwngubahnya.

Apa Perlunya Pembedahan Mayat?



Oleh Inche Hassan Ahmad

(Fakulti Kedoktoran, Universiti Diponegoro)


Pembedahan mayat atau autopsi adalah suatu tindakan yang dijalankan di rumah sakit (hospital) untuk tujuan penyelidikan dan ini penting sekali untuk menegakkan keadilan dan juga untuk perubatan di dalam kehidupan kita sehari-hari.


Bagi orang yang kurang mengetahui tujuan murni autopsi, mereka berpendapat perkara ini sangat tidak wajar dijalankan apalagi kalau pembedahan itu dilakukan terhadap satu jasad yang sudah mati.

Pembedahan mayat terlalu sering mendapat tentangan daripada kaum keluarga si mati khasnya dan tidak kurang pula hebatnya tentangan daripada masyarakat kita umumnya.


Dalam memperbincangkan hal ini perlu sekali kita tinjau dari beberapa aspek apakah pembedahan mayat atau autopsi itu perlu dilaksanakan atau tidak dan mengapakah perkara ini mendapat tentangan yang begitu hebat dari masyarakat kita.


Masyarakat agak keberatan untuk menyetujui pembedahan mayat kerana antara lainnya terletak pada peraturan-peraturan agama, kepercayaan dn sebagainya. Misalnya, seseorang yang mati itu harus dikebumikan dengan cepat dan tidak boleh ditangguhkan sampai beberapa hari. Biasanya juga waris si mati tidak menyetujui autopsi atas alasan tidak sampai hati melihat mayat dibedah.


Mungkin waris si mati menganggap dalam autopsi semua organ-organ dalam badan seperti jantung, hati, peru-paru dan limpa diambil keluar. Ini anggapan yang salah kerana para doktor yang menjalankan autopsi tidak mempunyai hak mutlak untuk melakukan sesuatu sesuka hatinya apa lagi kalau tidak mendapat prsetujuan daripada ahli waris.


Di bidang ilmu kedoktoran, autopsi ini terdapat dalam bidang kedoktoran kehakiman atau forensic medicine. Bidang ilmu ini adalah khusus diikat oleh peraturan-peraturan dan undang-undang yang khusus pula. Jadi dalam menjalankan tugasnya, seseorang doktor itu tidak boleh melakukan sesuatu sewenang-wenangnya.

Autopsi atau pembedahan mayat tadi mempunyai tujuan-tujuan khusus dan pada dasarnya terdapat dua macam autopsi; pertama kita kenal dengan istilah autopsy medico legal dan keduanya ialah autopsy clinic. Kedua-duanya ini saling bantu membantu dan saling penting.


Autopsy medico legal adalah tindakan membedah mayat untuk tujuan-tujuan kehakiman dan keadilan masyarakat yang sangat perlu untuk menegakkan The Rule of Law dalam kehidupan kita sehari-hari. Pendeknya autopsy medical legal khusus dilakukan untuk kepentingan hukum. Autopsi ini hanya dijalankan untuk mengesan sesuatu perkara kejahatan atau pelanggaran atas permintaan pihak polis, kerana ada korban yang diduga pada mulanya sebagai korban bunuh diri, tetapi setelah dilakukan autopsi ternyata korban itu adalah korban pembunuhan yang kejam. Kadang-kadang sebaliknya juga sering terjadi. Sering kita mendengar khabar bahawa seseorang itu mati dalam keadaan tegantung dan sebagainya, secara sepintas lalu kita tentu membuat kesimpulan bahawa orang itu mati kerana bunuh diri.


Tetapi setelah dilakukan autopsy medico legal ternyata si korban tadi telah dibunuh terlebih dahulu sebelum digantung untuk mengaburi mata masyarakat. Kalau ternyata si korban telah dibunuh maka pihak polis akan berusaha mencari jejak pembunuh tadi. Jadi autopsy medico legal tadi sangat menolong kita dalam mencari keadilan sosial.


Pada kejadian lain, seorang yang kaya telah meninggal dunia. Walaupun kematiannya tidak secara mendadak tetapi setelah dilakukan autopsi tenyata dia mati kerana diracun. Pembunuhan secara halus ini kerana merebut harta pusaka.


Demikian pula ada orang meninggal dalam perkelahian dan setelah dijalankan autopsi ternyata orang itu mati bukan kerana perkelahian itu tadi, tetapi secara kebetulan si mati itu memang sudah lama menderita suatu penyakit yang dapat menimbulkan kematian mendadak.


Pemeriksaan mayat dari luar tidak memadai dan kita tidak dapat membuat kesimpulan yang tepat dan pasti, kalau tidak diperiksa itu dari dalam. Penemuan-penemuan pada autopsi tentunya menentukan nasib seseorang yang terdakwa yang berkaitan dalam perkara tersebut. Mungkin kerananya, ia akan dihukum berat atau ringan atau dibebaskan sama sekali.


Dalam satu kejadian seorang lelaki dipukul perutnya dan dia mati. Setelah diadakan autopsi, ternyata orang tersebut limpanya membesar kerana malaria dan limpanya robek akibat pukulan tadi. Andaikata limpa orang tadi normal dia tidak akan mati kerana pukulan tadi. Jadi hukuman kepada si terdakwa tentunya agak ringan.

Pada satu peristiwa lain seorang lelaki dilanggar kereta dan dia meninggal, tetapi setelah diautopsi ternyata dia meninggal bukan kerana pelanggaran tadi tetapi kerana dia mendapat serangan jantung ketika itu. Penemuan ini tentunya meringankan hukuman kepada orang yang melanggar.


Di sini jelaslah betapa pentingnya autopsy medico legal, sebagai satu tindakan yang dapat menolong pihak berkuasa menegakkan keadilan.


Autopsi yang sejenis lagi adalah autopsy clinic dan autopsi ini tidak kurang pentingnya dan ini secara langsung bermanfaat kepada keluarga si mati dan masyarakat sekeliling.


Yang penting dalam autopsi ini adalah mencari penyakit apa sahaja yang terdapat pada mayat inut dan apakah yang menyebabkan kematian. Dalam hal ini masyarakat menentang kerana autopsi ini dianggap sebagai bertujuan ilmiah atau penyelidikan semata-mata dan tidak ada faedahnya kepada waris.


Dalam satu kejadian lagi ada seorang meninggal kerana sakit kuat. Tapi setelah diadakan autopsi klinik ternyata penyakit tadi merupakan penyakit menular yang sangat bahaya. Anggota keluarga semuanya diperiksa dan yang sudah kena penyakit diubati dan yang belum harus dikebalkan terhadap penyakit itu. Jadi autopsi ini dapat menyelamatkan banyak nyawa dan di setengah-setengah negara 50% dari penyakit di rumah sakit diautopsi.

Ada orang mati disebabkan satu penyakit. Setelah diperiksa ternyata penyakit itu adalah penyakit turun-temurun yang sama, yang ada pada anggota keluarga lainnya. Memandangkan tentang bahaya penyakit tersebut, anggota keluarga tadi diberi nasihat mengenai cara hidup dan pengubatan sehingga merka dapat terhindar dari bahaya maut yang mengugat jiwa mereka.


Walaubagaimanapun tidak semua orang yang mati itu dibedah. Untuk melakukan pembedahan biasanya diminta izin daripada pihak warisnya terlebih dahulu. Dalam autopsi tidak semua bahagian dari dalam tubuh dikeluarkan tetapi hanya diambil sebahagian kecil yang berupa hirisan yang cukup untuk diperiksa di bawah mikroskop atau dengan alat-alat lain. Dan kalau pihak waris tidak menyetujui autopsi, maka hanya partial autopsy (autopsi sebahagian) sahaja dilakukan.


Dengan keterangan di atas jelaslah betapa pentingnya autopsy medico legal dan autopsy clinic untuk keadilan dan kebahagian kita sekalian. Dan di bidang kedoktoran, autopsi berdiri sendiri dan ada hukum-hukum tersendiri pula. Jadi tidak perlu kita bimbang atas perkara ini kerana orang-orang yang dapat melakukan autopsi adalah orang-orang yang dapat dipertanggungjawabkan.


Sumber: Majalah Dian Bil 166, September 2006, m/s 49-50

(-Artikel ini telah disiarkan dalam Majalah Dian Edisi Jawi Bil 48, tahun 1972. )


p/s: Yang paling ditakuti bukanlah mayat atau hantu tetapi manusia yang lebih daripada hantu perangainya.. Minta dijauhkan.. Amin..

Santai Ke Pantai Cahaya Bulan (Banjir)


[Jalan dinaiki air di Wakaf Mek Zainab]

Sudah lama tidak keluar bersama rakan lama.. Tidak ada kesempatan melainkan masa yang terluang yang sedikit sebanyak dapat diluangkan bersama.. Berikut adalahgambar yang sempat diambil semasa santai bersama rakan-rakan (tiga orang je ketika ini) yang pada mulanya bercadang untuk bermain boling tetapi memandangkan 'lane' penuh di KB Mall ( salah satu kompleks membeli-belah yang terdapat di Kelantan), kami bercadang ke Pantai Cahaya Bulan..



[Sungai dilimpahi air]

Tidak dapat melalui jalan biasa ke sana kerana jalan menghala ke sana telah ditenggelami air ( sekitar Kg Paya Budu dan Kg Cina), maka kami melalui jalan alternatif lain iaitu melalui sebelah Kem Pengkalan Chepa yang akan tembus ke sebelah Balai Polis Badang dan terus ke destinasi..


[Papan tanda yang terdapat di pesisir Pantai Cahaya Bulan]

Cuaca tidaklah seteruk yang disangkakan kerana hanya jalan menghala ke pantai dari Kota Bharu sahaja yang dinaiki air.. Keadaan di pantai, cerah seperti biasa..


[Air botol berperisa Sarsi]

Masih ingat air oren dan sarsi dalam botol ini? Bagi sesiapa yang masih ingat, air ini adalah antara air berkarbonat yang paling murah dan rasanya setanding dengan air berkarbonat keluaran syarikat besar dan berjenama yang lain.. Harga pun leih murah, lebih kurang RM0.50 sehingga RM1.00 bagi satu botol..


[Bebola ikan, sotong dan lain-lain lagi]

Bebola ikan, sotong dan lain-lain lagi terdapat di pantai yang kami makan untuk mengalas perut selepas makan di Noodle Station di KB Mall.. Menyelerakan juga.. Rezeki pengusaha makanan sebegini apabila pengunjung datang mengunjungi pantai..


p/s: Cuaca kadang-kala tidak dapat diramalkan.. Sekejap hujan dan sekejap cerah..

Soldiers of Allah - 1924




Soldiers of Allah - 1924

 

The truth about the state

It wasn't always like this

Let us look back in time

History reminds us

One army

One land

 

 

One central authority

Crushing the romans

persians put in fear

The Ummah like a Lion

No need to shed a tear

 

 

When the village was attacked by the kufar

The Khalife heard

The sister cry &

Prepared for war

Attacking the city

 

 

Destroying it

from existence

Lesson # 1

Don't ever

Mess with Muslims

 

 

The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him

Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???

In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated  the crusade war has ended 

In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi

Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria

he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here  

How did they do this

to you and me

We turn on the TV

and all we see

is a world full of casualties

a generation in agony

our Ummah is in misery

let us go back

to beginning of the century

and review our history

 

 

from one side

to the other side of the globe

the system of Islam

Ruled over the world

They went to the Muslims

for the all their solutions

from mathematics to biology

to the advancements in technology

 

 

the kafir women

use to imitate our women

they wanted the same respect

that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam

were trying to twist the Quran

trying to write a Surah like Allah s they all failed miserably

& many of them responded with Ashhadu -an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah

Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran

And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it

The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning

and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the throne of almighty Allah (SWT)

 

 

After failing on the battlefield

they kufar got together

and they decided to yield

they said we must change

the way the Muslims think

and sure enough

 

 

the Muslim Ummah

began to sink

In 1917 john belford

promised Palestine

to the jews 31 years later

his promise went through

 

 

brittan and france

split the Muslim lands

3 years later

Islam worst traitor

mustafa kamal

Brought the states fall

 

 

In 1920 s mustafah kammal with the help of the british becomes the hero

Hmm  well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings

The khilafah!!! 

he abandon all the rulings of Allah  he did not stop there .

He banded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab

All Islamic calendars and holidays were canceled

Yes brothers and sisters 

he changes the Arabic alphabet to Latin

By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots

as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded

This Islamic system sent by the Creator of alameen went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkeyIn 1924

Our state was demolished

Hundred years of planning And their plans were accomplished

Kafirs broke our bond

Contaminated our knowledge

Better listen up

because you won't learn this in college

Beginning of the end

and the divisions began

Step by step

they divided our lands

in 1921 saudi arabia & iran next year egypt &

In 32 iraq

In 1945

jordan indonesia

Lebonen & syria

Two years later

The division of India

the Muslims took a stand

and demanded

the ruling of Islam

so they gave them pakistan

but it was only an illusion a false resolution

far from the solution

In 1948 The Jews establish their

israeli state

 

 

In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:

I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I will not allow any carving up while we are alive!!!!!

 

 

In 1960's

somolia & nigaria

kuwait & algeria

In 1964 Came the PLO

yasar arafat

The us scarecrow

a great declined

In 1969

When the west was training Muslims scholars for hire

Jews were setting

Al-Aqsa mosque on fire!

Let us recall 1970

For those who don't remember

That was the year

That we had black September

The king of jorden

& yaser arafat

Began their plot

Shot after shot

Muslim blood spilled

As innocent Muslims were killed

Communism attacked

but Muslims fought back

 

 

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians

and then They started to fight among themselves

Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity

But his promise never went through soon after iran and iraq went to war

And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims

Over what!!!??? What else !!! the agenda of the west!!!  at the end there were no resolution

Today iran is very much open to democracy and reformation

and the Muslims in iraq continue to suffer .

SubhanAllah! . where is the Amir of the Ummah??!!!! ..

 

 

Another decade gone

But we still don't have Islam

Take a look at the gulf

And the killings of sadam

Over million Muslims died

But no one answered their cries

In the 1990's

The Muslim genocide

Bosnia

Kosovo

Chechenya

Dagistan

 

 

Bring back Islam!

Bring back Islam!

Bring back Islam!

Bring back Islam!

 

 

It s year 2000

And nothing has changed

Past generation has aged

Let us write the next page

It s time for us to change

It s up to you & me

Either we make history

or we become history


p/s: the Truth? Masya Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...