Perhimpunan Patriotik Pemimpin Pelajar Peringkat Kebangsaan 2002


Pada tahun 2002,aku dan 4 lagi pelajar dari SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan telah terpilih mewakili sekolah tersebut dan negeri ke Johor lebih kurang seminggu. Aku, Saifuddin, Zahara, Afifi dan Norli antara yang terpilih. Semua peserta dikehendaki berkumpul berhampiran Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan pada pukul 7 malam kerana ada sedikit taklimat dan barangan sepanjang program itu berlangsung. Kami bertolak dengan menaiki bas bersama-sama peserta seluruh negeri selama 12 jam dari Kota Bharu ke Johor Bahru.

Bertempat di Stadium Perbadanan, Johor Bahru, para peserta di pecahkan mengikut daerah yang terdapat di sana. Aku pula ke Batu Pahat di mana terdapatnya batu yang dipahat menjadi sebuah telaga. Telaga itu terletak di hadapan Balai Polis Minyak Beku, tidak jauh dari pinggir laut.


[Telaga Batu Pahat..Belakang tu laut]

Program utama adalah penghayatan bulan kemerdekaan Malaysia di mana mengenangkan jasa dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Aku dan peserta yang ke Batu Pahat turut melawat Parit Sulong, Adtec, KuITTHO (Sekarang UTHM), SMK Munsyi Sulaiman dan tidak lupa juga Dataran Batu Pahat semasa berada di Batu Pahat. Kami ditempatkan di Hotel Pelikan sepanjang berada di Batu Pahat. Kami uga tidak lupa turut naik ke Gunung Banang.

Tidak lama selepas itu, kami semua bergerak bersama-sama peserta dari daerah lain ke Hotel New York dan bermalam di sana. Di Johor Bahru, kami makan malam di rumah Menteri Besar Johor ketika itu (maaf,aku tidak ingat nama beliau) bersama-sama pemimpin negeri yang lain. Ada sedikit ceramah berkaitan kemerdekaan di SMK (P) Temenggung Ibrahim, berhampiran SMT Johor Bahru.


[makan malam]

Pada hari terakhir kami berada di Johor, kami bekumpul di Stadium Perbadanan sekali lagi kerana ini adalah termasuk dalam program yang kami perlu ikuti. Persembahan teater muzikal (pentomen) dan pancaragam dari Sekolah Tengku Kurshiah turut diadakan. Apa pun, itu adalah apa yang aku dapat ingati kerana ianya dah lama, 7 tahun lepas.

p/s: Kuda Kepang dan Zapin..Kenangan di Johor, kenangan manis..

2 comments:

Dhani said...

salam. dijemput datang menonton GADOH di USM pada 8.8.09 nanti. ajak kawan-kawan skali ok. :)

tengok flyers kat sini: http://2.bp.blogspot.com/_VNg9zxVOC4E/Sl8h_B3gqYI/AAAAAAAAAx4/jiw9JqBVZwU/s1600-h/gadoh_at_kb.jpg

airmien said...

Waalaikumussalam..alamak,tak dapat datang la sebab duduk luar kelantan..anyway,thanks for the info ya..

[cadang nak pergi jugak kalau boleh]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...