Konvoi Tabung Kemanusiaan Palestin 2009


[Taklimat kepada semua perserta]


[Kami]


[Berhenti parking di Open University/Universitu Malaya Kampus Kota]


[Polis Traffik]


[Setiba di kolej]



Pada 27hb Jun lepas, aku telah mengikuti satu konvoi sempena Tabung Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan oleh salah satu kelab di tempat aku belajar. Sepanjang konvoi ini, kami diiringi oleh anggota Polis Traffik bermula dari Shah Alam sehingga ke Kuala Lumpur di mana lokasi telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Bermula lebih kurang pukul 10 pagi, kami bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan. Rombongan mengikut bas yang bergerak di hadapan manakala bagi yang membawa kenderaan, mengikut di belakang. Tiba di salah satu selekoh berhampiran KL Sentral, satu kemalangan telah berlaku. Nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku. Sebanyak 3 buah kenderaan peserta telah terlibat dalam kejadian ini.

Tiba di KL Sentral, peserta telah berpecah mengikut kumpulan masing-masing. Aku dan dua lagi kawan dari VAD bergerak mengikut kawasan yang di telah dilalui oleh peserta. Semasa berkumpul semula, salah seorang peserta telah diberi rawatan sepatutnya.

Taklimat diber kepada semua peserta berhubung lokasi seterusnya dan langkah-langkah keselamatan diri dan kumpulan bagi melicinkan perjalanan.

Peserta yang berkereta bergerak ke tempat parkir di Universiti Malaya Kampus Kota yang terletak berhampiran Stesen Komuter Putra selepas menurunkan peserta di lokasi kedua di Sogo dan kawasan sekitarnya. Kami turut diberi taklimat berhubng jalan yang akan dilalui dan susunan kenderaan sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam.

Di Shah Alam, kami parkir kenderaan berhampiran Kompleks PKNS untuk menjamu selera dan meneruskan program ini di kawasan Kompleks PKNS dan sekitarnya. Aku ke Kompleks PKNS untuk menunaikan solat manakala dua lagi kawanku berada berhampiran parkir kenderaan.

Selesai solat,aku ke tempat berkumpul dan menelefon kawanku untuk mengetahui lokasi meraka. Di sana aku mendapat tahu ada salah seorang peserta telah pengsan di Plaza Alam Sentral. Mangsa nampak sesak nafas dan tercunggap-cunggap dan tidak cukup nafas. Di sana, mungkin lumrah orang Malaysia, ramai yang mengerumun untuk melihat apa yang terjadi. Ada salah seorang,dengan berlagak pandai,menunjuk cara bagaimana nak merawat mangsa berkenaan. Memang pandai abang tue, sampai nak membunuh pun ada. ( Cucuk leher mangsa bagi membolehkan mangsa bernafas! ) Keadaan kelam kabut dengan pihak keselamatan yang mepertikaikan program ini kerana main 'tarik tali' dan nampak semuanya salah. Mangsa akhirnya dibawa ke hospital berdekatan kerana ambulans yang telah dihubungi lambat tiba.

Aku kembali ke tempat perkir kenderaan selepas semuanya selesai. Tidak sampai 15 minit selepas kejadian di tempat sebelumnya, satu lagi peserta telah pengsan. Mungkin kepenatan tambahan lagi sebelum ini cuaca agak panas dan ramai peserta tidak cukup minum air. Kebanyakan peserta tidak cukup minum air dan terlalu kepenatan berjalan.

Sampai di tempat mula-mula kami berlepas lebih kurang pukul 6 petang. Selesai sahaja peserta mengira jumlah kutipan,semuanya bersurai.

p/s: Jika ada mangsa yang tidak sedarkan diri,diharap agar bertenang dahulu kerana jika terlalu gopoh, maka semuanya kelam kabut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...