Nak Ke Mana Kita Semua?


Harap pemikiran kita semua tidak buntu macam ini..Nampak gayanya, kita buntu dalam memilih arah dan tujuan hidup kita..

p/s: Moga hidup kita ada tujuan dan matlamat..Amin..

Papan Tanda Menarik


Bila diperhatikan papan tanda ini,ianya agak menarik juga..

p/s: Tiada kaitan antara hidup atau mati ya..

Perhimpunan Patriotik Pemimpin Pelajar Peringkat Kebangsaan 2002


Pada tahun 2002,aku dan 4 lagi pelajar dari SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan telah terpilih mewakili sekolah tersebut dan negeri ke Johor lebih kurang seminggu. Aku, Saifuddin, Zahara, Afifi dan Norli antara yang terpilih. Semua peserta dikehendaki berkumpul berhampiran Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan pada pukul 7 malam kerana ada sedikit taklimat dan barangan sepanjang program itu berlangsung. Kami bertolak dengan menaiki bas bersama-sama peserta seluruh negeri selama 12 jam dari Kota Bharu ke Johor Bahru.

Bertempat di Stadium Perbadanan, Johor Bahru, para peserta di pecahkan mengikut daerah yang terdapat di sana. Aku pula ke Batu Pahat di mana terdapatnya batu yang dipahat menjadi sebuah telaga. Telaga itu terletak di hadapan Balai Polis Minyak Beku, tidak jauh dari pinggir laut.


[Telaga Batu Pahat..Belakang tu laut]

Program utama adalah penghayatan bulan kemerdekaan Malaysia di mana mengenangkan jasa dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Aku dan peserta yang ke Batu Pahat turut melawat Parit Sulong, Adtec, KuITTHO (Sekarang UTHM), SMK Munsyi Sulaiman dan tidak lupa juga Dataran Batu Pahat semasa berada di Batu Pahat. Kami ditempatkan di Hotel Pelikan sepanjang berada di Batu Pahat. Kami uga tidak lupa turut naik ke Gunung Banang.

Tidak lama selepas itu, kami semua bergerak bersama-sama peserta dari daerah lain ke Hotel New York dan bermalam di sana. Di Johor Bahru, kami makan malam di rumah Menteri Besar Johor ketika itu (maaf,aku tidak ingat nama beliau) bersama-sama pemimpin negeri yang lain. Ada sedikit ceramah berkaitan kemerdekaan di SMK (P) Temenggung Ibrahim, berhampiran SMT Johor Bahru.


[makan malam]

Pada hari terakhir kami berada di Johor, kami bekumpul di Stadium Perbadanan sekali lagi kerana ini adalah termasuk dalam program yang kami perlu ikuti. Persembahan teater muzikal (pentomen) dan pancaragam dari Sekolah Tengku Kurshiah turut diadakan. Apa pun, itu adalah apa yang aku dapat ingati kerana ianya dah lama, 7 tahun lepas.

p/s: Kuda Kepang dan Zapin..Kenangan di Johor, kenangan manis..

Tag Tag Tag


Layan saja..

10 Fakta Tentang Diriku

  1. Suka ambil gambar..Huhu..Dalam proses nak dapatkan Canon 1000D..Sebelum nie ambil dengan Sony DSC-H9..Alhamdulillah..Ada rezeki, tambah lagi..
  2. Lebih banyak diam daripada bercakap..Tapi kalau jumpa member kamceng, huhu..Pecah kepala nak gelak kena usik..
  3. Suka jalan-jalan..Tidak suka statik nie.. Jauh berjalan,luas pengalaman orang kata..
  4. Seorang yang kidal..Huhu..Sambil makan boleh menulis apa? Tak rugi masa kan..
  5. Suka menulis..Boleh menulis dengan baik kalau ada masa dan mengikut kesesuaian..
  6. Kalau bawa kereta,kalau boleh tak mahu brek ketika mengambil selekoh..Main redah je..
  7. Lebih suka buat kerja yang tidak terikat dengan masa..Lebih bebas sikit nak bergerak..
  8. Tidak suka tengok bola..Kalau ajak tengok bola sampai 3-4 pagi,maaf la ya.. Tidak minat sangat..
  9. Lebih kepada kreativiti dan imaginasi.. Sesuatu yang abstrak dan sukar difahami..
  10. Suka memerhati..Sedikit sebanyak memberi pandangan berbeza mengikut keadaan dan ketika..


Mereka Yang Nak Aku Tag

1. Simiey
2. Tini
3. Abam 4 Horsemen
4. Nisrin
5. Bloggers yang sporting

p/s: Layan saja..Nak bagi info serba sedikit boleh la..

Gurindam Jiwa



Tiga Ceritera Dalam Sebuah Ceritera Gurindam Jiwa.. Aha, aku baru beli novel nie di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 20 April 2009 lepas.. Ketika itu aku bertugas sempena konvokesyen university yang aku belajar.. Ketika aku membaca novel nie, baru aku perasan ada persamaan antara dua buku nie sedikit.. Pada nukilan Noor Suraya, Hati Andriyana ada persamaan dengan Tanah Andriyana.. Dalam Tanah Andriyana, isinya lebih padat lagi berbanding Hati Andriyana.. Kalau tidak salah, aku membacanya lebih kurang 2 atau 3 tahun sebelum Hati Andriyana dalam kompilasi ini.. Apapun,enjoy la membacanya..


p/s: Enjoy baca bila hati tengah serabut..Hilang tekanan orang kata..

Hadiah Dari Ukraine




Aku ada menerima satu keychain dari seorang teman satu bilik di sini yang juga merangkap teman satu sekolah dan satu kelas ketika belajar di Sultan Ismail College, Kota Bharu, Kelantan dahulu. Dia baru balik dari Ukraine, melawat abangnya yang belajar di sana dalam bidang perubatan. Cantik jugak keychain nie. Sayang la kalau hilang. Apa pun, terima kasih tidak terhingga buat kawan kawan aku itu.

p/s: Kawan sama-sama belajar sejak di Kelantan membawa ke Shah Alam. Lama juga tue jadi teman satu bilik.

Konvoi Tabung Kemanusiaan Palestin 2009


[Taklimat kepada semua perserta]


[Kami]


[Berhenti parking di Open University/Universitu Malaya Kampus Kota]


[Polis Traffik]


[Setiba di kolej]



Pada 27hb Jun lepas, aku telah mengikuti satu konvoi sempena Tabung Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan oleh salah satu kelab di tempat aku belajar. Sepanjang konvoi ini, kami diiringi oleh anggota Polis Traffik bermula dari Shah Alam sehingga ke Kuala Lumpur di mana lokasi telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Bermula lebih kurang pukul 10 pagi, kami bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan. Rombongan mengikut bas yang bergerak di hadapan manakala bagi yang membawa kenderaan, mengikut di belakang. Tiba di salah satu selekoh berhampiran KL Sentral, satu kemalangan telah berlaku. Nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku. Sebanyak 3 buah kenderaan peserta telah terlibat dalam kejadian ini.

Tiba di KL Sentral, peserta telah berpecah mengikut kumpulan masing-masing. Aku dan dua lagi kawan dari VAD bergerak mengikut kawasan yang di telah dilalui oleh peserta. Semasa berkumpul semula, salah seorang peserta telah diberi rawatan sepatutnya.

Taklimat diber kepada semua peserta berhubung lokasi seterusnya dan langkah-langkah keselamatan diri dan kumpulan bagi melicinkan perjalanan.

Peserta yang berkereta bergerak ke tempat parkir di Universiti Malaya Kampus Kota yang terletak berhampiran Stesen Komuter Putra selepas menurunkan peserta di lokasi kedua di Sogo dan kawasan sekitarnya. Kami turut diberi taklimat berhubng jalan yang akan dilalui dan susunan kenderaan sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam.

Di Shah Alam, kami parkir kenderaan berhampiran Kompleks PKNS untuk menjamu selera dan meneruskan program ini di kawasan Kompleks PKNS dan sekitarnya. Aku ke Kompleks PKNS untuk menunaikan solat manakala dua lagi kawanku berada berhampiran parkir kenderaan.

Selesai solat,aku ke tempat berkumpul dan menelefon kawanku untuk mengetahui lokasi meraka. Di sana aku mendapat tahu ada salah seorang peserta telah pengsan di Plaza Alam Sentral. Mangsa nampak sesak nafas dan tercunggap-cunggap dan tidak cukup nafas. Di sana, mungkin lumrah orang Malaysia, ramai yang mengerumun untuk melihat apa yang terjadi. Ada salah seorang,dengan berlagak pandai,menunjuk cara bagaimana nak merawat mangsa berkenaan. Memang pandai abang tue, sampai nak membunuh pun ada. ( Cucuk leher mangsa bagi membolehkan mangsa bernafas! ) Keadaan kelam kabut dengan pihak keselamatan yang mepertikaikan program ini kerana main 'tarik tali' dan nampak semuanya salah. Mangsa akhirnya dibawa ke hospital berdekatan kerana ambulans yang telah dihubungi lambat tiba.

Aku kembali ke tempat perkir kenderaan selepas semuanya selesai. Tidak sampai 15 minit selepas kejadian di tempat sebelumnya, satu lagi peserta telah pengsan. Mungkin kepenatan tambahan lagi sebelum ini cuaca agak panas dan ramai peserta tidak cukup minum air. Kebanyakan peserta tidak cukup minum air dan terlalu kepenatan berjalan.

Sampai di tempat mula-mula kami berlepas lebih kurang pukul 6 petang. Selesai sahaja peserta mengira jumlah kutipan,semuanya bersurai.

p/s: Jika ada mangsa yang tidak sedarkan diri,diharap agar bertenang dahulu kerana jika terlalu gopoh, maka semuanya kelam kabut.

Apa Yang Perempuan Mahu..Realiti Nie Beb..


GUA nak bagi kenyataan maut yang GUA rasa akan mencetuskan kontroversi di ruangan ini. Kaum wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal berbanding dengan yang baik walaupun apabila ditanya tentang lelaki pilihan, jawapan standard ialah “Saya inginkan teman lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan yang benar”. Sebelum kakak-kakak, makcik-makcik yang membaca artikel ini tidak bersetuju dan mencari-cari idea untuk memberi komen maut, GUA cabar akak-akak semua cakap kuat-kuat “Aku tak minat lelaki nakal!” dan… hati-hati, jangan tipu diri sendiri.

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu wanita gemarkan lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1: Lelaki nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2: Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luarbiasa untuk menghiburkan teman wanita. Itu pasallah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3: Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan wanita.

Persepsi 4: Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun tayar kena ada sport rim atau serba sedikit modifikasi. Kereta sedan yang biasa tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari!

Persepsi 5: Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6: Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7: Mereka ini pandai bergaya. Secara amnya wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan menbuatkan wanita lebih gembira.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi rockers walaupun umur sudah melepasi had kelayakan dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nakal! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya.

Jadi, dah sedia nak komen kenyataan GUA bahawa wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal? Silakan!

p/s: Sekadar berkongsi sahaja..Mungkin kenyataan ini ada betulnya juga sebab kalau terlalu baik, lelaki akan dianggap tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh perempuan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...