Seorang Badut




Bertanya seorang 'budak' kepada seorang
'badut' selepas persembahan 'sarkas'..

"Saya lihat kamu sebagai seorang 'badut',
menghiburkan orang ramai.. Buat sesuatu
yang membuatkan orang ramai gelak..
Ramai orang gelak tapi apakah kamu juga
rasa begitu..?

Jawab 'badut' tersebut kepada 'budak' yang
bertanya kepadanya..

"Saya seorang 'badut' telah diarahkan
untuk membuat kerja saya.. Saya tiada
pilihan lain.. Kadang-kala bukan semua
lawak yang saya lakukan tidak sama
dengan perasaan dalaman saya.. Saya
terpaksa menghiburkan orang lain
walaupun apa yang saya lakukan tidak
semuanya sama dengan saya.. Saya
terpaksa lakukannya.. Saya terpaksa
berbohong dengan semua.."

Kata 'budak' itu lagi

"Adakah kamu tiada perasaan..?"

Jawab 'badut' tersebut

"Saya terpaksa sembunyikan perasaan
saya semata-mata untuk menghiburkan
orang lain.. Jiwa saya memberontak.."

Kata 'budak' itu lagi dengan tidak berpuas
hati

"Kenapa buat macam itu..?"

Jawab 'badut' dengan lemah

"Saya tidak mahu melihat orang lain
sedih.. Saya puas melihat orang
lain gembira biarpun terpaksa menyakiti
diri sendiri.. Saya tidak mahu orang
lain terus bersedih.. Biarlah orang
nampak saya macam bodoh asalkan mereka
tidak terus sedih lagi.."

'Budak' yang menanyakan soalan itu
tepingga-pingga dan 'badut' terus berlalu
dari situ..


* Adakah aku seorang badut?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: dah lama tulis cerita ini..sekadar imbasan kembali..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...