Seberapa Pandaikah Diri Mereka?
Penulis telah beberapa kali terserempak dengan mereka dalam hidup ini..Mereka cukup pandai dalam akademik tetapi mereka tidak pandai dalam hubungan antara manusia..
Mereka tidak sesekali merasakan perbuatan mereka itu jelik walaupun sudah beberapa kali ditegur dan hampir dibelasah kerana perbuatan mereka itu..
Mungkin kerana ego, batu besar sangat dalam kepala mereka itu sampai apa yang orang tegur, tidak diambil kira..
Perangai yang dimaksudkan adalah sombong dan bongkak dengan kepandaian akademik.. Memang pandai tetapi kekurangan dalam hubungan antara manusia.. Lack of respect, tidak menghormati orang lain..Mungkin, selepas kena belasah atau koma dalam beberapa hari atau bulan atau mungkin juga tahun, baru sedar betapa pentingnya menghormati orang lain..
Mungkin..Kerana didikan sejak kecil dan kelebihan yang tidak seberapa itu menyebabkan mereka terasa diri lebih daripada orang lain..
Apa yang penting di sini, hormatilah mereka di sekeliling anda walaupun mereka:
1. Tukang sapu.. (Tanpa mereka, rumah anda, sekeliling anda akan kotor)
2. Rakan anda.. (Tanpa mereka, tiada orang lain akan menolong jika anda ditimpa masalah)
3. Tukang kebun.. (Tanpa mereka, tanaman anda tidak akan terurus dengan baik)
4. Petani.. (Tanpa mereka, akan tidak akan dapat makanan seperti buah dan sayuran)
Dan, apa yang penting:
DIRI ANDA (Orang lain tidak akan menghormati anda sekiranya kelakuan anda yang tidak menghormati diri anda sendiri,meremeh-remehkan orang lain mencerminkan anda memang tidak menghormati diri anda)..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Belajarlah menghormati orang lain..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment